NamaMéxico serapan namaMēxihco dalambahasa Nawatl yang dipakai kepada ibukotatamadun Aztek kuno iaituMexico-Tenochtitlan.Bernardino de Sahagún dalamkitab sejarahnya dikarang abad ke-16 menerangkan dengan teliti nama kota ini yang bermaksud "tempat Mexi" (el lugar de Mexi) yang mana "Mexi" merupakan nama lain Mexitl, seorang pendeta yang menyuruh orang sepuaknya berhijrah dariAztlán kepada suatu tapak kota baharu dijanjikan dan dipertandakan dewa merekaHuitzilopochtli. Sahagún membutirkan lanjut nama Mexitl seperti berikut:[6]
...los mexicanos a estas partes traían un caudillo y señor que se llamabaMécitl, al cual luego después que nació llamaroncitli, liebre; y porque en lugar de cuna lo criaron en una penca grande de un maguey, de allí adelante llamósemecitli... ("... orang Mexica yang datang ke kawasan ini dipimpin seorang ketua bernama Mécitl, [ketua ini] diberi nama citli,kelinci, selepas dilahirkan; [namun] beliau didodoikan dalam batangmaguey besar, maka dia diberi namamecitli...")
Satu asal lain yang lebih diketahui umum hari ini daripada perkataanMetzxico yang bermaksud "pusat bulan" («el ombligo de la luna») atau "tempat tasik bulan" ( «en el lugar del lago de la Luna»)[7] melakurkanmetz(tli) (bulan),xic(tli) (pusat) dan «-co» (tempat) menurut sejarawan tertentu seperti Cecilio Robelo dan Alfonso Caso.
Selama hampir 3,000 tahun, Mexico menjadi penempatan beberapatamadun maju sepertitamadunAmerindian,Maya danAztek. Ketibaan penjajahSepanyol di bawah pimpinan bijakHernan Cortez pada awal abad ke-16, dan kemenangan mereka ke atas kaumAztek pada1521, menandakan mulanya era pengkolonian Mexico sebagaiSepanyol Baru.
Pada15 September1810, kemerdekaan dari Sepanyol telah diisyhtiharkan olehMiguel Hidalgo y Costilla diDolores iaitu sebuah bandar kecil. Ini merupakan titik permulaan peperangan untuk kemerdekaan yang dikenali sebagaiPerang Kemerdekaan Mexico atau "Mexican War of Independence" yang berakhir dengan kemerdekaan pada1821 dan pembentukan Empayar Mexico yang Pertama. Selepas merdeka, kesemua negara diAmerika Tengah kecualiChiapas, bersetuju untuk tidak menjadi sebahagian anggotaEmpayar ini. Selepas kejatuhanEmpayar Mexico ke tangan pihak republikan di bawah pimpinanAntonio López de Santa Anna, Republik yang pertama telah dibentuk denganGuadalupe Victoria sebagai Presidennya yang pertama. Di bawah pemerintahan Santa Anna, penduduk di bahagian Texas iaitu di Coahuila danTexas telah memberontak dan menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Mexico. Penduduk di sini, terutamanya peneroka berbangsa Inggeris, telah membentukRepublik Texas atau "Republic of Texas". Pemberontakan ini telah mencetuskan peperangan yang terkenal iaituperang di Alamo antara tentera Mexico dan Texas. Akhirnya pada1836,Texas mendapat kemerdekaan dan Republik Mexico semakin mengecil. Pada 1840-an, negara ini telah diceroboh olehAmerika Syarikat yang mengakibatkan kehilangan wilayah yang amat besar, termasuklahAlta California,Arizona,Nevada,Utah danNew Mexico. Pada 1860-an negara ini sekali lagi diceroboh, kali ini oleh bala tentera Perancis, yang ingin menaikkan Archduke dari AustriaFerdinand Maximillian sebagai Maharaja Mexico, dengan sokonganpaderiKatolik dan golonganCreole yangkonservatif. Namun pemerintahan beliau berakhir dengan peristiwa berdarah, di manaBenito Juarez bekas presiden Mexico telah dilantik semula sebagaiPresiden. Pada mulanya, JeneralIgnacio Zaragoza berjaya menewaskan tentera Perancis pada5 Mei (atauCinco de Mayo, dalam bahasa Sepanyol)1862 dalamPerang di Puebla tetapi akhirnya terpaksa mengalah, danNapoleon III dari Perancis, Maharaja Perancis, telah mengangkatArchduke Maximillian dari Austria sebagaiMaharaja Mexico pada1864. Namun dalam masa yang singkat iaitu hanya tiga tahun, kerajaan Maximillian telah ditumbangkan oleh Juarez dan beliau dihukum bunuh.
Selepas kematian Juárez,anarki telah berlaku dan berlarutan selama 30 tahun bermula denganPemberontakan Mexico yang diketuai olehPorfirio Díaz pada tahun1910. Tokoh-tokoh yang terkenal sewaktu Pemberontakan Mexico termasuklahFrancisco I. Madero,Venustiano Carranza,Pancho Villa,Alvaro Obregon,Victoriano Huerta, danEmiliano Zapata. Puak pemberontak telah menewaskan tentera persekutuan, tetapi mereka terpaksa menghadapi pergolakan dalaman dan negara berada dalam keadaan konflik selama dua dekad lagi. Sebaik sahaja pemberontakan berakhir pada 1930an,Parti Institusi Revolusi (PRI) mengambil alih pucuk pemerintahan dan berkuasa selama 70 tahun hinggalah akhir abad ke-20. PRI merupakan suatu barisan yang terdiri daripada beberapa kumpulan pemberontak yang inginkan pertandingan politik berjalan secara aman. Pada Julai2000,Parti Tindakan Nasional (PAN) yang dipimpin olehVicente Fox Quesada telah berjaya merampas negara ini dari PRI melaluipilihan raya yang bebas.
Ukiran dewa Chichen Itza di kuilMaya,Yucatan, Mexico
Krisis pertama yang dihadapi oleh Presiden Fox ialah pemberontakan diChiapas oleh puakEjército Zapatista de Liberación Nacional (EZLN). Chiapas merupakan negeri yang termiskin di Mexico dan pemberontakan telah bermula sejak1994. Sebaik sahaja beliau diangkat sebagai Presiden, dia telah mengarah semua askar segera berundur dari negeri tersebut. Sekatanjalanraya juga ditarik balik dan pangkalantentera di sana telah ditutup. Setahun selepas itu, satuperjanjian damai telah dibuat denganpuak pemberontak EZLN. Di samping itu, Presiden Fox terpaksa berhadapan dengan masalahpolis di negara ini yang terkenal dengan gejalarasuah. Ini ditambah pula dengan kadarjenayah yang amat tinggi terutamanya diMexico City merupakan masalah yang utama di negara ini. Pada 23 Mac 2005, satu perjanjian Perkongsian Keselamatan dan Kemewahan Amerika Utara telah ditandatangani oleh Vicente Fox.
Sepanjang pilihan raya 2006, PRI telah ternyata semakin lemah dan jatuh menjadi kuasa politik ketiga terbesar menurut bilangan kerusi dalam Dewan PerwakilanChamber of Deputies selepas PAN danParti Demokratik Revolusi. Dalam pilihan raya-pilihan raya presiden,Felipe Calderón, daripada PAN adalah diisytiharkan pemenang, dengan kelebihan undi yang cukup nipis keatasAndrés Manuel López Obrador daripada Parti Revolusi Democratik (PRD). López Obrador, bagaimanapun, telah mempertikai keputusan pilihan raya tersebut dan berikrar untuk mewujudkan satu "kerajaan alternatif" di Mexico.
Perlembagaan Mexico 1917 memperuntukkan sebuah kerajaanPersekutuanRepublik dengan kuasa dibahagikan kepada tiga institusi yang bebas iaitueksekutif,legislatif dankehakiman. Dari segi sejarah, eksekutif yang dikuasai oleh parti PRI merupakan cabang yang dominan, dengan kuasa yang diberi kepadaPresiden, manakala Kongres hanya mengikut telunjuk Presiden. Namun demikian, sejak parti pembangkang mengambilalih kuasa pada 1997, Kongres semakin bebas dalam menggubalundang-undang. Presiden juga mempunyai kuasa dibawahperintah eksekutif untuk menggubal undang-undang dalam bidang ekonomi dan kewangan yang tertentu. Presiden dipilih setiap enam tahun dan dia dilarang daripada memegang jawatan yang sama untuk penggal kedua. Di Mexico, tiada jawatan naib presiden. Sekiranya seseorang Presiden itu dilucutkan jawatan atau meninggal dunia, Kongres akan melantik seorangPresiden sementara.
Pada 21 Julai,2000,Vicente Fox Quesada daripada parti pembangkang barisan Persekutuan untuk Perubahan atau "Alliance for Change", yang diketuai oleh Parti Tindakan Nasional (PAN), telah dipilih sebagai Presiden dalam satupilihan raya yang dianggap terbersih dan paling bebas dalam sejarah Mexico. Fox memulakan penggal enam tahunnya pada 1 Disember, 2000. Kejayaannya telah mengakhiri dominasiParti Institusi Revolusi (PRI) selama 71 tahun sebagai parti kerajaan. Pada September2006,Felipe Calderón daripada parti PAN telah diisyhtiharkan sebagai Presiden Mexico yang baru selepas satu tribunal pilihan raya setelah menang tipis dengan saingannya yang terdekat López Obrador daripada Parti Revolusi Demokratik (PRD), lantas menyambungkan dominasi parti PAN di Mexico.
Untuk rencana lanjutan, lihatDaerah di MexicoMexico terdiri daripada 31 negeri atau "estados" dan Daerah Persekutuan Mexico atau "Distrito Federal". Kawasan MetropolitanBandar raya Mexico , termasuk Daerah Persekutuan dan kawasan bersempadannya, merupakanbandar berpenduduk paling padat di dunia.
Setiap negeri mempunyaiperlembagaan dan kongres masing-masing, dan rakyat setiap negeri memilih wakil mereka melalui pengundian langsung, seoranggabenor (gobernador) untuk satu penggal selama enam tahun, juga sebagai wakil-wakil (diputados) untuk mewakili negeri masing-masing di kongres, untuk penggal selama tiga tahun.
Distrito Federal adalah berlainan daripada negeri-negeri lain kerana ia adalah satu bahagian politik yang khas di Mexico milik kerajaan persekutuan secara keseluruhannya dan bukan untuk satu kerajaan tempatan tertentu, dan oleh itu, lebih terhad kuasa setempatnya.
Negeri-negeri orang Mexico adalah juga dibahagikan kepada majlis perbandaran (municipios), entiti politik rasmi dan paling kecil di Mexico.
Berbanding dengan kebanyakan negara Amerika Latin yang lain, Mexico mempunyai jumlah tentera yang paling kecil iaitu 183,700 tentera yang aktif. Belanjawannya pada 1989, adalah 0.7% Pengeluaran Dalaman Kasar. Namun pada 1999, belanjawan Mexico bagi sektor ketenteraan telah meningkat kepada .9% KDNK pada ASD$4 bilion. Bagaimanapun, sejak tahun 2000 dengan peningkatan menguntungkan bahawa negara telah mengalami (Mexico telah memasuki kelab trilion) belanjawan adalah dikurangkan kepada .5% KDNK, dan masa ini perbelanjaan tahunannya adalah ASD$6.062 bilion (2005). Walaupun begitu, sejak PresidenCalderon menerajui kerajaan Mexico pada bulan Disember 2006, dia telah membuat perundangan untuk menambah belanjawan secara besar-besaran untuk memerangikartel dan pengedaran dadah diperingkat nasional kerana organisasi jenayah ini telah memanjangkan keganasan mereka disetiap pelusuk negara.
Menurut CIA World Factbook, tenaga manusia yang terlibat dalam ketenteraan berjumlah 2,000,000 (umur lelaki 18-49: anggaran 2005), dengan 19,058,337 lelaki yang sesuai untuk perkhidmatan ketenteraan, dan 1,063,233 orang lelaki sampai umur perkhidmatan ketenteraan setiap tahun. Semenjak 2000, golongan wanita telah dibenarkan berkhidmat secara sukarela dalam ketenteraan. Angkatan bersenjata Mexico masa ini jumlah 620,400 tidak termasuktentera simpanan.
Hanya sedikitsungai yang boleh dilayari. Kebanyakan sungai adalah pendek dan mengalir dari jajaran pergunungan ke pesisir pantai.
Iklim Mexico adalah berpelbagai. Sebahagian besar negeri memiliki dua musim: hujan (Jun-September) dan panas (Oktober-April). Pada umumnyacurahan hujan rendah di pedalaman dan utara. Manakala curahan hujan adalah tinggi di pesisir timur, di selatan, dan di Semenanjung Yucatan.
Mexico mempunyai satu ekonomipasaran bebas dan telah ditubuhkan dengan kukuh sebagai satu negara pendapatan sederhana atas dan ia adalah ekonomi yang terbesar ke-12 di dunia seperti yang diukur dalamKeluaran Dalam Negara Kasar dalam pariti kuasa beli. Selepas kegawatan ekonomi 1994, Mexico telah melalui proses pemulihan yang menarik dengan membina satu ekonomi yang moden dan berpelbagai. Para pentadbirnya yang baru telah juga memperbaiki infrastruktur dan membuka persaingan dalam sektor-sektor pelabuhan, sistem kereta api, telekomunikasi, penjanaan elektrik, pengedaran gas asli dan lapangan-lapangan terbang.
SejakPerang Dunia II, negara ini telah mengubah tumpuan dari ekonomi berdasarkan pertanian kepada ekonomi pengeluaran. Mexico kaya dengan pengeluaran petroliam dan pada satu ketika merupakan negara ke-10 terbesar pengeluar petroliam didunia. Petroliam masih merupakan sumber terbesar pendapatan asing di Mexico. Di samping itu, negara ini merupakan pengeksport perak yang terpenting di dunia. Antara dekad 40-an dan 80-an negara ini mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat tetapi ia tersekat akibat pinjaman yang berlebihan.
Pada tahun 80-an, negara ini dilanda inflasi. Tetapi ia kembali pulih pada 1990, apabila Mexico menyertaiNAFTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara. Namun demikian, negara ini telah melalui pertumbuhan defisit perdagangan serta terlebih nilainya kadar pertukaran matawang asing pada 1994 yang dibiayai penjualanbon jangka pendek dan rizab pertukaran wang asing. Beberapa siri kejutan politik dan penurunan nilai peso baru pada akhir 1994 telah mengakibatkan panik dikalangan para pelabur. Akibatnya,inflasi meningkat secara mendadak, dan kerajaan Mexico terpaksa meminta campurtangan asing secara besar-besaran untuk menstabilkan keadaan ekonominya yang meruncing. Banyak kesan-kesan positif dalam pengurangan kemiskinan dan peningkatan dalam kuasa beli kelas menengah adalah dianggap berpunca daripada kestabilanekonomi makro yang dikejar oleh pentadbiran terkini di Mexico di bawah parti PAN. Pertumbuhan purata tahunan KDNK untuk tempoh 1995–2002 adalah 5.1%. Kemerosotan ekonomi diAmerika Syarikat juga meninggalkan kesan yang sama di Mexico, yang mana pertumbuhannya pulih dengan pesatnya meningkat 4.1% pada 2005 dan 3% pada 2005. Inflasi telah menyentuh paras terendah iaitu 3.3% pada 2005, dan kadar faedah yang rendah, telah merangsang penggunaan kredit di kalangan rakyat kelas pertengahan. Pentadbiran Fox juga memberikan kestabilan kewangan: defisit belanjawan adalah lebih jauh dikurangkan dan hutang asing adalah berkurangan kepada bawah 20% KDNK. Di rantau Amerika Latin, Mexico telah diambilalih negaraChile sebagai negara berdaulat dengan kredit jangka panjang yang paling besar. Selanjutnya, kemiskinan di Mexico telah dikurangkan oleh kiriman-kiriman wang daripada warganegaranya yang bekerja di Amerika, yang mencecah ASD$20 bilion dolar setiap tahun dan adalah punca pendapatan asing kedua terbesar selepas eksport minyak. Kini, kerajaan Mexico yang baru telah mengalihkan tumpuan dari petroliam kepada industri ringan dan eksport pula.
Selain itu, sektorpelancongan telah menjadi sumber ekonomi yang semakin penting. Tarikan pelancongan yang paling utama adalah robohan Meso-American purba, dan resort-resort pantai popular. Iklim pantai dan budayanya yang unik – satu gabungan orang Eropah (terutamanya Sepanyol) dan Meso-American juga membuat Mexico menarik. Musim-musim pelancong yang paling utama di Mexico adalah pada bulan Disember dan sepanjang Julai dan Ogos, dengan sepanjang minggu sebelumhari Easter dan berduyun-duyun sepanjang cutiSpring Break pada musim bunga kerana banyak pantai peranginan di sana menjadi tumpuan pelajar-pelajaruniversiti dariAmerika Syarikat yang sedang bercuti.
Menurut pengarahBank Dunia bagi Colombia dan Mexico, peratusan penduduk Mexico yang termiskin telah berkurangan dari 24.2% hingga 17.6% secara umum dan dari 42% hingga 27.9% di kawasan luar bandar daripada 2000-2004. Meskipun begitu, ketidaksamaan pendapatan masih merupakan satu masalah, dan jurang-jurang besar tetap ada bukan sahaja antara kaya dan miskin tetapi juga di antara utara dan selatan, bandar dan kawasan luar bandar. Perbezaan yang tajam dalam pendapatan dan Pembangunan Manusia adalah juga satu masalah serius di Mexico. Indeks Pembangunan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu 2004 melaporkanBenito Juárez, salah satu daerah dalamDistrito Federal danSan Pedro Garza García dalam negeriNuevo León, akan mempunyai satu tahap ekonomi, pendidikan dan pembangunan jangka hayat yang setara dengan negara maju sepertiJerman atauNew Zealand, manakalaMetlatonoc dalam negeriGuerrero, akan mempunyai satu HDI serupa dengan negara paling mundur iaituMalawi.
Pakar bahasa telah mengenal pasti dua belas bahasa Mexico yang utama, lebih empat puluh kumpulan bahasa yang kecil, dan lebih sembilan puluh bahasa individu. Hampir 23 peratus orang aslinya bertutur dalam bahasaNáhuatl, iaitu bahasa kaumAztek yang ditutur di limabelas negeri di sini. Disamping itu, bahasa orang asli yang lain termasuklah bahasaMaya (ditutur oleh 14 peratus kaum Indian dan digunakan dari tenggaraSemenanjung Yucatan keChiapas);Zapotec (ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan digunakan secara meluas di timur bahagianOaxaca);Mixtec (juga ditutur oleh 7 peratus kaum Indian dan merupakan bahasa utama diOaxaca danGuerrero);Otomí (ditutur oleh 5 peratus kaum Indian dan digunakan di Mexico tengah, terutamanya di negeri México,Hidalgo, danQuerétaro);Tzeltal (ditutur oleh hampir 5 peratus kaum Indian dan digunakan diChiapas); danTzotzil (ditutur oleh hampir 4 peratus kaum Indian dan juga digunakan diChiapas). Oaxaca merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaianbahasa yang paling banyak, dengan duabelas bahasa Indian yang berlainan dituturkan di sini.
Pendidikan di Mexico dibahagikan mengikutkelas. Para pelajar dari keluarga berada belajar disekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta bahan rujukan, manakala anak dari golongan miskin biasanya tidak mampu untuk pergi kesekolah atau pergi kesekolah yang serba kekurangan. Kaum yang paling terpinggir ialah kaum Indian. Pada 1990, dianggarkan lebih 40 peratus penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah mewujudkan jurangpendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namunkerajaan telah cuba sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan pendidikan di kalangan belianya.
Antara lain, kerajaan telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sehingga ke gred enam. Malangnya akibat tekanankewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan lebih berminat bekerja dari bersekolah. Di Mexico, tiadaundang-undang yang mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajariMatematik,Pelajaran Sosial, "grammar",tulisan,membaca danpendidikan fizikal. Manakala nilai-nilaimoral dan kekeluargaan di pelajari dirumah. Kepentingan menambah pendapatan melalui kanak-kanak yang bekerja dalam sesebuah famili bermakna pemilihan antara "survival" dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun kebelakangan ini kehadiran pelajar kesekolah semakin bertambah:UNICEF melaporkan 84%kanak-kanak yang memulakan alam persekolahan akan mencapai gred lima. Kadar keciciran pelajar yang rendah bermakna lebih ramaibelia akan melanjut kepelajaran yang tinggi dan ini boleh membantu mengurangkankemiskinan. Kini, lebih 8 juta belia telah mendaftar di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.
Kerajaan di bawah PresidenErnesto Zedillo telah berusaha untuk memperkembangkanpendidikan dinegara ini. Malah, lebihkurang 25 peratus perbelanjaan kerajaan telah disalurkan kearah pendidikan. Antara lain wang ini telah digunakan untuk membina sekolah-sekolah rendah serta teknik yang baru. Selain itu, wang ini digunakan untuk mengagih buku-buku teks secara percuma kepada 90% sekolah awam di Mexico.
^de Sahagún, Bernardino.Historia general de las Cosas de Nueva España (dalam bahasa Sepanyol). México: Porrúa. m/s. 592.Unknown parameter|editon= ignored (|edition= suggested) (bantuan)