Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mohd Shafie Ngah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Tuan
Mohd Shafie Ngah
AhliDewan Undangan Negeri Selangor
bagiSungai Ramal
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMazwan Johar
Majoriti7,767 (PRU-15)
Dalam jawatan
6 Mei2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehShafie Abu Bakar
Digantikan olehKawasan ditukar nama kepada DUN Sungai Ramal
Majoriti11,838 (PRU-13)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
24 November 2014 – 9 Mei 2018
Yang di-Pertua Dewan Negeri SelangorHannah Yeoh Tseow Suan
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehMohd Khairuddin Othman
Maklumat peribadi
Lahir (1966-08-21)21 Ogos 1966 (umur 58)
Sekinchan,Selangor
Parti politikParti Islam Se-Malaysia
Anak5 (4 lelaki 1 perempuan)
Bidang pengkhususanPeguam
Laman webShafie Ngah

YB TuanMohd Shafie Ngah (lahir 21 Ogos 1966) ialah ahli politik Malaysia berketuruanMelayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUNSungai Ramal.

Sebelum terlibat secara langsung dalam politik, beliau merupakan seorang pensyarah di beberapa IPT tempatan serta Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & Peguam Cara Syariah) sejak dari Januari 2011.

Kerjaya

[sunting |sunting sumber]

Pengalaman Bekerja

[sunting |sunting sumber]

PensyarahUiTM Shah Alam (1990 - 1992)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajran ke luar negara sepertiAustralia,Amerika Syarikat danUnited Kingdom di Pusat Pengajian Persediaan UiTM dalam subjek Akidah, Syariah, Akhlak dan Fiqh Kekeluargaan Islam.

Pensyarah sambilanUniversiti Malaya (1992 - 1994)

  • Selama 2 tahun bertanggungjawab memberi kuliah dan tutorial bagi pelajar-pelajar Sarjana Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam subjek Muamalah, Perniagaan dan Pemikiran Politik Islam.

Peguam Syarie (1995 - 2013)

  • Selama 19 tahun berpengalaman mengendalikan urusan Undang-undang Islam, Undang-undang Prosedur dan Undang-undang Pentadbiran di Mahkamah Syariah, urusan kaunseling rumah tangga, penyelesaian pembahagian harta dan lain-lain kes di Mahkamah-mahkamah Syariah di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu.

Pengalaman Rundingcara

[sunting |sunting sumber]
  • Pengurus & Peguam Syarie kepada Tetuan Shafie Ngah & Associates (Peguambela & PeguamCara Syariah) (Januari 2011 - 2013)
  • Partner kepada Tetuan A.B.,Sidek & Co (Peguambela & Peguamcara) sebagai Ketua Jabatan Syariah Petaling Jaya (1995 - 2010)
  • Consultant untuk Mohd Jamal Awang Agency (MAA Insurance & Takaful) Kuala Lumpur (2006 - 2013)
  • Penasihat Syariah untuk Perniagaan Tajeri (Trading & Construction) Kuala Lumpur (2007 - 2008)
  • Consultant untuk As-Syafiey Runding (Perunding Wasiat), Kuala Lumpur (2007 - 2008)

Aktiviti Kemasyarakatan

[sunting |sunting sumber]
  • Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999 - sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa Protem, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (1999)
  • Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Surau Al-Ehsan, Jalan 2, Bandar Baru Bangi (2000 - 2005)
  • Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Pengerusi, Persatuan Penduduk Jalan 7/3 Bandar Baru Bangi (2005 - 2013)
  • Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (2008 - 2013)

Politik

[sunting |sunting sumber]

Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinanParti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding buat kali pertama padapilihan raya umum Ke-13 di KawasanDewan Undangan Negeri Selangor N26Bangi.

YB Ustaz Hj.Mohd Shafie telah berjaya menewaskan calon dari PartiUMNO,Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria iaitu rakan sekelasnya diUniversiti Malaya dahulu[1] yang juga seorang Peguam Syarie dengan majoriti 11,838 undi.

Keputusan pilihan raya

[sunting |sunting sumber]

Parlimen

[sunting |sunting sumber]
TahunParlimenCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2018BangiShafie NgahPAS33,789Ong Kian MingPH (DAP)102,55768,768
Liew Yuen KeongBN (MCA)19,766
Dennis WanPRM215

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting |sunting sumber]
TahunDUNCalonPartiUndiLawanPartiUndiMajoriti
2023Sungai RamalShafie NgahPN (PAS)40,259Mazwan JoharPH (AMANAH)32,4927,767
2013BangiShafie NgahPAS29,200Mohd Zaidi Md ZainBN (UMNO)17,36211,838

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Kami tetap kawan,Harian Metro Dicapai pada20 April,2013

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]

Facebook:

Laman web:

Berita:

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mohd_Shafie_Ngah&oldid=6500282"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp