Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mikoyan MiG-35

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MiG-35 Fulcrum-F
MiG-35 milik Rusia
Penerangan
JenisPesawat tempur udara pelbagai guna
PengeluarMikoyan
Penerbangan sulung7 Februari 2007
VariasiMikoyan MiG-29
Krew1 atau 2
Dimensi
Panjang19m (62kaki 4in)
Tinggi6 m (19 kaki 8 in)
Panjang sayap15 m (49 kaki 3 in)
Berat
Berat tanpa muatan15,000kg (33,069paun)
Janakuasa
Enjin2 kipas turbo lepas bakar Klimov RD-33MK
Tujahan maksimum8,900 kg (19,620 paun) setiap enjin
Persenjataan
Meriam1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 250 tembakan seminit.
Prestasi
Kelajuan maksimumMach 2.4 (2,556 km/j, 1,587 batu/j)
Jarak pemanduan3700 km (2,387batu) dengan tangki luaran 4800 km (3000 batu)
Altitud tertinggi18,900 m (62,000 kaki)
Kadar panjat320 m/s (63,360 kaki/min)

Mikoyan MiG-35 (bahasa Rusia: Микоян МиГ-35) yang juga dikenali dengannama pengenalan NATO,Fulcrum F merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk belepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 telah dipamerkan secara rasmi ketika Menteri Pertahanan Rusia,Sergey Ivanov melawat Loji Bangunan Mesin Lukhovitsky "MAPO-MIG".[1] MiG-35 telah dipertingkat dengan sistemavionik dan persenjataan yang jauh lebih baik berbanding variasi terdahulunya, radarJujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) baharu dan rekaan unikSistem Pengesan Optikal (OLS), memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistempintasan kawalan-darat (CGI) serta mampu membawa pelbagai misi secara individu.

Pesawat ini dijual dengan 2 variasi iaitu MiG-35 (1 tempat duduk) dan MiG-35D (tempat duduk berkembar).

Penerangan

[sunting |sunting sumber]

Reka bentuk

[sunting |sunting sumber]

Perubahan ketara radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE, enjin RD-33MK dan Sistem Pengesan Optikal (OLS) baharu.[2][3][4] Selain itu, peranti elektronikanalog dalamkokpit dikurangkan.

Enjin

[sunting |sunting sumber]

Enjin RD-33MK "Morskaya Osa" (bahasa Rusia: Морская Оса) yang bermaksud "penyengat laut" telah diubahsuai. Ini merupakan versi terbaru RD-33 dan mempunyai 7% lebih kuasa jika dibandingkan model prototaip disebabkan penggunaan teknologi moden dalamsirip penyejuk di mana menghasilkan tujahan sebanyak 9,000 kg. Enjin baharu ini juga kurang mengeluarkan asap dan dimuatkan dengan nozel tujahan vektor bagi meningkatkan keberkesanan pertempuran sehingga 15%.[5][6]

Kokpit

[sunting |sunting sumber]

Peranti elektronik analog dikurangkan dan digantikan dengan 3paparan hablur cecair (LCD) sama saiz,paparan pelbagai fungsi (MDF) dan paparan tambahan untuk OLS (bahagian belakang kokpit MiG-35D mempunyai 4 LCD).

Penderia

[sunting |sunting sumber]

Pengubahsuaian baharu termasuk radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE boleh golek dan optronik kompleks yang terdiri daripada reka bentuk OLS baharu bagi menggantikan penderiainframerah jejak dan cari (IRST) terdahulu, OLS tambahan di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan dan sepasang pengesan pemancaranlaser yang terletak di hujung sebelah atas setiapsayap.

Radar AESA baharu menawarkan jarak frekuensi operasi yang lebih luas serta mampu menipuradar musuh dan berkebolehan untuk menghadapi serangan serentak. Penggabungan teknologiangkasa lepas iaitu OLS dengan topi keledar yang mempunyai sistem sasaran terbina dalam menghasilkan titik sasaran udara mahupun darat yang lebih tepat.

Perbezaan utama daripada penderia IRST terdahulu ialah pemasangan peranti baharu yang bukan sahaja menyediakan jarak operasi yang lebih baik malah menawarkan paparan bersuis sama ada pandanganinframerah, mod TV atau gabungan kedua-duanya sekali. OLS di bahagian atas muncung berfungsi sebagai IRST manakala OLS di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan berfungsi sebagai penanda sasaran serangan darat (ground strike designator).

Sejarah operasi

[sunting |sunting sumber]

Rusia

[sunting |sunting sumber]

Kementerian Pertahanan Rusia merancang untuk memesan 37 buah pesawat pada tahun 2013,[7] tetapi jumlahnya kemudian diturunkan menjadi 24 buah pada bulan Ogos 2017.[8] Enam buah dalam kumpulan pertama telah dipesan pada bulan Ogos 2018,[9] dan dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Rusia pada 17 Jun 2019.[10]

Pengguna berpotensi

[sunting |sunting sumber]

Mesir

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Mikoyan MiG-29M § Mesir

Pada tahun 2014, Mesir merancang untuk menandatangani satu perjanjian pembelian sejumlah 24 buah pesawat MiG-35 dengan Rusia.[11][12][13] Pada Februari 2015, Pengurus Besar MiG, Sergei Korotkov telah mengumumkan bahawa syarikat telah bersedia untuk membekalkan pesawat MiG-35 kepada Mesir sekiranya ia memohonnya.[perlu rujukan] Bagaimanapun, pada April 2015, Mesir sebaliknya telah menandatangani sebuah kontrak bernilai $2 bilion untuk membeli 46 buah pesawat MRCAMiG-29M/M2.[14][15]

India

[sunting |sunting sumber]

MiG-35 merupakan satu pesaing padaEurofighter Typhoon,Boeing F/A-18E/F Super Hornet,Dassault Rafale,Saab JAS 39 Gripen, danGeneral Dynamics F-16 Fighting Falcon dalampersaingan MRCA India untuk pembelian sebanyak 126 buahPesawat Tempur Pelbagai Peranan untuk kegunaanTentera Udara India. Semasa ujian penilaian, Kementerian Pertahanan India kecewa akan masalah-masalah yang terkait dengan sistem avionik pesawat di mana radar tidak mampu mencapai jarak sasaran maksimum. Selain itu, enjin RD-33MK juga tidak mencapai tujahan yang cukup. Akibatnya, MiG-35 telah terkeluar dari persaingan pada bulan April 2011.[16][17][18]

Pesawat ini kini bersaing dengan 6 buah pesawat lain dalam ssatu tender terkini, yang dikenali sebagaiMMRCA 2.0 oleh media di India, bagi perolehan sejumlah 114 buah pesawat MRCA.[19]

Argentina

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2021Rusia telah menawarkan kepadaArgentina satu perjanjian untuk pesawat MiG-35 termasuk peluru berpandu anti kapalKh-35 dan peluru berpandu udara ke permukaanKh-38.[20][21][22]

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]

Peru,Bangladesh danMyanmar adalah antara negara yang berminat untuk membeli MiG-35.[23]

Pada tahun 2019, terdapat laporan bahawa kerajaan Rusia telah mencadangkan untuk membekalkan dia buah skuadron MiG-35 kepadaTentera Udara Diraja Malaysia, bagi mengantikan armada MiG-29N. TUDM sebelumnya telah menghentikan penggunaan pesawat MiG-29 ekoran kos dan jumlah masa penyelenggaraan yang tinggi. Perjanjian ini juga menghendaki Malaysia untuk memulangkan kembali 18 buah MiG-29N kepada Rusia. Tawaran ini dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin kepadaMalaysia pada bulan Ogos 2019.[24]

Pesawat setanding

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Halaman Aviapedia MiG-35
  2. ^http://www.aviapedia.com/files/books/PhazotronMagAI07_full.pdf
  3. ^Aviapedia » Klimov fighter engines video. RD-33
  4. ^Aviapedia » New MiG-35 OLS video
  5. ^"Klimov :: Production :: Aircraft Program :: RD-33MK". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada2008-04-06.
  6. ^"MiG-35/MiG-35D". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada2008-04-06.
  7. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama37 MiG-35s
  8. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama24 MiG-35s
  9. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama6 MiG-35s on order
  10. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMiG-35 introduction
  11. ^News Desk."Egypt interested in buying 24 MiG-35s from Russia". defense-update.com.Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2014. Dicapai pada14 November 2014.
  12. ^"Russia said set to sell its top fighter jets to Egypt".The Times of Israel.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada14 November 2014.
  13. ^"MiG-35: The plane that won't die".in.rbth.com.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2017. Dicapai pada30 May 2014.
  14. ^"Мы обезопасились от катастрофических последствий".migavia.ru (dalam bahasa Rusia).Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2016. Dicapai pada6 February 2016.
  15. ^"Согласован контракт на поставку 46 истребителей МиГ-29 в Египет".vedomosti.ru. 24 May 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2018. Dicapai pada28 February 2019.
  16. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
  17. ^"И снова мимо".Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2016. Dicapai pada4 July 2018.
  18. ^"Проиграли второй раз подряд | Еженедельник "Военно-промышленный курьер"".vpk-news.ru.Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2018. Dicapai pada4 July 2018.
  19. ^http://sps-aviation.com/story/?id=2370&h=MMRCA-20-Contenders
  20. ^www.fullaviacion.com.ar/2021/02/22/federacion-rusa-ofrece-cazas-mig-35-y-helicopteros-mi-171-a-la-republica-argentina
  21. ^www.defensasur.com.ar/index.php/america-del-sur/116-argentina/14051-la-federacion-de-rusia-ofrece-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina
  22. ^https://www.diarioelanalista.com.ar/federacion-de-rusia-dona-cazas-mig-35-a-la-fuerza-aerea-argentina-airpower/
  23. ^"Peru, Myanmar, Bangladesh interested in purchasing MiG-35s".TASS. 22 August 2017.Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2019. Dicapai pada24 February 2019.
  24. ^"Russian president shares special bond with Dr M".New Straits Times. 30 August 2019. Dicapai pada31 August 2019.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mikoyan_MiG-35&oldid=5327592"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp