Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mitsubishi Estate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mitsubishi Estate Company, Limited
Nama asli三菱地所株式会社
NamarumiMitsubishi Jisho kabushiki gaisha
Jenis/bentuk sahPublic
Didagangkan sebagaiTYO:8802
TOPIX Core 30 Component
ISINJP3899600005 Sunting ini di Wikidata
IndustriReal estate
PendahuluMitsubishi Goshi Kaisha
Ditubuhkan7 Mei 1937; 88 tahun yang lalu (1937-05-07)
Ibu pejabatOtemachi Building
6-1, Otemachi 1-chome
Chiyoda-ku, Tokyo, Japan
Kawasan perkhidmatan
  • Japan
  • China
  • Vietnam
  • Singapore
  • United Kingdom
  • United States
  • Malaysia
  • Indonesia
Tokoh penting
  • Junichi Yoshida[1] (Chairman)
  • Atsushi Nakajima (President)
PemilikMitsubishi Group
Bilangan kakitangan772 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukMitsubishi Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatMitsubishi Jisho Design, Royal Park Hotels Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.mec.co.jp/index_e.htm

Instagram: mec_recruitSunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mitsubishi Estate Company, Limited (三菱地所株式会社,Mitsubishi Jisho kabushiki gaisha; MEC) ialah salah satupemaju hartanah terbesar diJepun dan terlibat dalam pengurusan harta tanah serta penyelidikan dan reka bentuk seni bina.

Sehingga 2018, Mitsubishi Estate mempunyai portfolio paling berharga dalam industri harta tanah Jepun, dengan jumlah nilai kira-kira 7.4 trilion yen, sebahagian besarnya terletak di daerahMarunouchi diTokyo.[2] MEC memiliki bangunan tertinggi ketiga di Jepun,Yokohama Landmark Tower, sertaSanno Park Tower danMarunouchi Building di Tokyo. Mitsubishi Estate mempunyai ibu pejabat di Otemachi Building diŌtemachi,Chiyoda, Tokyo. Ia adalah salah satu syarikat terasMitsubishi .

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Bangunan Marunouchi, yang telah siap dibina pada 2002

Syarikat ini ditubuhkan pada 1937 sebagai pemecahan daripada pegangan harta tanahzaibatsu Mitsubishi. Ia disenaraikan di bursa saham Tokyo dan Osaka pada 1953.[3]

Kepekatan aset terbesarnya adalah di sekitar kawasan Daimaruyū (daerah Ōtemachi, Marunouchi dan Yūrakuchō) barat Stesen Tokyo dan Yūrakuchō, kawasan yang dibeli oleh ''zaibatsu'' daripada kerajaan Meiji pada 1890 dan dibangunkan menjadi daerah pejabat.[4] Hari ini, kawasan ini menempatkan ibu pejabatMitsubishi Corporation,Mitsubishi UFJ Financial Group, MUFG Bank,Mitsubishi UFJ Trust & Banking,Mitsubishi Heavy Industries,Mitsubishi Electric,Meiji Yasuda Life,Nippon Yusen dan syarikat-syarikat lain Kumpulan Mitsubishi, serta banyak firma lain yang tidak berkaitan dengan syarikat tersebut.

Pada 1990 Mitsubishi Estate membeli sepenuhnya Rockefeller Group diNew York City, syarikat harta tanah yang pada masa itu memilikiRockefeller Center.[3] Sejak itu, sebahagian lama Pusat itu telah dijual dan Rockefeller Group yang masih dimiliki oleh Mitsubishi, mengekalkan koridor barat kompleks itu.

Mitsubishi Estate mengetuai pembangunan semula kawasan Umekita utara Stesen Osaka dan Umeda antara 2010 dan 2013, termasuk kompleks Grand Front Osaka.[3]

Mitsubishi Estate menyatakan pada November 2014 bahawa mereka telah bersetuju untuk menjual bangunan pejabat yang telah berusia 41 tahun di Tokyo kepada Mizuho Financial Group dengan harga $1.35 bilion.[5]

Pada 2015, Mitsubishi mengumumkan bahawa ia akan memegang pegangan majoriti dalam projek pembangunan semula utara Stesen Tokyo yang akan termasuk bangunan tertinggi di Jepun, pencakar langit setinggi 390 m (1,280 ka). Tarikh sasaran siap untuk projek itu ialah pada 2027.[4]

Pada 2019, Mitsubishi Estate menjadi pemaju projek One City Center diBangkok, yang telah disiap pada Mac 2023. Ini menandakan projek pembangunan pejabat pertama Kumpulan Mitsubishi Estate di Thailand, dengan jumlah pelaburan kira-kira 8.8 bilion baht Thailand (sekitar 36.1 bilion yen). Dengan ketinggian sekitar 276 meter, One City Center adalah bangunan pejabat tertinggi di Thailand. Mitsubishi Estate bekerjasama dalam projek ini bersama Raimon Land Co. Ltd., pemaju yang terkemuka di Thailand.[6]

Pelaburan-pelaburan

[sunting |sunting sumber]

Pada 2019, Mitsubishi Estate mengumumkan komitmen pelaburan 10 bilion yen sebagai sebahagian daripada inisiatif mereka untuk menemui projek perniagaan baru dan untuk membangun sinergi dengan perniagaan inovatif.[7]

  • Mitsubishi Estate menyertai pusingan pembiayaan Siri D untukAstroscale, syarikat pemula penyingkiran serpihan angkasa yang beribu pejabat di Singapura dengan pejabat di Jepun dan UK. Pusingan itu diketuai oleh INCJ Ltd. Jepun, dan termasuk dana yang dikendalikan oleh SBI Investment Co., Ltd (SBII) dan berjumlah AS$50 juta.[8]
  • Pada Mei 2019, syarikat pemula ''proptech'' yang berpusat di Singapura,GorillaSpace, telah mengumumkan bahawa mereka telah mengumpulpusingan benih (Seed round) yang tidak didedahkan yang diketuai oleh Mitsubishi Estate. Pelaburan ini menandakan pelaburan peringkat benih pertama untuk Mitsubishi Estate, serta syarikat pemula ''proptech'' pertama di luar Jepun yang menerima pembiayaan daripada syarikat itu.[9]
  • Mitsubishi Estate mengumumkan pada 28 Januari 2019, bahawa mereka telah menerima saham baru yang dikeluarkan olehClean Planet Inc. Clean Planet (Minato-ku, Tokyo) ialah firma teroka yang menyelidik dan membangunkan "tenaga hidrogen baru".[10]

Syarikat-syarikat berkumpulan

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Board Members". Dicapai pada2024-01-08.
  2. ^Maeno, Masaya (2018-07-26)."Tokyo real estate market booming ahead of Olympics".Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2018-07-26.
  3. ^abc"History". Mitsubishi Estate Co., Ltd. Dicapai pada7 September 2015.
  4. ^abNarioka, Kosaku (31 August 2015)."Mitsubishi Estate Plans Japan's Tallest Building".The Wall Street Journal. Dicapai pada7 September 2015.
  5. ^"Mitsubishi Estate to sell Tokyo property to Mizuho for $1.35 billion" (Siaran akhbar). Reuters. 27 November 2014.
  6. ^"Mitsubishi Estate Group - One City Centre"(PDF).mec.co.jp. 2024-08-30.
  7. ^"三菱地所、新事業創造に向けたベンチャー出資等が累計100億円に到達".日本経済新聞 電子版 (dalam bahasa Jepun). February 2019. Dicapai pada2019-06-18.
  8. ^Goh, Deyana (2018-10-31)."Singapore-based space debris removal company Astroscale secures US$50m in Series D round".SpaceTech Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2019-06-18.
  9. ^Chan, Melissa (2019-05-28)."S'pore PropTech Startup GorillaSpace Raises Seed Funding Led By Mitsubishi Estate".Vulcan Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2019-06-18.
  10. ^"Mitsubishi Estate Invests in 'New Hydrogen Energy' Startup - News - Solar Power Plant Business".tech.nikkeibp.co.jp. Dicapai pada2019-06-18.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mitsubishi_Estate&oldid=6645172"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp