Allahyarham Dato' Sri Paduka Raja Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Asri Muda | |
|---|---|
| PresidenParti Islam Se-Malaysia | |
| Dalam jawatan 1969–1982 | |
| Timbalan | Hassan Adli Mohd Arshad (1969-1977) Abu Bakar Umar (1977-1981) Yusof Rawa (1981-1982) |
| Didahului oleh | Burhanuddin al-Helmi |
| Digantikan oleh | Yusof Rawa |
| Menteri Besar Kelantan | |
| Dalam jawatan 1964–1973 | |
| Didahului oleh | Ishak Lotfi Omar (1959-1964) |
| Digantikan oleh | Ishak Lotfi Omar (1973-1974) |
| Menteri Kerajaan Malaysia | |
| Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah | |
| Dalam jawatan 5 Mac 1976 – 8 November 1977 | |
| Digantikan oleh | Abdul Kadir Yusof |
| Menteri Tanah dan Galian | |
| Dalam jawatan 5 September 1974 – 4 Mac 1976 | |
| Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
| Menteri Kemajuan Tanah | |
| Dalam jawatan 1 Januari 1973 – 4 September 1974 | |
| Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
| Menteri Tugas-tugas Khas (Hal Ehwal Agama) | |
| Dalam jawatan 1 Januari 1973 – 8 November 1977 | |
| Digantikan oleh | Mohamad Nasir |
| AhliParlimen Malaysia | |
| Dalam jawatan 1974–1978 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Mohamed Ali (UMNO) |
| Kawasan pilihan raya | Nilam Puri |
| Dalam jawatan 1969–1974 | |
| Didahului oleh | Hussin Rahimi Saman |
| Digantikan oleh | Konstituensi dimansuh |
| Kawasan pilihan raya | Kota Bharu Hulu |
| Dalam jawatan 1959–1969 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Wan Sulaiman Ibrahim |
| Kawasan pilihan raya | Pasir Puteh |
| AhliDewan Undangan Negeri Kelantan | |
| Dalam jawatan 1959–1973 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Salahuddin Abdullah |
| Kawasan pilihan raya | Kota Bharu Tengah |
| Dalam jawatan 1982–1986 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Salahuddin Abdullah |
| Kawasan pilihan raya | Kubang Kerian |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Oktober 1923 |
| Meninggal dunia | 28 Ogos 1992(1992-08-28) (umur 68) |
| Parti politik | Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983-1988) |
| Pasangan | Puan Sri Datin Seri Panglima Hajah Sakinah Syeikh Juned |
| Pertalian | Syeikh Junid Thala (bapa mentua) Ishak Lotfi Omar (anak saudara) Jaiz Anwar (menantu) |
| Anak | 9 |
AllahyarhamTan SriDatuk Seri PanglimaHajiMohd Asri binHajiMuda (10 Oktober 1923 – 28 Ogos 1992) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas PresidenParti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pernah menjadi Menteri di Malaysia. Beliau juga merupakan Menteri Besar Kelantan pada 1964-1973.
Beliau dilahirkan di Kampung Masjid,Kota Bharu,Kelantan. Leluhur keluarganya adalah dari keturunan Kerabat Dato'Lundang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang agama, bahasa Melayu dan Inggeris di Sekolah Majlis Ugama Islam,Kota Bharu. Beliau juga menerima pendidikan tidak formal di Pondok Masjid Muhammadi,Kota Bharu. Pada tahun1947, beliau mengajar di Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol, Perak sebagai guru agama.
Beliau menang bertanding dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasanPasir Puteh, negeriKelantan (1958-1964). Ketika ituPerdana Menteri Malaysia ialahTunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah TunAbdul Razak Hussein.Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeriPerlis hinggaKelantan. Ketika ituSabah danSarawak belum membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada1959 hingga1963. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun1964 sehingga tahun1972. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari1 Januari1973 hingga9 November1977. Kemudian pada14 November1977PAS telah dipecat sebagai parti komponenBarisan Nasional.
Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin al-Helmi ditahan ISA. Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau PresidenPAS pada1969 setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawaPAS menyertaiBarisan Nasional pada tahun1973. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan sehingga menyebabkan tercetusnya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Krisis ini membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada Oktober 1977 dan berlaku rusuhan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Pada November 1977, Parlimen meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Dato'Haji Asri Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan Ahli Parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang ini dan jika menyokong undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Susulan dari arahan ini, Timb. Yang DiPertua Agung PAS Haji Hassan Adli Arshad menyokong rang undang-undang ini dan beliau automatik dipecat daripada PAS.
Pilihan raya negeri Kelantan selepas Mageran pada Mac 1978 menyaksikan tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan setelah berkuasa lebih 18 tahun ke tangan BN dan Berjasa. Sejak dari kejatuhan Kelantan pada PRU 1978, timbul pelbagai desakan dari parti supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS. Desakan ini semakin kuat selepas PRU 1982 yang mana PAS masih gagal menguasai semula Kelantan dan selepas berlakunya Revolusi Islam Iran yang mana ahli PAS melihat kepimpinan Dato' Asri sudah ketinggalan dengan zaman dan arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu. Selain itu berlakunya perselisihan diantara Dato' Asri dan beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (sekarang YAB Tuan Guru) selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat mengenai calon Pilihanraya di Kelantan.
Maka beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada23 Oktober1982 pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat,Datin Sakinah Junid.
Pada23 Februari1983, beliau secara rasmi keluar daripadaPAS selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa DisiplinPAS yang dipengerusikan oleh Pemangku Yang Dipertua Agung,Tuan Haji Yusof Rawa. Beliau kemudian menubuhkanParti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada24 Mac1983. Kemudian pada2 Julai1983, beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada17 November1988 dan menyertaiUMNO pada22 November1988.
Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun1991. Beliau meninggal dunia pada13 Mei1992 di Pusat Perubatan Tawakal pada 4.20 petang akibat sakit jantung.
Beliau berkahwin denganPuan Sri Sakinah Syeikh Juned pada15 Ogos1947 dan mempunyai 9 orang anak, 2 orang lelaki dan 7 orang perempuan, iaitu Noor Dianauli, Husni Zaim, Ratna Inzah, Mutia Sabihah, Naliyah, Khalidah, Nasibah, Najah dan Mohd Taqiuddin. Tiada ahli keluarga Tan Sri Asri yang mengikuti jejak langkah beliau di dalam politik.
Ada diantara anak beliau yang menetap di Brunei Darussalam dan telah di kurniakan kerakyataan Negara Brunei Darussalam oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Wadaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
| Penyandang Terdahulu | Presiden PAS 1971 –23 Oktober1982 | Penyandang Kemudian |
| Burhanuddin al-Helmi | Haji Yusof Rawa |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kelantan 1964 –1973 | Penyandang Kemudian |
| Ishak Lotfi Omar | Muhamed bin Nasir |