Mohd Khalil Yaakob SMN, DUNM, PSM (Malaysia); SUMZ (Trg); SSAP, SIMP (Phg); SJMK (Ktn); DGSM (Mel); DSAP (Phg); JSM; SMP (Phg) | |
|---|---|
| Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
| Dalam jawatan 4 Jun 2004 – 4 Jun 2020 | |
| Didahului oleh | Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin |
| Digantikan oleh | Mohd Ali bin Mohd Rustam |
| Menteri Penerangan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Didahului oleh | Mohamed Rahmat |
| Digantikan oleh | Abdul Kadir Sheikh Fadzir |
| AhliParlimen Malaysia bagiKuantan,Pahang | |
| Dalam jawatan 1999–2004 | |
| Didahului oleh | Fauzi Abdul Rahman |
| Digantikan oleh | Fu Ah Kiow |
| Menteri Besar Pahang | |
| Dalam jawatan 14 Ogos 1986 – 22 Mei 1999 | |
| Didahului oleh | Najib Razak |
| Digantikan oleh | Adnan Yaakob |
| AhliDewan Undangan Negeri Pahang bagiLepar | |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Ahmad Tajuddin Sulaiman |
| AhliDewan Undangan Negeri Pahang bagi Bukit Tajau | |
| Dalam jawatan 1986–1995 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
| AhliParlimen Malaysia bagiMaran,Pahang | |
| Dalam jawatan 1982–1986 | |
| Didahului oleh | Hishamuddin Yahaya |
| Digantikan oleh | Muhammad Abdullah |
| AhliDewan Undangan Negeri Pahang bagiBukit Ibam | |
| Dalam jawatan 1978–1982 | |
| Didahului oleh | Mohamed Rusdi Mohamed Ariff |
| Digantikan oleh | Abdul Jabbar Ibrahim |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1937-12-29)29 Disember 1937 (umur 87) Kuantan,Pahang |
| Parti politik | |
| Pasangan | Toh Puan Datuk Seri UtamaZurina Kassim (k. 1965; m. 2022) |
| Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
|---|---|
| Tuan Yang Terutama | |
| Pemerintahan | Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 |
| Pertabalan | 1 Jun2012 |
| Pendahulu | Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin |
| Pengganti | Mohd Ali Mohd Rustam |
TunDatuk Seri UtamaHajiMohd Khalil bin Yaakob (lahir29 Disember1937) merupakanTuan Yang TerutamaYang di-Pertua Negeri Melaka ke-6. Beliau merupakan bekasMenteri Besar Pahang dan bekas Setiausaha AgungUMNO.
Beliau yang dilahirkan diKuantan,Pahang mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah kemudian meneruskan pelajaran diMaktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran diUniversiti Malaya.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perhubungan Politik di beberapa bahagian dalam negeri sebelum meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 1974 dan menyertai Perbadanan Kemajuan Jengka.
Beliau yang menyertai UMNO pada 1962, telah mula bertanding di Dewan Undangan Negeri PahangBukit Ibam pada tahun 1978. Kemudian bertanding di ParlimenMaran .
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986). Pada14 Ogos1986 beliau dilantik menjawat jawatanMenteri Besar Pahang sehingga22 Mei1999. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan menggantikan DatoMohamed Rahmat. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dari25 Mei1999 hingga31 Mei2004. Pada4 Jun2004, beliau dilantik sebagaiYang di-Pertua Negeri Melaka.
Tun dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka ke-6 pada 1 Jun 2004 bagi menggantikan TunSyed Ahmad Shahabudin , bekasMenteri Besar Kedah. Pada 1 Jun 2012, beliau mengangkat sumpah menyambung khidmat jawatan tersebut bagi penggal ketiga di hadapanYang di-Pertuan Agong, TuankuSultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diIstana Negara. Majlis itu disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Halijah Abbas danKetua Menteri Melaka, Datuk SeriMohd Ali Rustam.[1] Pada 4 Jun 2020, beliau telah digantikan oleh Mohd Ali Rustam yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Zurina binti Kassim pada tahun1965 dan dikurniakan 3 orang anak.
| Penyandang Terdahulu | Yang di-Pertua Negeri Melaka 4 Jun2004 –4 Jun2020 | Penyandang Kemudian |
| Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | Tun Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 14 Ogos1986 –22 Mei1999 | Penyandang Kemudian |
| Najib Razak | Adnan Yaakob |