Momoiro Clover Z (ももいろクローバーZ,Momoiro Kurōbā Zetto) ialah kumpulan idola Jepun yang terdiri daripada 5 orang ahli perempuan Stardust Promotion. Sebelumnya, kumpulan ini bernama Momoiro Clover, singkatannyaMomoclo (ももクロ,Momokuro). Mereka dikenali dengan aksi panggung luar biasa, bersemangat, dan bertenaga.
Kumpulan telah ditubuhkan pada 17 Mei 2008 semasa acara uji bakat Agensi Stardust bagi Jr 3-B.Pada tahun 2011, sub-pemimpin Akari Hayami (Biru) menyatakan bahawa dia telah memutuskan untuk berundur daripada kumpulan tersebut. Beliau bersara daripada kumpulan itu pada 10 April. Kumpulan itu menukar namanya kepada Momoiro Clover Z selepas beliau bersara bagi mencerminkan perubahan barisan pada kumpulan tersebut.
Pada 2012, Momoiro Clover Z telah mengadakan persembahan di karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 semasa sambutan Hari Belia Negara 2012 diMalaysia. Mereka telah berbual denganPerdana Menteri Malaysia,Datuk SeriNajib Tun Razak.[2]