Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mohamed Hashim bin Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamed Hashim bin Mohd Ali
SSM (Malaysia); PGAT (ATM); SPMS (Selangor);
PMN (Malaysia);DPKT (Brunei); SPTS (Perak)
SIMP (Pahang); PSM (Malaysia);; DSDK (Kedah);
JMN (Malaysia); PhD
Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Dalam jawatan
6 Oktober 1987 – 11 April 1992
Didahului olehMohd Ghazali Che Mat
Digantikan olehYaacob Mohd Zain
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamed Hashim bin Mohamad Ali

(1935-04-10)10 April 1935
Ipoh,Perak,Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kiniMalaysia)
Meninggal dunia1 Oktober 2025(2025-10-01) (umur 90)
Hospital Gleneagles, Jalan Ampang,Kuala Lumpur,Malaysia
Tempat semadiTaman Perkuburan Raudhatul Sakinah Kem Perdana Sungai Besi,Kuala Lumpur,Malaysia
PasanganMajmin Yahaya[1]
Pertalian
Anak3
Ibu bapaKhalijah Ahmad
Mohd Ali Mohd Taib
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Cabang/khidmatBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun khidmat1957–1992
PangkatJeneral
Pangkalan
Anugerah tenteraPanglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)

Jeneral (B)TunDato' SeriDr.Mohamed Hashim bin Mohd Ali (lahir10 April19351 Oktober2025) adalah bekasKetua TurusAngkatan Tentera Malaysia.

Biografi

[sunting |sunting sumber]

Mohammed Hashim bin Mohd Ali dilahirkan diIpoh,Perak kepada ibu bapa Melayu berketurunanMinangkabau Rawa yang berasal dariKlang,Selangor dan mempunyai darah keturunan dari Rao Mapat Tunggul,Sumatera Barat,Indonesia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1,Kampung Pandan,Kuala Lumpur.

Selepas sahaja beliau tamat persekolahan rendah, beliau memasukiInstitut Victoria, Kuala Lumpur dari tahun 1949 hingga 1955. Semasa di VI, beliau menjadi ketua pasukan hoki dan juga menjadi wakil sekolah dalam acara renang. Beliau juga menjadi jurulatih sekolah untuk menguruskan peperiksaan anjuran Royal Life Saving Society.

Kerjaya Tentera

[sunting |sunting sumber]

Hashim Mohd Ali menceburi bidang tentera sebagai kerjaya. Dia menjadi kadet di Royal Military Academy, Sandhurst sekitar tahun 1955 hingga 1957. Dalam bulanDisember1957, beliau ditauliahkan sebagai pegawai muda dalamRejimen Askar Melayu DiRaja dan dihantar bertugas denganBatalion ke-3Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Beliau juga pernah menjadi pegawai pemerintahBatalion ke-5Rejimen Askar Melayu DiRaja semasa bertugas diSarawak. Beberapa perlatikan sebagai pegawai staf mengikut. Setelah dilantik sebagaiBrigedier Jeneral, beliau dilantik sebagai Pegawai PemerintahRejang Area Security Command atau RASCOM diSarawak. Di sana beliau berjaya membantu mengembalikan kedamaian dan keamanan serta kestabilan kawasan tersebut.

Dalam tahun1980, selepas menghadiri kursus di National Defence College,India, beliau dilantik sebagai Ketua Staf diKementerian Pertahanan Malaysia berpangkatMejar Jeneral.

Dalam tahun1982, beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Divisyen Kedua Infantri yang berpangkalan diPulau Pinang. Dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Pemerintah Divisyen tersebut, beliau menjalinkan hubungan rapat dengan Ketua Pemerintah Region 4, Royal Thai Army. Hasil hubungan rapat tersebut dan peningkatan kerjasama kedua pihak, tekanan ketenteraan yang diberikan telah melumpuhkan keupayaan pengganas Komunis dalam menjalankanpemberontakan bersenjata mereka sehingga akhirnya menandatanganiperjanjian damai dalam tahun1989.

Setelah melepaskan jawatan sebagai panglima pemerintah Rejimen 2 Divisyen, beliau dilantik menjadi TimbalanKetua Turus Tentera Darat.

Dalam bulan November 1985, beliau dilantik menjadiKetua Turus Tentera Darat. Dalam bulan Oktober 1987, beliau mengambil alih jawatanKetua Turus Angkatan Tentera sehingga persaraannya dalam bulan April 1992 (persaraan wajib secara pilihan kerana umurnya yang sudah memasuki 55 tahun) selepas berkhidmat selama 35-37 tahun dalam perkhidmatanAngkatan Tentera Malaysia.

Jeneral Tun Tan Sri Dato' Seri Hashim adalah penandatangan Perjanjian Hatyai bagi pihak Kerajaan Malaysia dalam tugasnya sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Selepas Bersara

[sunting |sunting sumber]

Selepas bersara, Hashim dilantik menjadi pengarah di beberapa buah syarikat tersenarai diBursa Kuala Lumpur.

Hashim dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi SUKOM Ninety Eight Berhad, syarikat yang ditubuhkanKerajaan Malaysia untuk menganjurkan dan menguruskanSukan Komanwel 1998 ke-16 diKuala Lumpur yang diadakan pada 11 hingga 21 September1998.

Trivia

[sunting |sunting sumber]

Adik-beradiknya adalah seperti berikut, beliau merupakan anak paling bongsu keseluruhannya di antara kesemua adik-beradiknya:-

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Rencana ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^"Menempoh penghidupan baru yang beragam".Berita Harian. 12 December 1961. m/s. 2.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mohamed_Hashim_bin_Mohd_Ali&oldid=6663092"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp