Metaloid (Yunani:metallon - logam,eidos - serupa) adalah satu siriunsur kimia yang mempunyai sifat antaralogam danbukan logam. Metaloid sukar dibezakan dengan logam, perbezaan utama adalah secara umumnya metaloid adalahsepara pengalir manakala logam adalahpengalir. Terdapat 7 unsur yang dikelompokkan sebagai metaloid iaitu:boron (B),silikon (Si),germanium (Ge),arsenik (As),antimoni (Sb),telurium (Te),polonium (Po), danastatin (At).
Dalam jadua; berkala, metaloid membentuk garis menyerong dari boron ke polonium. Unsur-unsur di bahagian kanan atas garis ini adalah bukan logam manakala yang berada di bahagian kiri bawah adalah logam.