Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuahsel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentukrod dansfera di dalamsitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:
1- Membran dalam
2- Membran luar
Membran dalam merupakan membran khusus yang tidak telap kepada kebanyakan ion kecil termasuklah H+, Na+, K+. Ia juga tidak telap kepada glukosa, piruvat, suksinat, α-ketoglutarat, sukrosa, malat, sitrat, glutamat, aspartat, NAD+, NADP+, NADH, NaDPH, CTP, GTP, CDP, ATP, ADP dan GDP.
Membran dalam mitokondrion wujud dalam bentuk berkrista, iaitu lingkaran yang menambahkan luar permukaan membran itu.
Enzim kompleks ATP sintase (atau ATPase) terdapat di permukaan membran dalam sebagai zarah berbentuk sfera yang mengarah ke dalam metriks mitokondrion.
Membran luar ini telap kepada kebanyakan ion dan molekul kecil.
Mitokondrion mempunyai membran unit luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat.
Mitokondrion berfungsi sebagai rumahsel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel.Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilkan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasiaerob.
Bahagian lain di dalam sel: