Satuminit (pinjaman akar Latinminutus "kecilan") ataujenak adalah satuunit bagimasa yang bersamaan dengan 1/60jam dan juga 60saat. (Sesetengah minit yang jarang-jarang berlaku mempunyai 59 atau 61 saat; lihatsaat lompat.) Untuk tujuan-tujuan saintifik, minit adalah satuunit bagimasa yang adalah bersamaan dengan kira-kira 1/1600hari, atau 54saat (lebih tepat lagi, 53.9121 saat). Ia dikenali sebagaiminit semula jadi untuk membezakannya daripada minit konvensional. Ia adalah bersamaan dengan 1045masa Planck.
Pengungkapanminit mula diberikan dalam karyaOpus Majus nukilanRoger Bacon yang membincangkan pembahagian masa antara dua fasabulan purnama kepada "jam", "kecilan", "keduaan", "ketigaan" dan "keempatan" (horae,minuta,secunda,tertia,quarta) yang ditunjukkan pada takwim sezaman penulis;[1] ia sendirinya pelanjutan daripada ungkapanpars minuta primapinjam terjemah ungkapan πρώτα ἑξηκοστᾰ́prṓtā hexēkostá "enampuluhan pertama" digunakan orangYunani Purba yang membahagikan satu bulatan kepada 60pecahan sama panjang untuk mengukur satulengkungnya.[2]
Dalam bidanggeometri, seminit adalah satuunit bagisudut, iaitu 1/60darjah. Ia kemudiannya juga dikenali sebagai satuminit sudut atauminit lengkok, dan boleh dibahagikan selanjutnya kepada 60saat lengkok.
Dalam bidangastronomi, minit adalah satu unit sudut dan masa, 1/60 sejamjarak hamal. Ia kemudiannya dikenali sebagaiminit jarak hamal, dan seterusnya boleh terbahagi kepada 60 saat jarak hamal.
Simbol untuk satu minit masa (atau jarak hamal) adalahmin.
Simbol untuk satu minit lengkok adalah satuprima (′). Misalnya, lima belas minit boleh ditulis sebagai 15′. Walau bagaimanapun, koma atas atau tanda petik tunggal ('), adalah lebih biasa digunakan.
Bumi berputar mengelilingipaksikutubnya melalui lima belas minit lengkok dalam setiap minit masa. Satu minit lengkokKhatulistiwa Bumi adalah kira-kira satubatu nautika.
Sejam mengandungi 60 minit berkemungkinan disebabkan pengaruh daripada tamadunBabylon, yang menggunakan sistem pembilanganasas 60.