Mohamed Khaled Nordin | |
|---|---|
| Menteri Pertahanan | |
| Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Menteri Pendidikan Tinggi | |
| Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 14 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin Idris Jusoh |
| AhliParlimen Malaysia bagiKota Tinggi,Johor | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 8,390 (PRU-15) |
| Menyandang jawatan 19 Mac 2023 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid |
| Dalam jawatan 1 Mei 2020 – 5 Ogos 2021 | |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Didahului oleh | Lodin Wok Kamaruddin |
| Digantikan oleh | Mohd Redzuan Md Yusof |
| Menteri Besar Johor | |
| Dalam jawatan 14 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Ibrahim |
| Didahului oleh | Abdul Ghani Othman |
| Digantikan oleh | Osman Sapian |
| AhliDewan Negeri Johor untuk N43Permas | |
| Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Munusamy Mareemuthu |
| Digantikan oleh | Che Zakaria Mohd Salleh |
| Majoriti | 5,752 (PRU-13) |
| AhliParlimen Malaysia bagiPasir Gudang, Johor | |
| Dalam jawatan 2004–2013 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | |
| AhliParlimen Malaysia bagiJohor Bahru | |
| Dalam jawatan 1990–2004 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamed Khaled bin Nordin (1958-11-30)30 November 1958 (umur 66) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Seri Rosni Omar |
| Anak | Akmal Saufi Mohamed Khaled |
| Ibu bapa | Nordin Johari Marina Shukri |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (LLB) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Peguam |
Dato' SeriHajiMohamed Khaled bin Nordin (lahir 30 November 1958) ialah seorang ahli politikMalaysia yang berasal dariMuar,Johor. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-15 dari 2013 hingga 2018. Sebelum ini beliau ialah bekas Menteri Pengajian Tinggi (2008–2013). Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan bekas Ahli Dewan Undangan NegeriPermas (N. 43). Pada peringkat parti, beliau ialahNaib Presiden UMNO. Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan 2022.
Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan diMuar,Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Anak kepada pasangan Haji Nordin Johari dan Hajah Marina Shukri. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian keMaktab Sultan Abu Bakar,Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian keUniversiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.
YB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Rosni Omar tahun1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Beliau memulakan kerjayanya diPETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).
Khaled telah memulakan tugasnya dalamJemaah Menteri apabila Perdana Menteri,Abdullah Ahmad Badawi telah melantiknya bagi menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari tahun 2004 hingga tahun 2008 dan kemudian sebagaiMenteri Pengajian Tinggi Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2013 lalu.
Beliau kemudiannya bertanding di kerusiDewan Negeri Johor untukPermas padaPilihan raya umum Malaysia 2013 bagi negeriJohor dan memenangi kerusi tersebut dan seterusnya dilantik sebagaiMenteri Besar Johor bagi menggantikanAbdul Ghani Othman.
PadaPilihan raya umum Malaysia 2018, beliau tewas dalam merebut kerusi ParlimenPasir Gudang dan tewas juga di kerusiDewan Negeri Johor untukPermas dalamPilihan raya negeri Johor 2018 lalu.
Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.
Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO NegeriJohor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).
YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.
| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Kota Tinggi | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 25,410 | Ridhwan Rasman | PN (BERSATU) | 17,020 | 8,390 |
| Onn Jaafar | PH (AMANAH) | 4,903 | ||||||
| 2018 | Pasir Gudang | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 36,889 | Hassan Abdul Karim | PH (PKR) | 61,615 | 24,726 |
| Ab. Aziz Abdullah | PAS | 6,278 | ||||||
| Chee Jock | BEBAS (KERETA) | 227 | ||||||
| 2008 | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 35,849 | Md Rizan Mohd Saman | PKR | 18,568 | 17,281 | |
| 2004 | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 38,123 | A. Razak Ahmad | PKR | 7,002 | 31,121 | |
| 1999 | Johor Bahru | Mohamaed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 38,707 | A. Razak Ahmad | PRM | 14,149 | 24,558 |
| 1995 | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 40,141 | Zahrah Mohd Yusof | S46 | 6,023 | 34,118 | |
| Tan Tien Lim | PBS | 4,165 | ||||||
| 1990 | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 29,480 | Jaafar Onn | S46 | 16,814 | 8,166 | |
| Ismail Wanjor | BEBAS | 930 |
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Permas | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 20,047 | Che Zakaria Mohd Salleh | PH (BERSATU) | 28,793 | 8,746 |
| Abdul Aziz Abdullah | PAS | 4,181 | ||||||
| 2013 | Mohamed Khaled Nordin | BN (UMNO) | 23,952 | Syed Othman Abdullah | PAS | 18,200 | 5,752 |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Johor 2013 – 2018 | Penyandang Kemudian |
| Abdul Ghani Othman | Osman Sapian |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 2008 – 2013 | Penyandang Kemudian |
| Mustapa Mohamed | Idris Jusoh |
| Penyandang Terdahulu | Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia 2004-2008 | Penyandang Kemudian |
| Mohamed Nazri Abdul Aziz | Noh Omar |