Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Stesen Angkasa Mir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMir)
Stesen AngkasaMir
Mir selepas pemisahan dengan Discovery pada 12 Jun, 1998.
Mir selepas pemisahan denganDiscovery pada12 Jun,1998.
Statistik stesen
NSSDC ID:1986-017A
Isyarat panggilan:Mir
Krew:3
Pelancar:19 Februari,1986
21:28:23UTC
Pad pelancar:LC-200/39, danLC-81/23,Kosmodrom Baikonur,
Kesatuan Soviet
Kemasukkan semula:23 Mac,2001
05:50:00UTC
Berat:124,340 kg
(274,123lb)
Isipadu ruang kediaman:350 m³
Perigi:386 km (207.9batu nautika)[meragukan bincang]
Apogi:398 km (212.5 batu nautika)[meragukan bincang]
Kecondongan orbit:51.6darjah
Tempoh orbit:89.8minit
Orbit sehari:16.13
Hari dalam orbit:5,519 hari
Hari didiami:4,592 hari
Jarak jelajah:3,638,470,307 km
(1,964,616,800 batu nautika)
Statistik setakat pada23 Mac,2001 (apabila Mir berhenti mengorbit).[perlu rujukan].
Tatarajah
Tatarajah terakhir Mir dengan kapal bolak balik angkasa
Tatarajah terakhirMir dengankapal bolak balik angkasa
Stesen AngkasaMir

Mir (Rusia:Мир,bahasa Melayu sama adaAman atauDunia) merupakan sebuah stesen orbit angkasa milikSoviet (dan kemudianRusia).Mir merupakan sebuah stesen penyelidikan pertama di dunia yang secara konsisten didiami paling lama oleh manusia di angkasa.Mir juga merupakan sebuahstesen angkasa lepas "generasi ketiga" yang pertama dibina. Stesen ini dibina selama beberapa tahun denganrekabentuk modular.

Mir memegang rekod untukkehadiran manusia secara berterusan terlama di angkasa, kurang lapan hari bagi mencapai tempoh 10 tahun, dan melalui beberapa kerjasama, boleh dilawati olehkosmonaut dan angkawasan antarabangsa dari pelbagai negara (programantara-kosmos). Satu peristiwa yang terpenting dalamProgram Angkasa Lepas Mir, adalah lawatan kapal angkasa bolak balik Amerika Syarikat ke stesen ini sebanyak 11 kali, yang membawa bekalan dan menyediakan penukaran anak kapal. PemasanganMir di orbit dilakukan dengan menyambungkan beberapa modul, setiap satunya dilancarkan secara berasingan bermula pada tahun 1986 sehingga 1996.

Stesen ini terus wujud sehingga23 Mac2001, apabila ia dikeluarkan daripada orbit, berpecah semasakemasukkan semula ke dalam atmosfera di atasLaut Pasifik Selatan.

Pembangunan

[sunting |sunting sumber]
Blok Asas Mir dengan lima pelabuhan nod pada sfera di bahagian hujung depan-kiri stesen.

Mir telah diluluskan sebagai sebahagian dari sistem-sistem angkasa generasi ketiga Soviet pada17 Februari1976, dekri bagi rekabentuk dan penambahbaikan stesen angkasa modelSalyut DOS-17K. Empat stesen angkasa Salyut telah dilancarkan sejak tahun 1971. Tiga lagi akan dilancarkan semasa pembangunanMir. Mengikut rancangan pada masa itu, blok-blok asas (DOS-7 danDOS-8) akan dilengkapkan dengan sejumlah empat tempat berlabuh: dua darinya di hujung stesen seperti pada stesen Salyut, dan tambahan dua stesen lagi di sebelah sisi sfera berlabuh pada bahagian hadapan stesen. Sehingga Ogos 1978, ia berandur-ansur menjadi tatarajah terakhir dengan satu pelabuhan sebelah kiri dan lima pelabuahan dalam ruang sfera di hujung hadapan stesen.[1]

Pada asalnya, rancangan adalah untuk menghubungkan pelabuhan ini dengan modul seberat 7.5 tan yang diterbitkan daripadakapal angkasa Soyuz. Modul-modul ini akan menggunakan modul dorongan Soyuz, atas alasan Soyuz danProgress, dan modul-modul keturunannya dan modul orbit akan digantikan dengan modul makmal yang panjang.[1]

Modul Khidmat Zvezda sedang dibina. Adik kepada teras Mir dan pada asalnya merupakan teras untuk Mir 2.

Program Mir telah digabungkan dengan program stesen angkasa tentera berpenghuni,Vladimir Chelomei dalam resolusi pada bulan Februari 1979. Tempat berlabuh telah diperkukuhkan bagi menempatkan modul stesen angkasa seberat 20 tan yang ditempatkan dikapal angkasa TKS.NPO Energia telah dipertanggungjawab untuk keseluruhan stesen angkasa; bagaimanapun, kerja telah di sub-kontrak kepadaKB Salyut, cabang pembangunanKhrunichev disebabkan kerja sedang dilakukan diEnergia,Salyut 7,Soyuz-T dankapal angkasa Progress. KB Salyut telah memulakan kerja pada tahun 1979, dan lukisan-lukisan telah dibebaskan pada tahun 1982-1983. Sistem-sistem baru digabungkan ke dalam stesen, ini termasuk komputer kawalan penerbangan digital Salyut 5B danroda tenagagirodin (diambil daripada Almaz), dansistem pertemuan automatik Kurs baru, sistem komunikasisatelit Altair, penjana oksigen elektron, danpembersih karbon dioksida Vozdukh.[1]

Pada awal tahun 1984, kerja-kerja ke atasMir telah ditangguhkan, sementara kesemua sumber-sumber telah ditumpukan kepadaprogram Buran bagi memastikankapal angkasa bolak balik Buran sedia untuk ujian penerbangan. Dana kemudian dikembalikan pada awal 1984 apabilaValentin Glushko telah memerintahkan Setiausaha Jawatankuasa Pusat untuk Angkasa dan Pertahanan bagi mengorbitkanMir pada awal 1986, iaitu semasaKongres Parti Komunis ke-27 berlangsung.[1]

Jelasnya aliran memproses yang dirancang tidak boleh dituruti dan masih menjadikan tahun 1986 sebagai tahun pelancaran. Ia telah diputuskan pada Hari Angkasawan pada (12 April) bagi menghantar model penerbangan keBaikonur dan melakukan ujian sistem dan integrasi di sana.Mir tiba di tapak pelancaran pada6 Mei1985. 1100 dari 2500 kabel perlu dibuat semula berdasarkan keputusan ujian terhadap model ujian darat diKhrunichev. Pada bulan Oktober 1985,Mir telah dikeluarkan daripadabilik bersih. Cubaan pelancaran pertama pada16 Februari1986 dibatalkan akibat kegagalan sistem komunikasi kapal angkasa. Percubaan kedua pada19 Februari,1986 pada 21:28:23 UTC berjaya, menepati tarikh akhir politik.[1]

Kewujudan awal

[sunting |sunting sumber]

Disebabkan oleh tekanan bagi melancarkan stesen dalam jangka masa yang singkat, para perancang misi telah ditinggalkan tanpa kapal angkasa Soyuz atau modul-modul bagi pelancaran ke stesen pada mulanya. Keputusan dibuat bagi melancarkanSoyuz T-15 dengan dua misi iaitu keMir danSalyut 7.[1]

Leonid Kizim danVladimir Solovyov pertama kali berlabuh di stesen angkasa Mir pada15 Mac,1986. Semasa hampir 51-hari tinggal diMir, mereka telah menghidupkan stesen dan memeriksa sistem-sistemnya. Mereka juga memunggah keluar duakapal angkasa Progress selepas ketibaan mereka iaitu Progress-25 dan Progress-26.[2]

Pada5 Mei,1986 mereka meninggalkanMir untuk memulakan perjalanan sehari ke Salyut-7. Mereka menghabiskan masa selama 51 hari di sana dan mengumpul 400 kg bahan-bahan saintifik daripada Salyut 7 untuk dibawa kembali keMir. Ketika Soyuz T-15 berada di Salyut-7,Soyuz TM-1 yang tidak dianggotai tiba di stesenMir yang tidak diduki dan kekal di sini untuk selama 9 hari, bagi mengujikapal angkasa Soyuz TM yang baru. Soyuz T-15 telah berlabuh kembali diMir pada26 Jun dan menghantar ujian dan 20 peralatan, termasukspektrometer saluran berbilang. Krew EO-1 telah menghabiskan 20 hari terakhir diMir, melakukan pemerhatian ke ata bumi sebelum kembali ke bumi pada16 Julai1986, meninggalkan stesen baru tanpa dihuni.[3]

TatarajahMir selepas ketibaan Kvant-1 pada tahun 1987.

Ekspedisi kedua keMir, Mir EO-2, dilancarkan dengan menggunakanSoyuz TM-2 pada 5 Februari, 1987. Semasa tempoh ini, modulKvant-1 telah dilancarkan pada30 Mac,1987. Ini merupakan kali pertama, versi eksperimen bagi rancangan siri modul37K dijadualkan untuk dilancarkan keMir dengan menggunakankapal angkasa Buran Soviet. Kvant-1 asalnya dirancang bagi digunakan denganSalyut 7; walaubagaimanapun, disebabkan oleh masalah-masalah teknikal semasa pembangunannya, ia kemudian ditugaskan semula denganMir. Modul ini membawa set pertama yang terdiri dari 6 giroskop untuk kawalan altitud. Modul ini juga membawa peralatan untuk pemerhatian astro-fizikal sinar-X dan ultra-ungu.

Maklumat selanjutnya:Kvant-1


Pertemuan awal antara modul Kvant-1 denganMir pada 5 April 1987 bermasalah disebabkan oleh kegagalan sistem kawalan di dalam kapal. Selepas kegagalan kedua percubaan untuk berlabuh, angkasawan di dalam kapal,Yuri Romanenko danAleksandr Laveykin, melakukan jalan angkasa bagi membetulkan masalah. Mereka memjumpai beg sampah di antara modul dan stesen, yang mana telah menghalangnya dari berlabuh. Beg ini telah ditinggalkan di orbit selepas kepulangan satu daripada kapal kargo. Mereka kemudian mengalihkan beg dan melengkapkan pelabuhan pada 12 April 1987.[4][5]

Pelancaran Soyuz TM-2 merupakan permulaan serangkaian enam pelancaran Soyuz dan tiga krew yang tinggal untuk jangka masa lama di antara 5 Februari, 1987 sehingga 27 April, 1989. Pada masa ini juga, para angkasawan antarabangsa membuat lawatan pertama kali ke stesen ini olehMuhammed Faris,Abdul Ahad Mohmand danJean-Loup Chrétien. Dengan pelepasan Mir EO-4 denganSoyuz TM-7 pada 27 April 1989, stesen ini sekali lagi ditinggalkan tanpa berpenghuni.

Fasa pembesaran pertama

[sunting |sunting sumber]
Maklumat selanjutnya:Kvant-2

PelancaranSoyuz TM-8 pada5 September,1989 menandakan permulaan kehadiran manusia terlama di angkasa sehingga kini. Ia juga menandakan permulaan pembesaran keduaMir. Modul-modulKvant-2 danKristall kini telah bersedia untuk dilancarkan.Alexander Viktorenko danAleksandr Serebrov berlabuh diMir dan membawa stesen ini keluar dari hibernasinya selama lima bulan. Pada29 September 1989, para angkasawan memasang peralatan di dalam sistem berlabuh sebagai persediaan untuk kedatangan Kvant 2, modul tambahan pertama seberat 20-tan yang berpangkalan dikapal angkasa TKS daripada programAlmaz[6]Selepas 40 hari lewat disebabkan oleh masalah dengan sekumpulan cip komputer, Kvant-2 kemudian dilancarkan pada26 November. After problems deploying the craft's solar array and with the automated docking systems di kedua-dua Kvant-2 danMir, Kvant-2 telah dilabuhkan secara insani pada6 Disember. Kvant-2 telah menambah set girodin kedua pada Mir. Modul ini juga membawa sistem sokongan hidup baru untuk mengitar semula air dan menjana oksigen di dalamMir, yang mana mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari bumi. Kvant-2 juga mempunyai kunci udara yang besar dengan satu pintu sebesar satu meter. Satu unit beg galas khas, menyerupaiUnit Kendalian Berpenghuni Amerika Syarikat, telah diletakkan di dalam kunci udara Kvant-2.[6][7]

TatarajahMir selepas pemasangan modulKristall pada tahun 1990.

Soyuz TM-9 yang membawa anggota krew Mir EO-6 iaituAnatoly Solovyev danAleksandr Balandin pada11 Februari,1990. Semasa berlabuh, krew EO-5 yang masuk ke dalamMir melihat 3selimut haba di Soyuz-TM 9 telah longgar, dan berpotensi untuk mewujudkan masalah semasa kemasukan semula. Krew memutuskan bahawa masalah ini boleh diuruskan. Semasa tempoh ini, modul Kristall telah ditambah padaMir. Modul ini telah dilancarkan pada31 Mei. Percubaan berlabuh pertama telah dilakukan pada6 Jun telah dibatalkan disebabkan kegagalan penujah kawalan altitud. Modul Kristall tiba di pelabuhan hadapan Mir pada10 Jun, dan ditempatkan semula ke pelabuhan sisi yang bertentangan dengan Kvant-2 pada hari berikutnya, mengekalkan keseimbangan kompleks. Disebabkan kelewatan semasa melabuhkan Kristall, EO-6 telah dilanjutkan selama 10 hari bagi membenarkan mengaktifkan sistem-sistem Kristall, dan menempatkan EVA bagi membaiki selimut haba yang longgar di Soyuz-TM 9.[8]

Modul Kristall mengandungi sejumlah relau untuk menghasilkan kristal di dalam graviti mikro. Di dalamnya juga terdapat peralatan penyelidikan bio-teknologi, termasuk sebuah rumah hijau kecil untuk melakukan ujian penanaman tanaman. Unit ini dilengkapi dengan sumber cahaya dan sistem suapan. Modul ini juga mengandungi peralatan pemerhatian astronomi. Walaubagaimanapun, ciri utamanya adalah dua port perlabuhanAndrogynous Peripheral Attach System APAS-89 yang direka bagi diserasikan dengan kapal angkasa bolak balikBuran. Meskipun ia tidak pernah digunakan dengan kapal angkasa bolak balik Buran, ia kemudian digunakan dengan kapal bolak balik Amerika.[9]

Maklumat selanjutnya:Kristall

Krew bantuan EO-7 tiba denganSoyuz TM-10 pada3 Ogos1990. Krew baru ini tiba diMir bersama-samapuyuh untuk sangkar-sangkar di Kvant-2. Puyuh ini telah bertelur semasa dalam perjalanan ke stesen. Ia kemudian kembali ke bumi bersama-sama dengan 130 kg keputusan ujikaji dan produk-produk industri, di dalam Soyuz TM-9.[8] Ekspedisi selama tiga bulan berlanjutan dengan lawatan keMir dengan tekanan dirasai oleh krew bumi. Krew Mir EO-10 dilancarkan ke angkasa dengan menggunakanSoyuz TM-13 pada2 Oktober1991 merupakan krew terakhir dilancarkan daripada Kesatuan Soviet, dan meneruskan pendudukan diMir walaupun setelah kejatuhanKesatuan Soviet. Modul-modul yang tidak dilancarkan iaituSpektr danPriroda, tidak bernasib baik.Agensi Angkasa Persekutuan Rusia yang baru ditubuhkan tidak mampu membiayai modul-modul ini yang ia kemudian disimpan, menamatkan pembesaran pertama stesenMir.[10][11][12]

Kerjasama antarabangsa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Program Ulang-alik Mir
Mir dilihat mengorbit kira-kira 350 kilometer di atasNew Zealand.

Pada bulan September 1993, Timbalan Presiden Amerika SyarikatAl Gore dan Perdana Menteri RusiaViktor Chernomyrdin telah mengumumkan rancangan untuk membina stesen angkasa lepas baru, yang mana kemudian dikenali sebagaiStesen Angkasa Antarabangsa atau SAA. Mereka juga telah bersetuju sebagai persediaan untuk projek baru ini, A.S akan melibatkan diri di dalam projek Mir beberapa tahun lebih awal, di bawah nama kod Fasa Satu (di mana SAA adalah Fasa Dua).Kapal bolak balik akan digunakan bagi mengangkut bekalan dan manusia ke dan daripadaMir, dan para angkasawan Amerika akan tinggal diMir untuk selama beberapa bulan terakhir, membolehkan A.S. untuk berkongsi dan belajar daripada pengalaman unik yang Rusia miliki dalam penerbangan angkasa dengan jangka masa panjang.

Penglibatan A.S. dalam program Mir juga membawa dana-dana baru kepadaMir. Antara penggunaan yang penting adalah penyiapan dan pelancaran modul-modulSpektr danPriroda. Selain itu,Modul Berlabuh Mir juga telah dibina bagi membolehkan proses berlabuh oleh kapal angkasa bolak balik ke stesen Mir lebih mudah.


Bermula pada bulan Mac 1995, tujuh angkasawan A.S. telah menghabiskan 28 bulan di stesenMir. Semasa pendudukan mereka, beberapa kecemasan genting telah berlaku, terutamanya kebakaran kecil pada23 Februari,1997, dan perlanggaran dengankapal angkasa Progress tanpa penghuni pada25 Jun,1997. Kejadian ini telah meninggalkan lubang pada modul Spektr, yang mana kemudian telah ditutup daripada bahagian stesen lain. Dalam kedua-dua kejadian, keperluan bagi pengeluaran lengkap dengan menggunakan kapal melepaskan diri Soyuz berjaya dielakkan. Beberapajalan angkasa diperlukan bagi memulihkan semula kuasa penuh padaMir, dan satu darinya adalah di dalam modul Spektr di mana kesemua udaranya telah terlepas. Selepas kecemasan ini,Kongres A.S. danNASA telah mempertimbangkan sama ada A.S. patut meninggalkan program di sebabkan rasa bimbang akan keselamatan para angkasawan, tetapi penasihat NASADaniel S. Goldin telah memutuskan untuk terus menyambung program.

Pada bulan Jun 1998, angkasawan terakhirMir warganegara A.S iaituAndy Thomas meninggalkan stesen dan memasuki kapal angkasa bolak balikDiscovery.

Mengikut perancangan awal, Mir akan diikuti oleh Mir 2, dan unsur-unsur projek yang kini merupakan sebahagian daripada Stesen Angkasa Antarabangsa, termasuk sebuah modul teras (kini dikenaliZvezda) yang mana telah dilabelkan sebagai "Mir-2" untuk beberapa lama di dalam kilang.

Kehidupan di Mir

[sunting |sunting sumber]
Mir danBulan, dua satelit Bumi.

Di bahagian dalamMir yang seberat 100 tan ini kelihatan seolah-olah dikejangkan di dalamlabirin, dipenuhi dengan hos-hos, kabel-kabel dan peralatan-peralatan saintifik; selain juga barang-barang kehidupan seharian, seperti foto, lukisan kanak-kanak, buku-buku dan gitar. Ia biasanya menempatkan tiga anak kapal, tetapi kadang kala boleh menampung sehingga enam orang angkasawan sehingga sebulan. Kecuali untuk selang masa yang singkat,Mir secara berterusan didiami sehingga bulan Ogos 1999.

Udara di dalam stesen ini digambarkan sebagai "sangat menyihatkan, - ia tidak kering, ia juga tidak lembab. Tiada yang berbau" seperti kata angkasawanNASA, John Blaha. Beliau juga menggambarkan dengan pengecualian ke atasPriroda danSpektr yang mana telah ditambah baru-baru ini, stesen ini kelihatan digunakan, yang mana adalah dijangka kerana ia telah digunakan selama 10 hingga 11 tahun tanpa dibawa kembali ke rumah dan dicuci.[13]

SemasaProgram Ulang-alik Mir, para angkasawan Rusia telah ditugaskan untuk menjaga dan menyelenggara stesen sementara para angkasawan Amerika pula menjalankan operasi ujikaji eksperimen saintifik di kawasanphisiologi manusia,sains kehidupan,mikrobiologi dansains bahan.[13]

AngkasawanShannon Lucid, yang telah mensetkan rekod terlama tinggal di angkasa oleh seorang wanita di dalamMir (dipintas olehSunita Williams 11 tahun kemudian di SAA), telah memberi komen berkenaan kerja diMir telah berkata

"Saya fikir pergi bekerja secara harian di Mir adalah amat menyerupai pergi bekerja secara harian di luar daerah di Antartika. Perbezaan besar bekerja di sini adalah pengasingan, kerana anda benar-benar terasing. Anda tidak mempunyai banyak sokongan dari darat. Anda bergantung kepada diri anda sendiri."[13]

Dua panggilan pengenalan radio amatur, U1MIR dan U2MIR, telah diberi kepadaMir pada akhir tahun 1980-an, membenarkanpengendali radio amatur di Bumi untuk berkomunikasi dengan angkasawan.[14]

Peter Llewellyn hampir melawatMir pada tahun 1999 setelah menjanjikanAS$100 juta untuk mendapatkan keistimewaan ini.[15]

Hari-hari terakhir dan berhenti mengorbit

[sunting |sunting sumber]

Semasa hidupnya hampir berakhir, terdapat rancangan daripada pihak persendirian untuk membeli Mir, kemungkinan untuk digunakan sebagaistudio televisyen/studio filem orbit pertama. MisiSoyuz TM-30 yang diayai oleh pihak swasta iaituMirCorp, dilancarkan pada4 April,2000, membawa dua anak kapal,Sergei Zalyotin danAlexandr Kaleri, ke stesen Mir selama dua bulan untuk membaiki Mir dengan harapan untuk membuktikan bahawa stesen ini adalah selamat. Tetapi ia terbukti menjadi misi berpenghuni terakhir ke Mir. Walaupun Rusia optimistik dengan masa depan Mir, komitmen mereka kepada projekStesen Angkasa Antarabangsa menyebabkan tiada dana diperuntukkan bagi menyokong stesenMir yang semakin usang.

Pengeluaran Mir daripada orbit dilakukan dalam tiga tahap. The first stage was waiting foratmospheric drag todecay Mir’s orbit an average of 220 kilometer (137 batu). This began with the docking ofProgress M1-5, a modified version of the Progress M carrying 2.5 times more fuel in place of supplies. The second stage was the transfer of the station into a 165 x 220 km (103 x 137 mi) orbit. Ini diperolehi dengan dua pembakaran pada enjin kawalan Progress M1-5 pada 00:32 UTC dan 02:01 UTC pada23 Mac,2001. After a two-orbit pause, the third and final stage of Mir's deorbit began with the burn of Progress M1-5's control engines and main engine at 05:08 UTC, lasting a little over 22 minutes.Reentry intoEarth's atmosphere (100 km/60 mi) of the 15-year-old space station occurred at 05:44 UTC nearNadi,Fiji. Major destruction of the station began around 05:52 UTC and the unburned fragments fell into the SouthPacific Ocean around 06:00 UTC.[16][17]

In anticipation of the reentry of Mir, pemilikTaco Bell telah menarik sasaran besar ke Lautan Pasifik. Sekiranya sasaran ini terkena kepingan Mir yang jatuh, setiap orang di Amerika Syarikattaco daripada Taco Bell dengan percuma. Syarikat ini telah membeli polisi insurans yang agak besar untuk "perjudian" ini.[18] Tiada satu pun daripada kepingan-kepingan ini yang telah menghentam sasaran.

Kapal sokongan

[sunting |sunting sumber]
Pandangan keluar tingkap dari kapal angkasa bolak balik Atlantis menunjukkan kapal angkasa Soyuz sedang berlabuh diMir.

Stesen angkasa Mir disokong oleh kapal-kapal angkasaSoyuz danProgress. Kapal Soyuz menyediakan jalan masuk ke dalam dan daripada stesen, membolehkan pertukaran krew dibuat. Kapal Soyuz juga berfungsi sebagai bot penyelamat untuk stesen ini, membolehkan krew untuk kembali ke bumi dengan pantas sekiranya berada dalam kecemasan. Kapal kargo tanpa penghuni Progress pula digunakan bagi menghantar bekalan ke stesen dan tidak memiliki keupayaan untuk menyelamatkan diri.

PandanganAtlantis berlepas meninggalkanMir

. Ia juga dijangka akan menjadi destinasi untuk penerbangankapal angkasa Buran yang kemudian dibatalkan. ModulKristall boleh menempatkan dua tempat berlabuhAndrogynous Peripheral Attach System APAS-89 yang direka bagi diserasikan dengan kapal bolak balik Buran. Kemudahan ini kemudian digunakan olehkapal bolak balik milik Amerika Syarikat.

SemasaProgram Ulang-alik Mir,Mir juga boleh menerima kehadiran kapal bolak balik, yang membolehkan para angkasawan Amerika dan negara-negara Barat lain melawat atau tinggal untuk jangka masa lama di stesen ini. Lawatan kapal angkasa bolak balik Amerika Syarikat menggunakan kolar dok yang diubahsuai yang asalnya direka untukBuran Soviet, dipasang pada satu pendakap yang pada mulanya direka untuk digunakan bersama-samaStesen Angkasa Freedom.Modul Berlabuh kemudian ditambah pada hujung Kristall bagi menghapuskan keperluan untuk mengerakkan modul dan menarik balik susunan-susunan solar untuk isu-isu kelegaan. Kapal bolak balik menyediakan pertukaran krew para angkasawan A.S di stesen ini selain membawa kargo ke dan dari stesen, melakukan beberapa pemindahan kargo terbesar pada waktu itu. Dengan kapal bolak balik dilabuhkan di Mir, pembesaran sementara kawasan-kawasan tempat tinggal dan kerja di kompleks ini menjadikan ia sebagaikapal angkasa terbesar dalam sejarah pada waktu itu, dengan berat gabungan sejumlah 249 tan.

Modul-modul Mir

[sunting |sunting sumber]

Stesen angkasa lepas Mir telah dibina dengan menyambungkan tujuk modul yang berbeza, setiap satunya dilancarkan ke orbit secara berasingan dengan menggunakanroket Proton, kecuali untukmodul berlabuh, yang mana telah dibawa keMir olehkapal bolak balik angkasa.

ModulTarikh pelancaranKenderaan pelancarTarikh berlabuhBeratSoyuzKegunaanPandangan terpencilTatarajahMirFoto
Teras19 Februari,1986Proton 8K82KT/B20,100 kgN/AKuarter stesen kediaman utama, stesen teras keseluruhan di mana modul-modul lain disambung.
Kvant-131 Mac,1987Proton 8K82K~9 April,198710,000 kgTM-2Pemerhatianastronomi dan ujikaji sains bahan.
Kvant-226 November,1989Proton 8K82K6 Disember,198919,640 kgTM-8Lebih baru, sistem sokongan hayat lebih canggih, ujikaji saintifik tambahan dan kunci udara.
Kristall31 Mei,1990Proton 8K82K10 Jun,199019,640 kgTM-9Teknologi, pemprosesan bahan, makmalgeofizik danastrofizik.
Spektr20 Mei,1995Proton 8K82K1 Jun,199519,640 kgTM-21Menempatkan ujikaji untukProgram bolak balik-Mir.
Modul Berlabuh12 November,1995Bolak BalikAtlantis (STS-74)15 November,19956,134 kgTM-22Digunakan sebagai tempat berlabuh untuk kapal bolak balik angkasa milik Amerika Syarikat semasa Program Bolak Balik-.
Priroda23 April,1996Proton 8K82K26 April,199619,000 kgTM-23Modul penderia bumi kawalan jauh.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Ekspedisi, jalan angkasa dan krew;


Bacaan lanjut

[sunting |sunting sumber]
PusakaMir' - Modul terasStesen Angkasa Antarabangsa, Fasa 2 dalam program SAA.

Kisah Fasa 1 dihuraikan dengan terperinci oleh Bryan Burrough di dalam buku beliau yang bertajukDragonfly:NASA and the Crisis Aboard Mir.

Budaya popular

[sunting |sunting sumber]
  • Stesen ini telah memainkan peranan penting sebagai depoh simpanan bahan api dalam sebuah filem pada tahun 1998 yang bertajukArmageddon. Digambarkan lebih besar dari saiz sebenarnya di alam nyata dan dirujuk secara ringkas sebagai "Stesen Angkasa Rusia", ia telah musnah apabila terdapat kebocoran bahan api.
  • Stesen ini memainkan peranan kecil sebagai satu tempat perlindungan untuk S.R. Hadden dalam satu adaptasi filemContact pada tahun 1997.
  • Ahli perniagaanPeter Llewellyn hampir pergi Mir pada tahun 1999 setelah menjanjikanAS$ 100 juta untuk mendapatkan keistimewaan ini.[15]
  • Dalam satu permainan fiksyenWorld of Darkness yang dibangunkan oleh White Wolf Publishing, Mir merupakan tapakBlack Spiral DancerCaern, yang menjadi portal langsung keMalfeas.
  • DalamSouth Park, episod "Pinkeye", kematian pertama kaliKenny dalam episod disebabkan rempuhan Mir ke atas beliau. Kesemua krew di dalamnya juga mati dalam rempuhan ini. Episod ini disiarkan kira-kira 3 ½ tahun sebelum kejadiande-orbit sebenar.
  • The Simpsons episod "The Wizard of Evergreen Terrace", Homer mengimbas kembali dirinya mensabotaj Mir[19], and in "The Great Money Caper" the Simpsons family car is hit by a sturgeon from the space station[20].
  • Dalam filem pada tahun 1999Virus, satu kehidupan makhluk asing telah menyerang Mir.
  • Dalam sebuah cerita pendek bertajuk "Above it All" olehRobert J. Sawyer, seorang angkasawan Amerika memasuki Mir bagi mengambil mayat seorang angkasawan Rusia.
  • Dalam sebuah komik, Erwin, satu programkecerdikan buatan, dipindahkan ke Mir yang tidak didiami untuk satu tempoh masa.
  • Dalam siri sains-fiksyenBBC bertajukBugs, sebahagian sedutan filem memaparkan stesen angkasa Mir telah digunakan bagi menggambarkan meriam laser yang berpangkalan di angkasa.
  • Dalam satu siri tayanganDead Like Me, seorang protagonis pertunjukkan,George, telah terbunuh oleh tempat duduk tandas yang jatuh daripada stesen Mir yang sedangde-orbit.
  • DalamFallout Tactics, satu permainan taktikal pasca-nuklear, bangkai stesen kelihatan seperti satu telur easter di dalam bekas khas.
  • DalamRed Alert 3, Soviet boleh menghempaskanstesen orbit yang kelihatan seperti Mir ke atas musuhnya.
  • Dalam sebuah filem Chile bertajukChilePuede, kemungkinan satu misi angkasa Chile, seorang saintis Rusia menghubungi sepupunya yang merupakan seorang angkawasan di Mir, untuk menolong dan menyelamatkan satu misi dari bencana. Saintis ini menjelaskan: stesen angkasa mempunyai banyak modul, dan bukan kesemuanya dimusnahkan, dan sekiranya berlakunya perang dingin baru, orang-orang Rusia mungkin akan bersedia.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcdefWade, Mark."Mir complex". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-16.
  2. ^Anikeev, Alexander."Spacecraft "Soyuz-T15"". Manned Astronautics. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-03-01. Dicapai pada2007-04-16.
  3. ^Wade, Mark."Mir EO-1". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-18.
  4. ^Wade, Mark."Mir EO-2". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-18.
  5. ^Zak, Anatoly."Spacecraft: Manned: Mir: Kvant-1 Module". RussianSpaceweb.com. Dicapai pada2007-04-16.
  6. ^abWade, Mark."Mir EO-5". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-19.
  7. ^Zak, Anatoly."Spacecraft: Manned: Mir: Kvant-2 Module". RussianSpaceWeb.com. Dicapai pada2007-04-18.
  8. ^abWade, Mark."Mir EO-6". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-19.
  9. ^Zak, Anatoly."Spacecraft: Manned: Mir: Kristall Module". RussianSpaceWeb.com. Dicapai pada2007-04-18.
  10. ^Wade, Mark."Mir EO-10". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-19.
  11. ^Wade, Mark."Spektr". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-21.
  12. ^Wade, Mark."Priroda". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada2007-04-21.
  13. ^abcFrom Mir to Mars PBS: From Mir to Mars, Accessed September 14, 2008
  14. ^Astronaut Hams Astronaut Hams
  15. ^abNo Mir flight for British businessman BBC News: May 27, 1999
  16. ^"The Final Days of Mir". The Aerospace Corporation. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-08-03. Dicapai pada2007-04-16.
  17. ^"Mir Space Station Reentry Page". Space Online. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada2007-04-16.
  18. ^Taco Bell press releaseMarch 19,2001
  19. ^Simpsons episode5F21
  20. ^Simpsons episodeCABF03

21. *http://history.nasa.gov/SP-4225/nasa4/nasa4.htm

22. *http://www.cnn.com/TECH/9706/25/mir.escape/index.html

23. *http://www.jinformation.com/literature/events-international-apr-18-1997.htm

24. *http://www.anomalies.net/archive/cni-news/CNI.0751.html

Sumber-sumber

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanStesen Angkasa Mir
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
Didahului oleh
Program Salyut
Mir program
1986–2001
Diikuti oleh:
Stesen Angkasa Antarabangsa
Komponen-komponen Stesen AngkasaMir
Modul Soviet
Moduldibiayai Amerika
Sub-sistem lain
Kapal sokongan

Templat:Program angkasa berpenghuni RusiaTemplat:Program angkasa berpenghuni A.STemplat:Stesen angkasa lepas

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Stesen_Angkasa_Mir&oldid=6088041"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp