Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mokhtar Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'
Mokhtar Hashim
DSNS, DSLD (NS)
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1981–1983
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehAbdul Samad Idris
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1979–1979
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
1976–1979
Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Malaysia
Dalam jawatan
1975–1976
AhliParlimen Malaysia
bagiTampin,Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1974–1983
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehOmar Abdullah
Setiausaha Parlimen
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1972–1975
AhliParlimen Malaysia
bagiRembau-Tampin
Dalam jawatan
1972–1974
Didahului olehSulaiman Mohamed Attas
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Maklumat peribadi
Lahir1 Mei 1942[1]
Meninggal dunia18 November 2020 (umur 78)
Hospital Ampang
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,Kuala Lumpur,Malaysia
Parti politikUMNO
PekerjaanAhli politik

Dato'Mokhtar Hashim ialah seorang bekas Menteri Belia dan SukanMalaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan,Mohamad Taha Talib. Pada 1991 hukuman beliau diubah daripada hukuman gantung sampai mati kepada penjara seumur hidup selepas mendapat pengampunan diraja. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 18 November 2020.

Latar belakang

[sunting |sunting sumber]

Mokhtar Hashim bersekolah diMaktab Melayu Kuala Kangsar. 1972 Setelah memenangi kawasan parlimen Rembau-Tampin, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Ketika itu DatukHamzah Abu Samah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada 12 November 1974 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Pembunuhan

[sunting |sunting sumber]

Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan,Gemencheh,Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi,14 April1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6,Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakanPilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan.[2]

Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan (33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Walaupun bagaimanapun penyokong Mokhtar Hashim dibebaskan.

Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 6 Mac 1983, Hakim Tan SriHashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman mati.

Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Jagjt Singh. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialahMusa Hassan.[3]

Tidak ada saksi yang nampak Moktar Hashim di ladang kebun getah, pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. Kebanyakan ahli parlimen menyimpan pistol mereka demi keselamatan peribadi.

Dibebaskan dari mahkamah

[sunting |sunting sumber]

Hukuman mati tersebut, kemudiannya diubah kepada hukuman penjara seumur hidup. Datuk Mokhtar Hashim dibebaskan dari mahkamah pada 10 Julai 1991, selepas menerima pengampunan diraja. Beliau disambut oleh isteri dan anak perempuannya.

Meninggal dunia

[sunting |sunting sumber]

Hashim telah meninggal dunia pada 18 November 2020, jam 3.10 pagi diHospital Ampang dan disemadikan diTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 12.30 tengahari.[4]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^[1]
  2. ^From British to Bumiputera Rule
  3. ^[2][pautan mati kekal]
  4. ^Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia
Kabinet Hussein kedua (1978–1981)
Perdana Menteri: Hussein Onn
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
Perdana Menteri:Mahathir Mohamad
  1. Tunku Abdul Rahman (1964-1966)
  2. Senu Abdul Rahman (1966-1969)
  3. Hamzah Abu Samah (1969-1973)
  4. Ali Ahmad (1973-1976)
  5. Abdul Samad Idris (1976-1980)
  6. Mokhtar Hashim (1980-1983)
  7. Anwar Ibrahim (1983-1984)
  8. Sulaiman Daud (1984-1986)
  9. Mohd Najib Tun Abdul Razak (1986-1990)
  10. Annuar Musa (1990-1993)
  11. Abdul Ghani Othman (1993-1995)
  12. Muhyiddin Yassin (1995-1999)
  13. Hishammuddin Hussein (1999-2004)
  14. Azalina Othman Said (2004-2008)
  15. Ismail Sabri Yaakob (2008-2009)
  16. Ahmad Shabery Cheek (2009-2013)
  17. Khairy Jamaluddin (2013-2018)
  18. Syed Saddiq (2018-2020)
  19. Reezal Merican (2020-2021)
  20. Ahmad Faizal Azumu (2021-2022)
  21. Hannah Yeoh Tseow Suan (2022-kini)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mokhtar_Hashim&oldid=6198425"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp