Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Moliere

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengandungisenarai rujukan, bacaan berkaitan ataupautan luar,tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekuranganpetikan dalam baris. Sila bantu untukmemperbaiki rencana ini denganmemperkenalkan petikan yang lebih tepat.(November 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Molière
Potret Molière oleh Pierre Mignard (Templat:Ca.)
Potret Molière olehPierre Mignard (Templat:Ca.)
LahirJean-Baptiste Poquelin
sebelum 15 Januari 1622
Paris,Kerajaan Perancis
Meninggal dunia17 Februari 1673(1673-02-17) (umur 51)
Paris
Nama penaMolière
PekerjaanPelakon
WarganegaraPerancis
PendidikanUniversiti Orléans
Tempoh1645–1673
GenreKomedi
Karya terkenalTartuffe;The Misanthrope;The Learned Women;The School for Wives;L'Avare
PasanganArmande Béjart
Rakan kongsiMadeleine Béjart
AnakLouis(1664–1664)
Marie Madeleine(1665–1723)
Pierre(1672–1672)

Jean-Baptiste Poquelin, lebih dikenali sebagaiMolière (15 Januari 1622 – 17 Februari 1673), ialah seorang penulisdrama,pengarah teater, sertapelakonPerancis. Beliau merupakan salah satu penulissatirakomedi yang terunggul.

Kehidupan

[sunting |sunting sumber]

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan kepada seorangartisan dan pembuatupholsteriperabot, ibunya meninggal dunia ketika Poquelin masih kanak-kanak. Beliau menyertaiCollège de ClermontJesuit dan terdapat banyak cerita tentang masanya di kolej itu: cerita-cerita itu mengatakan bahawa ayahnya suka sangat mendesak, beliau bertemu denganPutera dari Conti, serta beliau adalah murid kepada ahlifalsafahPierre Gassendi, tetapi kesemua ini kelihatan tidak berasas. Bagaimanapun, adalah pasti bahawa Poquelin merupakan kawan rapat kepadaabbé (ketua paderi)La Mothe Le Vayer (anak lelaki kepadaFrançois de La Mothe-Le-Vayer), semasaabbé itu menyunting karya-karya ayahnya. Telah dicadangkan bahawa Poquelin mungkin dipengaruhi oleh karya-karya ayahnya itu. Antara karya-karyanya yang sulung ialah sebuah terjemahan (kini hilang) untuk karyaLucretius, ahli falsafahRom, yang berjudulMengenai Sifat Benda-benda.

Ketika Poquelin berumur 18 tahun, ayahnya mewarisi gelaranTapissier du Roi, serta jawatan berkait, iaituvalet de chambre, kepadanya dan ini menyebabkannya kerap kali berhubungan dengan RajaLouis XIV. Terdapat tuntutan bahawa Poquelin mendapat ijazah dalamundang-undang diOrleans pada tahun1642, tetapi terdapat setakat kesangsian tentang perkara ini.

Ketibaan di Paris

[sunting |sunting sumber]

Pada Jun1643, bersama-sama dengan kekasihnya,Madeleine Béjart, serta dua orang adik-beradik Madeleine, Poquelin mengasaskan sebuahtroupe (syarikat teater) yang bernamaL'Illustre Théâtre. Malangnya, syarikat itu jatuh bankrap pada tahun1645. Adalah pada masa ini bahawa Poquelin bermula menggunakannama samaranMolière, kemungkinannya diilhami oleh sebuah desa kecil dengan nama yang sama diPerancis Selatan, berhampiran denganLe Vigan. Adalah mungkin juga bahawa beliau menukarkan namanya untuk melepaskan ayahnya daripada menanggung rasa malu kerana mempunyai seorang pelakon sebagai ahli keluarganya. Kegagalan syarikat itu menyebabkan Molière dipenjarakan selama beberapa minggu, akibat hutangnya.

Molière dibebaskan atas bantuan ayahnya, dan kemudian bertolak dengan Madeleine untuk kunjungan desa-desa sebagai pelakon komedi kembara. Cara hidup ini berlangsung selama empat belas tahun. Pada mula-mulanya, beliau berlakon untuk syarikat-syarikatCharles Dufresne tetapi kemudian, menubuhkan syarikat sendiri. Semasa perjalanan-perjalanannya, beliau bertemu dengan gabenorLanguedoc, Putera Conti, yang menjadi penaungnya. Molière menamakan syarikatnya sempena penaungnya ini. Bagaimanapun, persahabatan itu tamat kemudian, ketika Conti bergabung dengan musuh-musuh Molière dalamParti des Dévots.

Molière tiba di Paris pada tahun1658 dan mempersembahkan tragediNicomède danfarsaLe docteur amoureux (Jatuh Cinta Doktor) dengan setakat kejayaan diLouvre (ketika itu disewa untuk teater). Beliau dianugerahkan dengan gelaranTroupe de Monsieur (Monsieur ialah adik lelaki kepada Raja Perancis) dan dengan bantuan Monsieur, menggabungkan syarikatnya denganCommedia dell'arte, sebuah syarikatItali yang termasyhur. Syarikat baru itu dinamakanPetit-Bourbon. Molière memantapkan kedudukannya dalam teater mereka itu dan pada18 November1659, beliau berlakon dalam pertunjukan perdanaLes Précieuses Ridicules (Wanita-wanita Muda yang Mengada-ada), salah satu mahakaryanya.

Les Précieuses Ridicules merupakan percubaan Molière yang sulung untuk mentertawai sesetengah gaya, tabiat dan kepura-puraan yang biasa berlaku di Perancis pada masa itu. Beliau mencipta frasacastigat ridendo mores, iaitu satira "mengkritik adat resam melalui kelucuan", yang kekadang disalah anggap sebagai sepatahperibahasabahasa Latin. Kejayaan sulungnya tidak lama kemudian menjadi tumpuan perdebatan kesusasteraan yang meluas tentang gaya dan kandungan karyanya itu.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Moliere.
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Moliere
Wikisource
Wikisource

Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai:Molière

Umum
Perpustakaan negara
Institut penyelidikan seni
Kamus biografi
Pangkalan data saintifik
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Moliere&oldid=5262649"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp