Mona Allen | |
---|---|
Kelahiran | Munna Hafiraneza binti Allen (1986-01-28)28 Januari 1986 (umur 39) |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 1999–2001; 2016–kini |
Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
Anak-anak | 2 |
Munna Hafiraneza Allen (lahir 28 Januari 1986) atau lebih dikenali sebagaiMona Allen ialah seorang pelakon wanitaMalaysia.[1] Beliau berdarah campuranMelayu-Scotland. Beliau pernah menjadi hos programSinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalamMonalisadan juga watak antagonis iaitu Maria dalamHati Yang Dikhianati.
Mona memulakan kerjayanya pada 1999 dengan membintangi iklanCelcom, seterusnya menjadi pengacara rancanganSinaran Pasport Kegemilangan diTV3, namun meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam dramaMonalisa lakonan bersamaZara Zya. SebelumMonalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasukMr. Donat Karamel danCik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filemManap Karaoke arahanMamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya,Pekin Ibrahim.
Mona dilahirkan pada 28 Januari 1986 diPulau Pinang. Beliau mewarisi darah kacukanScottish di sebelah ibunya kerana datuknya berbangsaBritish dari Scotland,Great Britain dan neneknya berketurunan Melayu. Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarahPekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4][5] Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.[6] Mona dan Pekin menamakan anak sulung mereka sebagai Petra Pekin.[7][8][9]
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran dramaMonalisa, sekaligus menerima kecaman daripadawarganet. Dalam temuramah denganUtusan Malaysia, beliau berkata: "Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".[10]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Manap Karaoke | Jamizan | Filem pertama |
2021 | Salina | Salina | |
Tarantula X | Shima | ||
2023 | Belang: The Silent Tiger | ||
2024 | SyurgaKu | Kejiranan | Filem pendek, penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Mr. Donat Karamel | Mimin | TV3 | Slot Lestary |
2017 | Cerita Dari Mastika | Astro Prima | Episod: “Rumah Atas Kubur” | |
Cik Serba Tahu | Maira | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | Nadine/Nilla | Hypp Sensasi | ||
Waris Kampung Semarah Padi | TV1 | |||
2018 | Monalisa | Ramona | Astro Prima | Slot Tiara |
Mencari Qiblat | Rose | TV3 | Slot Zehra | |
Seribu Rindu | Damia | Slot Akasia | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Kamelia | ||
Cinta Non Grata | Zatul | Slot Lestary | ||
Lara Syakila | Syakila | TV2 | ||
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ratnasari | TV3 | Slot Drama Pukul 6 |
Leon Zalika | Anita | TV Okey | ||
Tanya Sama Pokok | Ramlah | Astro Warna | ||
2021 | Hati Yang Dikhianati | Maria | Astro Prima | Slot Tiara |
Love Elsa | Madam Qistina | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Dear Cinta | Linda | TV3 | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | Episod: “Pendatang Dengan Izin” | |
Kerana Hafsanya Setia | Delilah | TV1 | ||
Dia Bukan Bidadari | Nur Jannah | |||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: “Hukum” |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Joras Van Haji Murshid | Nana | Astro Warna |
2017 | Licin | TV1 | |
2018 | Kitab Sijjin | Siti | Astro Citra |
2019 | Jerat | Iris | TV3 |
2022 | SiberKACA | TV1 | |
Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman | Khatijah | Astro Citra | |
Yang Soleh | TV2 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 | |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV | |
Kelana Pulau | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | BersamaAna Dahlia | |
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV |