Rencana ini mengenai tempoh. Untuk Filem 2007 Roland Emmerich, sila lihat
10,000 SM (filem).
Milenium ke-10 SM menandakan permulaan zamanMesolitik (atauEpipaleolitik) yang merupakan bahagian pertamaEpok Holosen.Jumlah penduduk dunia ketika ini mungkin kurang daripada 5 juta orang, dengan kebanyakannya merupakan komuniti-komunitipemburu-pemungut yang terselerak di seluruh semua benua. Penghijrahan orang-orang proto-Lapita ke pulau-pulauPasifik juga berlaku pada masa ini.Tembikar dan dengan itu, mungkin jugamasakan, dikembangkan secara berasingan diJepun danAfrika Utara.Pertanian mula berkembang diSabit Subur, tetapi tidak diamalkan secara meluas sehingga 2,000 tahun lagi. ZamanPengglasieran Würm berakhir dan zamanantara glasier yang berlangsung sehingga hari ini bermula dan membenarkan penempatan semula kawasan-kawasan utara.
- k.k. 10000 SM - Manusia mula tinggal diJericho.
- k.k. 9000 SM - BudayaNeolitik bermula diTimur Dekat Kuno.
- k.k. 9000 SM -Timur Dekat: Struktur-struktur batu yang pertama dibina diJericho.
- Zaman Bubalus diSahara.
- Eropah: Orang-orangAzilian (Budaya Kerakal Berhias) mendudukiSepanyol,Perancis,Switzerland,Belgium, danScotland.
- Eropah: BudayaMagdalenian berkembang maju dan mencipta lukisan-lukisan gua diPerancis.
- Norway: Kesan-kesan pertama penduduk diRandaberg.
- Mesir: Mata-mata sabit awal dan pengisaran hilang dan digantikan oleh para pemburu, pemancing ikan, dan pemungut yang menggunakan alat-alat batu.
- Asia: Tapak-tapak gua yang berhampiran denganLaut Caspian digunakan sebagai tempat kediaman manusia.
- Jepun: Orang-orangJomon menggunakan tembikar dan memancing ikan, memburu, serta memungut buah oak, kekacang, dan biji. Adanya 10,000 buah tapak yang diketahui.
- Mesopotamia: Terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan linguistik, termasuk orang-orangSumeria danSemit yang berkongsi cara hidup politik dan budaya yang sama.
- Mesopotamia: Manusia mula memungutgandum danbarli liar, mungkin untuk membuatmalt dan kemudiannyabir.
- Korea:Tembikar muncul buat pertama kali, dengan kemungkinan dikaitkan dengan permulaan penghidupan agraria di satu lokasi yang tunggal.
- Amerika Utara: Masyarakat-masyarakat pemburu-pemungutPaleo-Indian mengamalkan gaya hidup nomad di kawasan desa.
- Amerika Utara:Blackwater Draw terbentuk diNew Mexico timur, dan membuktikan kegiatan manusia.
- Amerika Utara: Orang-orangFolsom berkembang maju di seluruhAmerika Syarikat Barat Daya.
- Amerika Utara: Permulaan penempatan di tapakNanu yang terletak diHaida Gwaii diBritish Columbia kini. Penempatan ini merupakan pendudukan berterusan yang paling lama dalam wilayah yang kini dimiliki olehKanada.
- Anjing dibela jinak.
- Parsi:Kambing dibela jinak.
- Colombia: Penempatan-penempatan pertama dekatBogotá diEl Abra danTibitó (Cundinamarca). Penempatan-penempatan pertama diRemedios danYondó (Antioquia).
Kira-kira 10,000 SM:
Kira-kira 9700 SM:Tasik Agassiz terbentuk.
Kira-kira 9600 SM: Zaman sejukDryas Lebih Muda berakhir. ZamanPleistosen berakhir dan zamanHolosen bermula.Zaman Paleolitik berakhir dan zamanMesolitik bermula. Banyak tanah yang dahulu terglasier kini boleh didiami semula.
Kira-kira 9500 SM:Tasik Ancylus yang merupakan sebahagianLaut Baltik masa kini dibentuk.