Khir Johari | |
|---|---|
| Menteri Pertanian dan Koperasi | |
| Dalam jawatan 1964–1966 | |
| Didahului oleh | AziziIshak |
| Digantikan oleh | Mohamed Ghazali Jawi |
| Menteri Perdagangan dan Industri | |
| Dalam jawatan 1960–1964 | |
| Didahului oleh | Lim Swee Aun |
| Digantikan oleh | Hamzah Abu Samah |
| Menteri Pendidikan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1957–1960 | |
| Didahului oleh | Jawatan baharu |
| Digantikan oleh | Aziz Ishak |
| Dalam jawatan 1969–1970 | |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
| Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu | |
| AhliParlimen Malaysia bagiKedah Tengah,Kedah | |
| Dalam jawatan 1955–1959 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Kawasan pilihan raya | Kedah Tengah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1923-01-29)29 Januari 1923 |
| Meninggal dunia | 19 November 2006(2006-11-19) (umur 83) Kuala Lumpur,Malaysia |
| Tempat semadi | Makam Pahlawan,Masjid Negara, Kuala Lumpur |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | |
| Pasangan | |
| Anak | |
Tan SriKhir Johari (29 Januari 1923 – 19 November 2006) merupakan pemimpin veteranUMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinanTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[1]
Beliau dilahirkan di Kampung Kancut,Alor Star,Kedah dan mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Jalan Bharu danSungai Korok sebelum melanjutkan pendidikan menengah diKolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Hajat beliau sambung belajar di Medical College, Raffles College diSingapura pada 1940 terbantut apabilaPerang Dunia Kedua (PDII) meletus.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Khir’ mempunyai sembilan orang anak, lima daripadanya ialah perempuan. Antara anak beliau ialahRoselina Khir Johari (65-66 tahun) yang kini merupakan pensyarah di UM, ialah hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) yang dikahwini pada 1943 iaitu semasa PDII. Che Tom meninggal dunia pada 20 September 1994.
Isteri keduanya, Puan Sri Cristine Lim Abdullah berkahwin beliau pada Februari 1996.[2][3]
Beliau rapat dengan Tan SriSenu Abdul Rahman,Fatimah Hashim danTunku Abdul Rahman. Sesiapa sahaja menyukainya kerana beliau pandai berjenaka di samping akalnya. Beliau dan cikgu Senu pernah mementaskan drama sebabak di Alor Setar. Mereka juga menubuhkan 'Rumah Miskin' untuk membantu golongan fakir miskin. Pertubuhan SABERKAS (Sayang Akan Bangsa, Ertinya Korban Apa Segala) ditubuhkan di Kedah semasapenjajahan Jepun bagi mendapatkan kemerdekaan.
Apabila Tunku Abdul Rahman terpilih sebagaiPresiden UMNO pada 25 Ogos 1951 dalam Mesyuarat Agung UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Pengasas UMNO, DatoOnn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkanIMP. Khir Johari menjadi Setiausaha Agung UMNO selepas pilihan raya 1955.
Beliau bertanding dalam pilihan raya 1955, 1959, 1964 dan 1969 di Kedah Tengah yang kemudian pada 1978 ditukar nama kepadaKuala Kedah,Kedah dari 1955 hingga 1982. Semasa pilihan raya 1969, gambar beliau dan isterinya berpakaian tradisi Cina telah dijadikan isu kempen parti pembangkang terutamaPAS. Khir Johari juga menghantar kad ucapanTahun Baru Cina kepada rakan-rakan Cinanya. Sebenarnya gambar itu diambil semasa lawatan beliau keHong Kong.[perlu rujukan] SemasaPeristiwa 13 Mei 1969, beliau dan Tunku berada di Kedah meraikan kemenangan UMNO di sana.[4]
Khir Johari pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadiSetiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinanTunku Abdul Rahman sebagaiMenteri Pelajaran Malaysia pertama negara pada tahun 1957. Beliau adalah antara anggota Kabinet kerajaan paling lama berkhidmat iaitu sejak 1950-an sebelum bersara pada1976.
Khir Johari menyandang pelbagai jawatan dalam kabinet Malaysia. Antaranya dilantik menjadi Menteri Muda di Kementerian Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran yang pertama (31 Ogos 1957-1960), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1964), Menteri Pertanian (1964-1966), Menteri Pelajaran (1966-1968) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1968-1973).
Selain Khir Johari, Kabinet pertama Tunku turut dianggotai olehTun Abdul Razak, TunH. S. Lee, Sulaiman Abdul Rahman, TunV.T. Sambathan, TunSardon Haji Jubir, TunTan Siew Sin,Abdul Aziz Ishak, Tan SriBahaman Samsudin, DatukAbdul Rahman Talib dan TunOmar Ong Yoke Lin.
Beliau pernah mengetuai rombonganMalaya ke PersidanganUNESCO diParis (1958); Presiden Persidangan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Semula Kawasan Luar Bandar Afro-Asia (1964); dan mengetuai rombongan Malaysia ke upacara Pembukaan Persidangan Peringkat Menteri-Menteri bagi kerjasama Asia dan Pasifik (ASPAC) diSeoul,Korea Selatan (1966).
Seterusnya, beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia diAmerika (Februari 1973) dan Duta Besar diPBB,New York (1973-1976). Semasa diAS, beliau memandu kereta sendiri merentas benuaAmerika Utara dariNew York keWashington.[5]
Beliau juga dilantik sebagai Presiden 'Malaysia Institute of Directors' dan Naib PengerusiMagnum Corporation Berhad – sebuah syarikatjudi. Khir Johari juga dilantik sebagai PengerusiKarangkraf bagi menerbitkan semula akhbarWatan.
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menukartulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepadabahasa Melayu pada 1966.[6] Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi. Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi.
Khir Johari aktif dalam pelbagai aktiviti sosial seperti sukan dan alam sekitar. Beliau menjadi Presiden 'World Wide Fund for Nature Of Malaysia' (WWF), PresidenPersatuan Zoologikal Malaysia, PresidenPATA (1971/1972), ahli Lembaga Pemegang AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman, Timbalan PresidenMajlis Olimpik Malaysia, PresidenPersatuan Badminton Malaysia, Presiden PenajaPersatuan Sepak Takraw Malaysia selama 15 tahun, Naib Yang DipertuaGabungan Persatuan Badminton Asia dan Presiden Soft Tennis Association Of Malaysia (STAM) (1994).
Beliau dilantik sebagai PresidenPersatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang kali terakhir dipegangnya pada 1993 sehingga pernah dianugerahkan sebagaiBapa Sepak Takraw olehPersekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) setahun kemudian.
Di bawah kepimpinannya dalamPersatuan Badminton Malaysia (BAM), skuad negara berjaya membawa pulang gelaran berprestij berpasukan dunia,Piala Thomas pada 1967 dariJakarta yang hanya dapat diulangi suku abad kemudian diKuala Lumpur.
Dalam bidang kebajikan, Khir Johari menjadi penaung kepadaPersatuan Kebajikan Pekak dan Pusat Sindrom Down Kiwanis. Sementara dalam pertubuhan Islam, Allahyarham aktif dalamPertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Yayasan Amanah Pembinaan Islam (A staf).
Selain itu, Khir Johari pernah menjawat PresidenPersatuan Zoologikal Malaysia dan pengasas bersama serta presiden pergerakan pemeliharaan hidupan liar,WWF Malaysia.
Beliau ialah satu-satunya tokoh yang namanya diabadikan sekurang-kurangnya di lapan buah sekolah di seluruh negara. Antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari diPrai (Pulau Pinang),Kampung Melayu Majidee (Johor),Sungai Petani (Kedah),Sabak Bernam (Selangor),Tanjung Malim (Perak),Beranang (Selangor) danBagan Datoh (Perak). Selaku Menteri Pelajaran, beliau telah merasmikan upacara pembukaan rasmiSekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib,Kuantan pada 12 Jun 1967 danSekolah Menengah Kebangsaan Cheras pada 27 Mac 1969.
Beliau turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang olehUniversiti Malaya (1966); Ijazah Kehormat Pendidikan dan Sains oleh De La Salle College,Manila (1967); Senatorship oleh 'Junior Chamber International' (1967); 'Langkawi Award - The Highest Tribute To Individual Malaysians for Outstanding Contributions In The Environmental Field' (1995) dan 'Member of Honour of the International WWF Network'.
Beliau menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaranTan Sri, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato' dan P.M.N.[7]
Pada 29 Januari 2003, Perdana MenteriMahathir Mohamad dan Timbalan Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi meraikan Khir Johari pada majlis ulang tahunnya ke-80, sambil diperhati isteri Khir, Puan Sri Christine, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.[8]
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada19 November2006 akibat sesak nafas[9] semasa bersarapan pagi di kediamannya di Suasana Sentral Kondominium,Brickfields. Doktor mengesahkan beliau meninggal dunia akibat sakit jantung. Isterinya Puan Sri Cristine Lim ada bersama. Jenazah dimandi dan dikafankan diMasjid Negara dan disembahyangkan diketuai imam Datuk Kamaruddin Zakaria. Kemudian, beliau dikebumikan di perkaranganMakam Pahlawan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara pada kira-kira jam 6.45 petang.