Mi[1] (Jawi: مي, kadangkala dieja secara tidak formal sebagaimee ataumie) ialah sejenis makanan yang diperbuat daripadadohtepungbijirintidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak.
Peninggalan arkeologi mi tertua yang masih terselamat ditemui di tapakLajia (budaya Qijia) sepanjangSungai Kuning diQinghai, barat lautChina pada Oktober 2005; kajian yang dilakukan pada mi ini mendapati ia diperbuat daripada jenis-jenissekoiekor musang danProso[2][3] serta diuli dalam bentuk menyerupaimi tarik yang wujud pada hari ini.[4] Catatan bertulis pertama mengenai mi dihasilkan dalam suatu kitab yang ditulis ketikadinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M;[3] mi dibuat dari tepunggandum dicatatkan menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman ini.[5]
Mi diperkenalkan ke rantauAsia Tenggara termasuk kepulauan Nusantara melalui kegiatan perdagangan tidak lewat dari zamandinasti Ming pada abad ke-14; hal ini turut tercermin dari penyerapan perkataan "mi" berasal daripada sebutanbahasa Hokkien aksara Cina麪 (juga麵, pinyin: miàn ; "tepung" atau "doh").[6]
Mi selofan atau mi kaca, atau bihunkacang hijau;fěnsī (粉絲) dalam bahasa Cina,harusame (春雨) dalam bahasa Jepun,soun atausuun dalam bahasa Indonesia,wun sen (วุ้นเส้น) dalam bahasa Thai.
Mi biasa: Mi ini dimasak dalam air atau kuah, lalu disalirkan. Makanan lain boleh dibubuh (contohnyasos pasta) atau mi itu dibubuh pada makanan lain (lihatmi goreng ataulasagna) atau mi boleh disajikan begitu sahaja dengan sos atau minyak celup di atas meja. Secara amnya, mi aalah lembut dan menyerap perisa.
Mi sejuk: Kadang-kadang mi disajikan dalam salad. Contohnya, salad mi kaca Thaiyam woon sen. Di Jepun, mi tradisional seperti soba dan somen selalu dihidangkan sejuk dengan sos celup. Sesetengah masakan Barat seperti salad pastar juga memerlukan mi sejuk.
^Lu, Houyuan; Yang, Xiaoyan; Ye, Maolin; dll. (13 October 2005). "Culinary archaeology: Millet noodles in Late Neolithic China".Nature.437 (7061): 967.doi:10.1038/437967a.PMID16222289.
^Sinclair, Thomas R.; Sinclair, Carol Janas (2010).Bread, beer, and the seeds of change: Agriculture's imprint on world history. Wallingford: CABI. m/s. 91.ISBN978-1-84593-704-1.
^Blust, Robert. "3: Language in society".The Austronesian languages (ed. dikemaskini). Australian National University. m/s. 152.ISBN9781922185075.