Modal (serapanTamil:முதல்mutal "permulaan";[1][2] jugabarangan modal ataumodal sebenar) dalam kefahamanekonomi mengkhusus kepada faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkanbarangan atauperkhidmatan yang sendiri tidak digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia mungkin susutnilai dalam proses pengilangan. Barang modal mungkin didapati dengan wang ataupunmodal kewangan. Pada sebarang masa, jumlah modal fizikal boleh dirujuk sebagaisaham modal, penggunaan yang berbeza dengansaham modal dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepadafungsi pengeluaran.
Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan sesuatu perniagaan. Konsep kewangan modal diterima oleh kebanyakan entiti bagi penyediaan laporan kewangan mereka. Di dalam konsep kewangan bagi modal, seperti wanglaburan atau kuasa membeli yang dilabur, modal adalah sama dengan nilai aset bersih atau ekuiti sesuatu entiti. Dalam konsep fizikal bagi modal, seperti keupayaan beroperasi, modal dianggap sebagai keupayaan pengeluaran berdasarkan entiti, sebagai contoh, unit pengeluaran sehari.[3]
Terdapat empat jenis modal iaitu;
- Modal dibenarkan / Modal berdaftar / Modal nominal
- Modal diterbitkan
- Modal belum diterbitkan
- Modal berbayar
- Sumber utama
- F. Boldizzoni (2008).Means and ends: The idea of capital in the West, 1500-1970, New York: Palgrave Macmillan, 2008, chapters 4-8.
- K.H. Hennings (1987). "Capital as a factor of production,"TheNew Palgrave: A Dictionary of Economics, v. 1, pp. 327-33.