
Mohamed Sukri Omar | |
|---|---|
| محمد شكري عمر | |
| KetuaPemuda PAS Selangor | |
| Dalam jawatan 2021–2027 | |
| Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
| Ketua PemudaPerikatan Nasional Selangor | |
| Dalam jawatan 2022–2027 | |
| Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
| Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Didahului oleh | Dr Fuad Salleh |
| Ketua Badan PerhubunganPerikatan Nasional Kawasan Shah Alam | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Didahului oleh | Dr Fuad Salleh |
| Pengarah PilihanrayaPemuda PAS Malaysia | |
| Dalam jawatan 2023–2025 | |
| Didahului oleh | Mohd Hafez Sabri |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1986-11-26)26 November 1986 (umur 39) |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | Zainab binti Omar |
| Anak | Safiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri |
| Kediaman | |
| Tempat belajar | Kolej JAIPUTRA (Dip)Universitas Ibnu Chaldun (S.Pd.)Universiti Teknologi Malaysia (MPhil) |
| Pekerjaan | Guru Agama, Pendakwah & Ahli Politik |
UstazMohamed Sukri bin Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر; lahir 26 November 1986) merupakan ahli politikMalaysia berbangsaMelayu dariParti Islam Se-Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai seorang pendakwah danGuru agama Islam yang aktif dalam menyampaikan ilmu, kegiatan pendidikan, dakwah serta memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat.
Dalam arena politik, beliau memegang beberapa jawatan penting, termasuk:
Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Beliau memulakan pendidikan awal dalam bidang agama diSekolah Agama Masjid Jamek Beserah. Pendidikan rendahnya diteruskan diSekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan, di mana beliau mendudukiUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) danUjian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI).
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah diSekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, dan berjaya memperolehSyahadah Diniyyah Khossoh sertaSijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selepas tamat pendidikan menengah, beliau menyambung pengajian ke peringkat diploma diKolej Jamiah Islamiah Putra (JAIPUTRA), yang kini dikenali sebagaiKolej Uniti Kota Bharu, dan berjaya memperolehDiploma Pengurusan Perniagaan dengan minor dalamPengajian Islam.
Semasa di Kolej JAIPUTRA, beliau turut mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu agama diPondok Pasir Tumboh, di mana beliau menghadiri pengajian semasa waktu lapang dan cuti semester.
Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi diSana’a, Yaman, selama lima tahun dan berjaya memperolehIjazah dalam Pengajian Ilmu-ilmu Islam,Ijazah At-Tadris (Keizinan Mengajar), sertaijazah sanad Kutub Sittah daripadaSheikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani.
Setelah tamat pengajian di Yaman, beliau meneruskan pengajian di peringkat ijazah diUniversitas Ibnu Chaldun, Jakarta, Indonesia, dan berjaya memperolehIjazah Sarjana Muda Pendidikan Agama Islam (S.Pd.). Tesis ijazah beliau bertajuk“Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Pembinaan Pendidikan: Era 1990-2010.”
Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana diAkademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, dan berjaya memperolehSarjana Falsafah (MPhil). Tesis sarjana beliau bertajuk“Pemikiran Politik Islam Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili.”
Kini, beliau sedang meneruskan pengajian di peringkatDoktor Falsafah (PhD) diAkademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
Antara guru-guru yang pernah menjadi tempat rujukan dan tempat beliau menuntut ilmu semasa berada diSana’a, Republik Yaman termasuklah:
Selain itu, beliau juga berpeluang menghadiri majlis-majlis ilmu yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh besar sepertiDr. Abdul Majid Al-Zindani, Qadi Al-Amrani, dan ramai lagi ulama terkemuka.
Beliau turut diberi kesempatan untuk menziarahi serta bertemu denganDr. Abdul Karim Zaidan, seorang ulama tersohor yang banyak memberi sumbangan kepada dunia ilmu Islam.
Mohamed Sukri Omar memulakan penglibatan awal dalam politik dengan pendaftaran rasmi sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 10 Oktober 2004. Beliau aktif dalam parti sejak usia remaja dan terus komited sehingga kini.
Beliau kini memegang beberapa jawatan penting dalam parti politik, antaranya:
1. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-Kini)
2. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-kini)
3. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-kini)
4. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-Kini)
5. Exco Pemuda PAS Malaysia (2023-2027)
Jawatan yang pernah disandang:
Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau telah diamanahkan dengan pelbagai jawatan penting, antaranya:
1. Ahli Jawatankuasa (AJK), Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021-2023)
2. Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025)
3. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (2024-2025)
4. Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021-2023)
5. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor (28 April 2021 - 15 Februari 2022)
4. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)
6. Ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)
7. Pemangku Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)
8. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor (2017-2019)
9. Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (2015-2017)
10. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam (2021-2023)
Penglibatan di Parlimen Pandan:
Beliau juga pernah aktif di Parlimen Pandan dan telah dilantik ke beberapa jawatan dalam parti di kawasan tersebut, termasuk:
• Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
• Ahli Jawatankuasa Kerja, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)
• Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihan Raya Parlimen (JPRP) Pandan, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
• Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
• Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)
• Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
• Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)
• Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan (2017-2020)
Pada Pilihan Raya Negeri Selangor 2023, Mohamed Sukri Omar telah bertanding sebagai calon Perikatan Nasional di Dewan Negeri Kota Anggerik, namun beliau tidak berjaya memenangi kerusi tersebut.
Sebelumnya, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Pandan mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), tetapi turut mengalami kekalahan.
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Jumlah undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Pandan | Sukri Omar | PAS | 8,336 | Wan Azizah Wan Ismail | PH (PKR) | 64,733 | 85,744 | 52,543 |
| Leong Kok Wee | BN (MCA) | 12,190 | |||||||
| Lee Ying Ha | PRM | 442 | |||||||
| Mohd Khairul Azam Abdul Aziz | BEBAS (RUMAH) | 73 |
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Jumlah undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | Kota Anggerik | Sukri Omar | PN (PAS) | 27,636 | Najwan Halimi | PH (PKR) | 38,470 | 68,737 | 10,834 |
| Azad Akbar | MUDA | 2,631 |