Paul-Michel Foucault[5] (15 Oktober 1926 – 25 Jun 1984) atau lebih umumnya dikenali sebagaiMichel Foucault (disebut [mi.syél fu.ko]) ialah seorang filsuf, ahli sejarah idea, ahli teori sosial danpengkritik sastera dari Perancis.
Teori-teori beliau menyatakan secara utamanya hubungan antara kekuasaan danpengetahuan serta bagaimana hubungan tersebut digunakan sebagai bentuk kawalan sosial melalui institusi dalam masyarakat. Walaupun Foucault sering disebut sebagai seorang yang berfahaman pascastrukturalisme danpascamoden, beliau menolak tanggapan ini dan lebih suka mengusulkan buah fikirannya sebagai suatu sejarah moden yang kritis. Pemikiran beliau telah mempengaruhi akademik, terutamanya mereka yang bekerja dalam bidang kajian komunikasi,sosiologi, kajian budaya, teori sastera,feminisme, danteori kritikal. Kelompok aktivis turut menemukan teori yang menarik daripada beliau.
Pau-Michel[6] lahir pada 15 Oktober 1926 diPoitiers, Perancis, beliau anak kedua daripada tiga adik beradik[7] dalam kalangan keluarga kelas menengah atas.[8] Ayahnya Paul Foucault seorang pakar bedah dan profesor anatomi berasal dariFontainebleau manakala ibunya seorang tuan tanah diVendeuvre-du-Poitou yang juga anak seorang doktor kelahiran Poitiers.
Foucault menempuh pendidikan di Lycée Henri-IV[6] di mana beliau mengembangkan minat dalam falsafah dan sejarah selama setahun di bawah pengaruh tutornyaJean Hyppolite, seorang pengikut pemikiranGeorg Wilhelm Hegel, danLouis Althusser. Beliau melanjutkan pendidikannya diÉcole Normale Supérieure di mana beliau menjadi berperwatakan pendiam dan kuat membaca, namun beliau mula menampakkan kecenderungan terhadap benda yang ganas - beliau pernah cuba mengejar seorang rakan sekelas dengan senjata tajam[9] malah pernahcuba membunuh diri sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa Sainte-Anne.[10]
Setelah beberapa tahun bekerja sebagai diplomat budaya di luar negeri, beliau kembali ke Perancis dan menerbitkan buku pertamanya yang terkenal,Madness and Civilization: A History of Insanity in the Age of Reason (Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik).
Setelah mendapatkan pekerjaan antara tahun 1960 dan 1966 diUniversiti Clermont-Ferrand, beliau menghasilkan dua buah penulisan yang signifikan,Naissance de la clinique ("Kelahiran Klinik") danThe Order of Things (Perkataan dan Perbendaan), yang menampilkan peningkatan keterlibatannya denganstrukturalisme, gerakan teoretis dalamantropologi sosial yang mana beliau kemudian menjauhkan diri. Tiga sejarah ini adalah contoh teknik historiografi Foucault yang berkembang yang beliau sebut "arkeologi".
Dari tahun1966 hingga1968, Foucault melanjutkan pengajiannya sebagai seorang profesor diUniversiti Tunis,Tunisia sebelum kembali ke Perancis.[6] Karya pertamanya berjudulFolie et déraison. Histoire de la folie à l'âge Classique ("Kegilaan dan Ketidakbernalaran: Sejarah pada Masa Klasik") dihasilkan sebagai pemerolehan ijazah kedoktorannya pada tahun 1959 di bawah bimbinganGeorges Canguilhem;[11] karya tersebut kemudian diterbitkan pada tahun 1961.[11] Pada tahun 1970, beliau diangkat sebagai dosenSejarah Sistem Pemikiran diCollège de France,Perancis.[11] Beliau kemudian menjadi ketua jabatanfalsafahUniversité Paris VIII yang baru sahaja didirikan.
Dia juga menjadi aktif dalam sejumlah kelompok sayap kiri yang terlibat dalam kempenanti-rasis, gerakan membantah pelanggaranhak asasi manusia serta perjuangan untuk reformasi pemasyarakatan. Dia melanjutkan untuk mempublikasikanThe Archeology of Knowledge (Arkeologi Pengetahuan),Discipline and Punish (Disiplin dan Hukuman), danHistoire de la sexualité (Sejarah Keseksualan). Dalam buku-buku ini, beliau mengembangkan metode arkeologi dan genealogi guna mengungkapkan keberadaan dan relasi antara pengetahuan dan kekuasaan dalam masyarakat.
Foucault meninggal di Paris akibat kompilasi penyakit saraf dibawa olehHIV/AIDS; beliau merupakan tokoh awam pertama di Perancis yang meninggal akibat penyakit ini. Pasangannya,Daniel Defert, mendirikan sebuah yayasan amal memperingati kekasihnya AIDES ("Bantuan") di mana yayasan ini membantu membebankan penderitaan dialami penghidap penyakit ini melalui pelbagai inisiatif.
^Alan D. Schrift (2006),Twentieth-Century French Philosophy: Key Themes And Thinkers, Blackwell Publishing, p. 126.
^Jacques Derrida points out Foucault's debt to Artaud in his essay "La parole soufflée," inDerrida, Writing and Difference, trans. Alan Bass (Chicago, 1978), m/s. 326 n. 26.
^Michel Foucault (1963). "Préface à la transgression,"Critique: "Hommage a Georges Bataille", nos 195–6.
^Crossley, N. "The Politics of the Gaze: Between Foucault and Merleau-Ponty".Human Studies.16(4):399–419, 1993.
^abc(Inggeris)The Cambridge Companion to Foucault, New York: Cambridge University Press, 2005
^Daniel Defert, « Chronologie », inDits et écrits, I,Templat:P. : « naissance à Poitiers, au 10 de la rue de la Visitation, plus tard rue Arthur-Ranc ».
^Eribon, Didier (1989).Champs biographie: Michel Foucault (dalam bahasa Perancis). Paris: Flammarion. m/s. 16.