| Mnevis | |
|---|---|
| Pusat kultus utama | Heliopolis |
| Simbol | lembu jantan hitam, cakera matahari |
| Anak | Apis (menurut golongan pendeta Mnevis) |
Mnevis (Yunani Purba:Μνέυις,Qibti:ⲉⲙⲛⲉⲩⲓ;Jawi: منيۏيس)[1] merupakan nama Yunani bagi dewa lembuMesir purba yang pusat pemujaannya terletak diHeliopolis, dan dikenali oleh orang Mesir purba sebagaiMer-wer atauNem-wer.[2]
Walaupun pada asalnya dewa yang berasingan, ia kemudian diasimilasikan dengan dewasinkretikAtum-Ra sebagai manifestasi fizikalnya, dan juga dianggap sebagaibaRa. Mnevis sering digambarkan sebagai lembu jantan hitam yang memakaicakera matahari danureus.[2] Seperti yang dilaporkan olehPlutarch, lembu Mnevis merupakan yang kedua terpenting selepas lembuApis dariMemphis. Seperti lembu Apis, pergerakan lembu Mnevis dipercayai digerakkan oleh kehendak ilahi, dan digunakan sebagaitakahun atau tukang tilik. Golongan pendeta Mnevis juga mendakwa bahawa Mnevis tidak lain tidak bukan bapa kepada Apis yang lebih terkenal.[2]
Lembu Mnevis diperuntukkan dua oranggundik, lebih tepatnya dua lembu betina yang mewakiliHathor danIusaaset. Apabila lembu itu mati, ia akan ditahmitkan dan dikebumikan dengan serba penghormatan dinekropolis khas yang terletak tidak jauh dari kuil di Heliopolis.[2] Satu lagi kawasan perkuburan dikhaskan untuk "Ibu Mnevis" yang dianggap sebagai penjelmaan dewi lembuHesat. Selepas kematian seekor lembu Mnevis, penggantinya akan dicari, biasanya seekor lembu jantan yang benar-benar hitam. Hanya ada satu lembu Mnevis pada satu-satu masa.[2]
Kultus Mnevis merupakan antara sedikit yang dibenarkan semasa "bidaah Amarna" RajaAkhenaten, mungkin keranasifat mataharinya. Akhenaten diketahui pernah memerintahkan pembinaan nekropolis untuk lembu Mnevis diAkhetaten, namun ia belum ditemui.[2]