Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Meter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMilimeter)
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Meter" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(Julai 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Oktober 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Perancis itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|fr|Mètre}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Meter
Sistem unitUnit asas SI
Unit bagipanjang
Simbolm 
Penukaran unit
1 m dalam ...... adalah sama dengan ...
   Unit SI   7000100000000000000♠1000 mm
7000100000000000000♠1×10−3 km
   Unit imperial/AS   1.0936 yd
 3.2808 ka
 39.370 in
   Unit nautikal   0.00053996 nmi
Carimeter dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.

Meter (Jawi: ميتر, simbol:m) merupakanunit mengukurpanjang yang ditetapkan dalamSistem Unit Antarabangsa. Mengikut takrifBIPM:

"Meter ialah panjang yang dilaluicahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458saat."[1]

Penggandaan

[sunting |sunting sumber]

Imbuhan awal SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :-

  • kilometer = 1,000 meter
  • dekameter = 10 meter
  • sentimeter = 1/100 meter
  • milimeter = 1/1000 meter
  • mikrometer (dahulunya mikron) = 1 per sejuta meter
  • nanometer = 1 per laksa meter (iaitu 109 meter)

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Perkataan meter itu berasal dari istilahGreek:μετρέωmétron yang bermaksud "ukuran";[2] kata ini sewarisan rumpunIndo-Eropah dengan kataSangsakerta मात्राmātrā (lalu juga sekembar katamatra).[3] Penetapan ini mula dipiawaikan dalam laporan yang dihantarkan kepadaAkademi Sains Perancis olehJean-Charles de Borda,Joseph-Louis Lagrange,Nicolas de Condorcet danPierre-Simon de Laplace bahawa:[4]

« Nous fixons l'unité de mesure à la dix-millionième partie du quart du méridien et nous la nommons mètre. »[alpha 1]
("Kami menetapkan satuan ukur panjang bersamaan satu persepuluh juta daripada satu perempatgaris rembang, dan kami menamakannyamètre." )

Pada asalnya, meter ditakrifkan olehAkademi Sains Perancis sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaanBumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7April 1795 pemerintahPerancis menggunakan meter sebagai unit rasmi untuk mengukur panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkanBiro Timbang dan Ukur Antarabangsa mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batangplatinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889.

Apabila teknologilaser diperkenalkan pada tahun 1960, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran gariscahaya jingga-merah melalui spektrumkripton-86. Pada tahun 1983Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melaluivakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkankelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di mana jua lokasi, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilitBumi atau panjang batanglogam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter piawai masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu, panjang ini secara teorinya boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Pada ketika itu seperempatgaris rembang yang beredar kelilingi Bumi. Kini garis rembang difahamkan dariKutub Utara keKutub Selatan dianggarkan bersamaan dengan seperpuluh juta (10,000,000) setengah garis rembang ini.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^http://www.bipm.org/fr/si/si_brochure/chapter2/2-1/metre.html
  2. ^"Etymologie de metre".Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012.Empr. au gr. μέτρον «mesure» d'où «instrument pour mesurer» et «quantité ou espace mesuré»; cf. le b. lat.metrum,metron de même sens «instrument» (ves.), «espace mesuré» (début ves.). L'a. fr. connaît metre «mesure de capacité» (1367 J. Richard, Un évêque d'Orient latin au XIVes. ds B. de corresp. hellénique, t.74, p.118).
  3. ^Beekes, R. S. P. (2010).Etymological Dictionary of Greek. Leiden: Brill. m/s. 939–40.ISBN 978-90-04-17420-7.
  4. ^Borda; Lagrange; Condorcet; Laplace (1793). "Rapport fait à l'Académie des Sciences, le 11 juillet 1792 sur la nomenclature des mesures linéaires et superficielles"., Annales de chimie.16: 253.
Ikon tunas

Rencana tentangsains ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Ikon tunas

Rencana berkaitanfizik ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Meter&oldid=6436618"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp