Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mesir Prasejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mesir Prasejarah /
Mesir Pradinasti
300,000 SM–3100 SM
Bahasa yang umum digunakanBahasa Mesir
Agama
Agama proto
DemonimMesir
Era SejarahPrasejarah
• Didirikan
300,000 SM
3100 SM
Diganti oleh
Tempoh Dinasti Awal
Sekarang sebahagian dariMesir
Sebahagian daripada siri tentang
SejarahMesir
Mesir prasejarahpra–3150 SM
Mesir Kuno
Tempoh Dinasti Awal3150–2686 SM
Kerajaan Lama2686-2181 SM
Tempoh Perantaraan Pertama2181-2055 SM
Kerajaan Tengah2055-1650 SM
Tempoh Perantaraan Kedua1650-1550 SM
Kerajaan Baru1550-1069 SM
Tempoh Perantaraan Ketiga1069-664 SM
Zaman Akhir664–332 SM
Mesir Yunani-Romawi
Dinasti Argead dan Ptolemaik332–30 SM
Mesir Rom dan Byzantine30 SM–641 M
Mesir Sasan619–629
Mesir Zaman Pertengahan
Mesir ar-Rasyidin641–661
Mesir Umaiyah661–750
Mesir Abbasiyyah750–935
Dinasti Tuluniyah868–905
Dinasti Ikhshidiyah935–969
Dinasti Fatimiyah969–1171
Dinasti Ayubiyyah1171–1250
Dinasti Mamluk1250–1517
MesirAwal Moden
Mesir Uthmaniyyah1517–1867
Pendudukan Perancis1798–1801
Dinasti Muhammad Ali1805–1953
Khadiwiah Mesir1867–1914
Mesir Lewat Moden
Pendudukan British1882–1922
Kesultanan Mesir1914–1922
Kerajaan Mesir1922–1953
Republik1953–kini
Ikon portalPortal Mesir

Mesir Prasejarah danMesir Pradinasti merupakan tempoh masa yang bermula daripetempatan manusia pertama dan berakhir denganDinasti Pertama Mesir sekitar tahun 3100 SM.

Pada penghujung zaman prasejarah, "Mesir Pradinasti" secara tradisional ditakrifkan sebagai tempoh dari bahagian akhir zamanNeolitik bermula sekitar tahun 6210 SM hingga akhir zamanNaqada III sekitar tahun 3000 SM. Tarikh bagi zaman Pradinasti ini mula-mula ditetapkan sebelum penggalian arkeologi secara meluas di Mesir dijalankan, dan penemuan terkini yang menunjukkan perkembangan Pradinasti yang sangat beransur-ansur telah menimbulkan perdebatan mengenai bilakah sebenarnya zaman Pradinasti berakhir. Oleh itu, pelbagai istilah seperti "tempoh Protodinasti", "Dinasti Sifar" atau "Dinasti 0"[1] digunakan untuk menamakan bahagian tempoh yang ada sesetengah pihak menganggapnya sebagai Pradinasti dan yang lain pula menganggapnya sebagai Awal Dinasti.

Tempoh Pradinasti lazimnya dibahagikan kepada era kebudayaan, setiap satunya dinamakan sempena tempat di mana satu jenis penempatan Mesir tertentu mula-mula ditemui. Namun, perkembangan beransur-ansur yang sama yang mencirikan tempoh Protodinasti juga terdapat sepanjang tempoh Pradinasti, dan satu-satu "budaya" ini tidak boleh ditafsirkan sebagai entiti yang terpisah tetapi lebih kepada pembahagian subjektif yang digunakan untuk memudahkan kajian terhadap keseluruhan tempoh tersebut.

Sebahagian besar penemuan arkeologi Pradinasti berada diMesir Hulu, kerana kelodakSungai Nil lebih banyak mendap di kawasanDelta Nil, lalu menimbus kebanyakan tapak Delta lama sebelum zaman moden.[2]

Paleolitik

[sunting |sunting sumber]
RangkaNazlet Khater, Paleolitik Akhir, 35,000 tahun dahulu; Muzium Negara Tamadun Mesir, Kaherah

Terdapat teori bahawa Mesir sudah didiami oleh manusia (termasukmanusia arkaik) selama lebih daripada sejuta (dan kemungkinan melebihi 2 juta) tahun, namun bukti penghunian awal Mesir tidak banyak dan bercebis-cebis. Penemuan-penemuan arkeologi yang tertua di Mesir, alat-alat batu milik industriOldowan, mempunyai tarikh yang tidak pasti. Alat-alat ini disusuli oleh alat-alat milik industriAcheulean.[3] Tapak Achulean termuda di Mesir bertarikh daroi sekitar 400,000 – 300,000 tahun dahulu.[4]

SepanjangPleistosen Lewat, semasa Mesir didiami oleh manusia moden, beberapa industri arkeologi dikenal pasti merangkumi industri Silsilian, Fakhurian, Afian, Kubbaniyan, Idfuan-Shuwikhatian, dan industri Isnan.[5]

Wadi Halfa

[sunting |sunting sumber]

Sesetengah struktur tertua yang diketahui telah ditemui di Mesir oleh ahli arkeologiWaldemar Chmielewski di sempadan selatan berhampiranWadi Halfa,Sudan, di tapak Arkin 8. Chmielewski menarikhkan struktur-struktur tersebut kepada 100,000 SM.[6] Runtuhan struktur-struktur tersebut berupa lekukan bujur kira-kira 30 cm dalam dan 2 × 1 meter lebar. Kebanyakannya dilapisi dengan kepingan batu pasir rata yang berfungsi sebagai cincin khemah yang menyokong tempat berteduh yang berbentuk kubah diperbuat daripada kulit atau dahan dan ranting patah. Jenis kediaman ini menyediakan tempat tinggal, tetapi jika perlu, boleh dicabut dengan mudah dan dipindahkan. Ia struktur yang mudah alih—mudah dibuka, dipindahkan dan dipasang semula—memberikan golongan pemburu-pengumpul tempat tinggal separa kekal.[6]

Industri Aterian

[sunting |sunting sumber]
Mata alat Aterian dari Zaccar, wilayah Djelfa, Algeria.

Pembuatan alatAterian mencapai Mesir sekitar 42,000SK.[6]

Industri Khormusan

[sunting |sunting sumber]

IndustriKhormusan di Mesir bermula antara 42,000 dan 32,000SK.[6] Kaum Khormusan mencipta alat-alat bukan sahaja daripada batu tetapi juga daripada tulang haiwan danhematit.[6] Mereka juga menciptamata anak panah kecil yang menyerupai milikPenduduk Asli Amerika,[6] tetapi tiada busur pernah ditemui.[6] Industri Khormusan tamat sekitar 16,000 SM dengan kemunculan budaya lain di rantau ini, antaranyaGemaian.[7]

Paleolitik Lewat

[sunting |sunting sumber]

Paleolitik Lewat di Mesir bermula sekitar 32,000 SK.[6] RangkaNazlet Khater ditemui pada tahun 1980 dan diberikan usia 33,000 tahun pada 1982, berdasarkan sembilan sampel yang berusia antara 35,100 dan 30,360 tahun.[8] Spesimen ini satu-satunya rangka manusia moden lengkap setakat ini yang ditemui dari Zaman Batu Lewat terawal di Afrika.[9]

Industri Paleolitik lewat Fakhurian di Mesir Hulu menunjukkan bahawa satu populasi homogen pernah wujud di Lembah Nil semasa Pleistosen lewat. Kajian bahan rangka menunjukkan mereka berada dalam julat variasi yang ditemui dalam populasi Wadi Halfa, Jebel Sahaba dan serpihan dari Kom Ombo.[10]

Mesolitik (s. 20000 hingga 6000 SM)

[sunting |sunting sumber]

Budaya Halfan dan Kubbaniyan

[sunting |sunting sumber]
Lokasi budaya Qadan

Halfan dan Kubbaniyan, dua industri yang berkait rapat, berkembang di LembahSungai Nil Hulu. Tapak-tapak Halfan ditemui di utara Sudan, manakala tapak Kubbaniyan ditemui di Mesir Hulu. Bagi Halfan, hanya empat tarikh radiokarbon telah dihasilkan. Schild dan Wendorf (2014) membuang tarikh terawal dan terlewat sebagai tidak tepat dan membuat kesimpulan bahawa Halfan wujud sekitar 22.5-22.0 ka cal SK (22,500-22,000 tahun ditentukur sebelum sekarang).[11] Orang hidup dengan diet haiwan-haiwan kawanan yang besar dan tradisi memancing Khormusan. Tumpuan artifak yang lebih tinggi menunjukkan mereka tidak terikat dengan pengembaraan bermusim, tetapi menetap untuk tempoh yang lebih panjang.[perlu rujukan] Budaya Halfan pula berasal daripada Khormusan,[a][13][halaman diperlukan] yang bergantung pada teknik memburu, memancing dan mengumpul khusus untuk kelangsungan hidup. Sisa material yang utama budaya ini ialah peralatan batu, serpihan, dan pelbagai lukisan batu.

Budaya Sebilian

[sunting |sunting sumber]

BudayaSebilian bermula sekitar 13,000 SM dan hilang sekitar 10,000 SM.[perlu rujukan] Di Mesir, analisis debunga yang ditemui di tapak-tapak arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat budaya Sebilian (juga dikenali sebagai budaya Esna) mengumpul bijian,[perlu rujukan] namun biji benih yang khas dicucuk tanam tidak ditemui.[14] Terdapat hipotesis bahawacara hidup sedentari yang diamalkan oleh pengumpul bijian ini membawa kepada peningkatanpeperangan, yang merosakkan kehidupan sedentari dan menamatkan tempoh ini.[14]

Budaya Qadan

[sunting |sunting sumber]

Budaya Qadan (13,000 – 9,000 SM) merupakan satu industriMesolitik yang, menurut buktiarkeologi, berasal dariMesir Hulu (kini selatanMesir) kira-kira 15,000 tahun dahulu.[15][16] Cara sara hidup Qadan dianggarkan telah kekal selama kira-kira 4,000 tahun. Ia dicirikan denganmemburu, serta pendekatan unik dalam pengumpulan makanan yang menggabungkan penyediaan dan penggunaan rumput liar danbijian.[15][16] Orang Qadan membuat berusaha secara sistematik untuk menyiram, menjaga dan menuai tumbuh-tumbuhan tempatan, tetapi bijian tidak ditanam dalam barisan teratur.[17]

Kira-kira dua puluh tapak arkeologi diNubia Hulu memberikan bukti kewujudan budaya penggilingan bijian dalam budaya Qadan. Pencipta-penciptanya juga mengamalkan penuaian bijian liar diSungai Nil semasa permulaan fasa Nil Sahabah Daru, ketika pengeringan diSahara menyebabkan penduduk oasis Libya berundur ke lembah Nil.[14] Antara tapak budaya Qadan ialah perkuburanJabal Sahabah, yang telah ditarikhkan ke zaman Mesolitik.[18]

Orang Qadan adalah yang pertama membuatsabit dan mereka juga membangunkanbatu kisar secara bebas untuk membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan makanan tumbuhan ini sebelum dimakan.[19] Walau bagaimanapun, tiada petunjuk bahawa alat-alat ini digunakan selepas 10,000 SM, apabila pemburu-peramu menggantikan mereka.[19]

Mesir Pra-Dinasti (s. 6000-3000 SM)

[sunting |sunting sumber]

Frasa "Pra-Dinasti" sering merangkumi tempoh Neolitik dan Kalkolitik berikutnya, bermula kira-kira 6000 – 5500 SM.[20]

Neolitik (s. 6000 – 4000 SM)

[sunting |sunting sumber]

Bukti awal bagi budaya-budaya Neolitik di Lembah Nil umumnya terletak di utara Mesir, mempamerkan tahap sara hidup Neolitik yang maju, seperti bercucuk tanam dan kesedentarian, serta pengeluaran tembikar dari akhir alaf ke-6 SM.[21]

Antropologi Neolitik

[sunting |sunting sumber]

Ahli sains semula jadi Frederick Falkenburger pada tahun 1947, berdasarkan set sampel sekitar 1,800 tengkorak orang Mesir prasejarah, mencatatkan heterogeniti yang besar dalam sampelnya. Falkenburger mengkategorikan mereka berdasarkan indeks hidung, bentuk kepala dan muka keseluruhan, mengambil kira lebar, struktur lesung mata, antara penunjuk-penunjuk lain yang diberikan. Beliau membahagikan dan mencirikan tengkorak-tengkorak tersebut kepada empat jenis: jenisCro-Magnon, jenis "Negroid", jenisMediterranean, dan jenis-jenis campuran akibat percampuran kumpulan-kumpulan yang disebutkan sebelum ini.[22] Selain itu,kraniometrik orang Mesir awal menurut doktor dan antropologi Eugene Strouhal pada tahun 1971, dilabelkan sebagai sama ada Cro-Magnon dari Afrika Utara, Mediterranean, "Negroid" Afrika Timur, dan perantaraan/campuran.[23]

Menurut profesorFekhri A. Hassan, penghunian Lembah Nil Mesir berdasarkan data arkeologi dan biologi, merupakan hasil interaksi yang kompleks antara para penduduk pesisiran utara Afrika, orang Sahara "neolitik", pemburu Nilotik, dan proto-Nubia sungai dengan sedikit pengaruh dan migrasi dari Levant (Hassan, 1988).[24]

Mesir adalah salah satu kawasan pertama yang menerima pakej Neolitik yang muncul dari Asia Barat seawal alaf ke-6 SM.[25] Khususnya, kambing dan biri-biri, yang bukan asli kepada Afrika, diperkenalkan dariLevant Neolitik sekitar tahun 6000 SM, mungkin melaluiSemenanjung Sinai lalu tersebar dengan pantas.[26] Genetik populasi di Lembah Nil menunjukkan perubahan ketara sekitar tempoh ini, seperti yang ditunjukkan oleh perubahan saiz, rupa dan tisu gigi.[25] Pertukaran budaya dan perdagangan antara kedua-dua rantau, termasukhubungan Mesir-Mesopotamia, kemudian berterusan menerusi alaf ke-4 SM, seperti yang ditunjukkan oleh pemindahan ciri-ciri tempohUruk Lewat Mesopotamia ke Lembah Nil dalam tempoh Pra-Dinasti yang lebih terkemudian.[25] Aliran migrasi dari Mesopotamia mengiringi pertukaran budaya sedemikian, mungkin melalui laluan laut Mediterranean dan Laut Merah atau melalui perantara yang belum disampelkan di Levant, yang boleh menjelaskanbetapa kecilnya pengaruh genetik daripada populasi Levant yang diketahui dari Zaman Kalkolitik/Zaman Gangsa.[25]

Mesir Hilir

[sunting |sunting sumber]
Budaya Faiyum B, Budaya Qarunian
[sunting |sunting sumber]

Budaya Faiyum B, juga dipanggil Qarunian kerana berasal dari kawasan Tasik Qarun, merupakan budaya Epipaleolitik (juga dipanggil Mesolitik) dan mendahului budaya Faiyum A. Tembikar tidak pernah ditemui, hanya bilah-bilah jenis biasa dan mikrolitik. Satu set pahat dan mata panah mencadangkan ia mungkin ada hubungan dengan Sahara (s. 6500 – 5190 SM).[27][28]

Maciej Henneberg (1989) mendokumentasikan satu tengkorak perempuan berusia 8,000 tahun yang terpencil dari Qarunian. Ia menunjukkan pertalian terdekat dengan Wadi Halfa, kelompok moden Afrika danOrang Asli Australia, agak berbeza daripada bahan Epipaleolitik Afrika Utara yang biasanya dilabelkan sebagaiMechta-Afalou (Paleo-Berber) atau jenis Proto-Mediterranean kemudian (Capsian). Tengkorak tersebut masih mempunyai campuran ciri-ciri, bersifat ramping, tetapi memiliki gigi besar dan rahang yang besar.[29] Hasil yang serupa kemudiannya ditemui oleh laporan ringkas dari SOY Keita pada 2021, menunjukkan pertalian antara tengkorak Qarunian tersebut dan yang Teita.[30]

Budaya Faiyum A
[sunting |sunting sumber]
PetaMesir Hilir, dan lokasiOasis Faiyum

Dari sekitar 5600 – 4400 SM dari Neolitik Faiyum,[31][32] perkembangan gurun yang terus-menerus memaksa nenek moyang awalorang Mesir untuk menetap di sekitarSungai Nil lebih kekal. Industri Faiyum A ialah budaya pertanian terawal di Lembah Nil.[31] Longgokan arkeologi di sana mengandungi mata-mata projektil berpangkal cekung dan serpihan tembikar. Sekitar 6210 SM, penempatan Neolitik muncul di seluruh Mesir.[33] Beberapa kajian berdasarkan datamorfologi,[34]genetik,[35][36][37][38][39] danarkeologi[40][41][42][43][44] telah mengaitkan penempatan ini dengan orang yang berhijrah dariHilal Subur diTimur Dekat yang kembali semasa zamanNeolitik Mesir dan Afrika Utara, membawapertanian ke rantau ini.

Mata panah dari Al Faiyum

Kajian dalam antropologi dan data postkranium telah menunjukkan bahawa kumpulan pertanian pertama di Faiyum, Merimde dan El-Badari dikaitkan dengan kumpulan dari Timur Dekat.[45][46][47] Bukti daripada arkeologi juga menunjukkan bahawa haiwan dan tumbuhan dari Timur Dekat telah diperkenalkan ke dalam amalan pemburuan dan pengumpulan sedia ada di Mesir dan lama-kelamaan, amalan baharu ini bertukar menjadi cara hidup.[b][49][50] Akhirnya, nama haiwan dan tumbuhan yang dibawa dari Timur Dekat ke Mesir tidak dipinjam daripadabahasa Sumeria atauProto-Semitik.[51][52]

Walau bagaimanapun, beberapa sarjana mempertikaikan pandangan ini dan memetik datalinguistik,[53]antropologi fizikal,[54] arkeologi[55][56][57] dan genetik[58][59][60][61][62] yang tidak menyokong hipotesis penghijrahan besar-besaran dari Levant semasa zaman prasejarah. Menurut ahli sejarah William Stiebling dan ahli arkeologi Susan N. Helft, pandangan ini menyatakan bahawa orang Mesir purba merupakan kelompok populasi asal yang sama denganorang Nubia dan populasiSahara lain, dengan beberapa input genetik daripada kelompokArab,Levant,Afrika Utara, danIndo-Eropah yang diketahui telah menetap di Mesir sepanjang sejarahnya yang panjang. Sebaliknya, Stiebling dan Helft mengakui bahawa kajian genetik populasi Afrika Utara umumnya mencadangkan kemasukan besar populasi Timur Dekat semasa Zaman Neolitik atau lebih awal lagi. Mereka juga menambah bahawa hanya terdapat beberapa kajian sahaja tentang DNA Mesir purba untuk menjelaskan isu-isu ini.[63]

Ahli Mesirologi Ian Shaw (2003) menulis bahawa "kajian antropologi mencadangkan bahawa populasi pradinasti itu ada campuran berbagai jenis kaum (Negroid, Mediterranean dan Eropah)", tetapi bahan kerangka dari awal zaman firaunlah yang paling mengundang kontroversi. Beliau berkata, menurut beberapa sarjana, mungkin tempoh perubahan demografis yang lebih perlahan pernah berlakunya. Ini bercanggah dengan hipotesis sedia ada bahawa adanya sebuah pencerobohan pantas oleh orang yang masuk ke Mesir dari Timur. Ia mungkin melibatkan orang dari Syria-Palestin yang perlahan-lahan berpindah ke Mesir melalui wilayah Delta timur.[64]

Buktitenunan pertama kali muncul dalam Tempoh Faiyum A. Orang tempoh ini, berbeza dengan orang Mesir kemudian, mengebumikan mayat mereka sangat dekat dengan, dan kadangkala di dalam, penempatan mereka.[65]

Kepala tanah liatbudaya Merimde, sekitar 5,000 SM.[66] Ini antara gambaran kepala manusia yang diketahui di Mesir.

Walaupun tapak arkeologi tidak banyak memberikan maklumat mengenai zaman ini, penelitian kosa kata Mesir untuk "bandar" memberikan pelbagai hipotesis untuk punca kesedentarian Mesir. Di Mesir Hulu, perbendaharaan kata merangkumi perdagangan, perlindungan ternakan, tanah tinggi untuk perlindungan banjir dan tapak-tapak suci untuk dewa.[67]

Budaya Merimde
[sunting |sunting sumber]

Dari sekitar 5000 hingga 4200 SM budaya Merimde, setakat ini hanya diketahui dariMerimde Beni Salama, satu tapak penempatan yang besar di pinggir Delta Barat, berkembang di Mesir Hilir. Budaya ini mempunyai hubungan kuat dengan budaya Faiyum A serta Levant. Orang tinggal di pondok-pondok kecil, menghasilkan tembikar tidak berhias dan mempunyai alat-alat batu. Lembu, biri-biri, kambing dan babi dipelihara. Gandum,betari dan barli ditanam. Penduduk Merimde mengebumikan mayat mereka dalam penempatan dan menghasilkan patung-patung tanah liat. Kepala orang Mesir bersaiz sebenar pertama yang dibuat daripada tanah liat berasal dari Merimde.[68]

Budaya El Omari
[sunting |sunting sumber]

Budaya El Omari diketahui dari sebuah penempatan kecil berhampiran Kaherah moden. Penduduknya nampaknya tinggal di dalam pondok, tetapi hanya lubang tiang dan lubang yang tertinggal. Tembikar mereka tidak berhias. Alatan batu yang ada antaranya ialah serpihan-serpihan kecil, kapak dan sabit. Logam ketika itu belum ditemui.[69] Tapak-tapak mereka diduduki dari 4000 SM hingga Tempoh Arkaik (3,100 SM).[70]

Budaya Maadi
[sunting |sunting sumber]
Banduan-banduan padaPalet Medan Perang mungkin orang budaya Buto-Maadi yang ditakluki oleh pemerintah Mesir zamanNaqada III.[71]

Budaya Maadi (juga dipanggil budaya Buto Maadi) ialah budaya prasejarah Mesir Hilir paling penting, berasal dari sekitar 4000 – 3500 SM,[72] dan sezaman dengan fasaNaqada I dan II di Mesir Hulu. Maklumat tentang budaya ini paling banyak diperoleh dari tapakMaadi berhampiran Kaherah, serta tapakButo,[73] namun budaya ini juga dibuktikan wujud di banyak tempat lain di Delta hingga ke sekitar Faiyum. Budaya ini mengalami perkembangan dalam seni bina dan teknologi. Ia juga mempunyai tembikar tidak berhias, seperti budaya pendahulunya.[74]

Tembaga diketahui, dan beberapabeliung tembaga telah ditemui. Tembikar dibuat dengan tangan, ringkas dan tidak berhias. Kehadiran pasu merah berkepala hitam menunjukkan hadirnya hubungan dengan tapak-tapak Naqada di selatan. Banyak bekas yang diimport dari Palestin juga ditemui. Bekas-bekas batubasalt hitam juga digunakan.[72]

Penduduknya tinggal di dalam pondok-pondok kecil, separa digali ke dalam tanah. Mayat dikuburkan di tanah perkuburan dengan sedikit sahaja barangan kubur. Budaya Maadi digantikan oleh budaya Naqada III; sama ada ini berlaku dengan penaklukan atau penyusupan masih belum ditentukan.[75]

Perkembangan di Mesir Hilir pada zaman sebelum penyatuan negara telah bertahun-tahun menjadi subjek pertikaian yang besar. Penggalian baru-baru ini diTell el-Farkha [de],Sais, danTell el-Iswid telah menjelaskannya sedikit. Hasilnya, budaya Mesir Hilir Kalkolitik kini sedang menjadi subjek kajian yang penting.[76]

Galeri
[sunting |sunting sumber]
  • Penepuk ditemui di Maadi, Muzium Louvre
    Penepuk ditemui di Maadi, Muzium Louvre
  • Tulang ikan keli berukir, dan balang ditemui di Maadi
    Tulang ikan keli berukir, dan balang ditemui di Maadi
  • Kemungkinan banduan dan lelaki-lelaki cedera daripada budaya Buto-Maadi yang dibaham haiwan, sementara seekor dibawa oleh seorang lelaki dalam pakaian panjang, mungkin seorang pegawai Mesir (serpihan, sudut kanan atas). Palet Medan Perang.[71][77]
    Kemungkinan banduan dan lelaki-lelaki cedera daripada budaya Buto-Maadi yang dibaham haiwan, sementara seekor dibawa oleh seorang lelaki dalam pakaian panjang, mungkin seorang pegawai Mesir (serpihan, sudut kanan atas). Palet Medan Perang.[71][77]

Garis masa

[sunting |sunting sumber]
Semua tarikh adalah anggaran
Kronologi pembentukan negara di Mesir purba.[78]
  • Paleolitik Akhir, dari alaf ke-40 SM
  • Neolitik, dari alaf ke-11 SM
    • s. 10,500 SM: Penuaian bijian liar di sepanjangSungai Nil, budaya pengisar bijian mencipta bilahsabit batu terawal di dunia,[79] kira-kira pada penghujung zamanPleistosen
    • s. 8000 SM: Penghijarahn manusia ke kawasan Nil, membentuk masyarakat yang lebih berpusat dan ekonomi pertanian menetap
    • s. 7500 SM: Pengimportan haiwan dari Asia ke Sahara
    • s. 7000 SM: Pertanian—haiwan dan biji-bijian—di Sahara Timur
    • s. 7000 SM: DiNabta Playa, perigi dalam berair sepanjang tahun digali, dan penempatan besar tersusun dibina dengan susun atur terancang
    • s. 6000 SM: Kapal asas (didayung, satu layar) digambarkan dalamseni batu Mesir
    • s. 5500 SM: Bilik bawah tanah berbumbung batu dan kompleks bawah tanah lain diNabta Playa yang mengandungi lembukorban yang ditanam
    • s. 5000 SM:Megalit batu didakwa berfungsi sebagai alatarkeoastronomi diNabta Playa.[80][81]
    • s. 5000 SM:Budaya Badari: perabot, perkakas meja, model rumah segi empat, periuk, pinggan, cawan, mangkuk, pasu, patung, sikat
    • s. 4400 SM: Kepingan kainlinen tenunan halus[82]
  • Dari alaf ke-4 SM, penciptaan menjadi semakin meluas

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Khormusan ditakrifkan sebagai industri Paleolitik Pertengahan manakala Halfan ditakrifkan sebagai industri Epipaleolitik. Menurut pendapat ilmiah, Khormusan dan Halfan dilihat sebagai budaya yang berasingan dan berbeza.[12]
  2. ^Penjajah peneroka dari Timur Dekat kemungkinan besar bergabung dengan budaya peribumi, menghasilkan ekonomi campuran dengan aspek pertanian ekonomi meningkat dalam kekerapan lama-kelamaan, seperti yang rekod arkeologi lebih tepat menunjukkan. Kedua-dua tembikar, litik dan ekonomi dengan ciri-ciri Timur Dekat, serta litik dengan ciri-ciri Afrika Utara hadir dalam budaya Fayum A.[48]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Leprohon, Ronald J. (2013).The great name: ancient Egyptian royal titulary. Society of Biblical Literature.ISBN 978-1-58983-735-5.
  2. ^Redford, Donald B. (1992).Egypt, Canaan, and Israel in Ancient Times. Princeton: University Press. m/s. 10.ISBN 978-0-691-03606-9.
  3. ^Bakry, Aboualhassan; Saied, Ahmed; Ibrahim, Doaa (2020-07-21). "The Oldowan in the Egyptian Nile Valley".Journal of African Archaeology.18 (2): 229–241.doi:10.1163/21915784-20200010.ISSN 1612-1651.
  4. ^Michalec, Grzegorz; Cendrowska, Marzena; Andrieux, Eric; Armitage, Simon J.; Ehlert, Maciej; Kim, Ju Yong; Sohn, Young Kwan; Krupa-Kurzynowska, Joanna; Moska, Piotr; Szmit, Marcin; Masojć, Mirosław (2021-11-17)."A Window into the Early–Middle Stone Age Transition in Northeastern Africa—A Marine Isotope Stage 7a/6 Late Acheulean Horizon from the EDAR 135 Site, Eastern Sahara (Sudan)".Journal of Field Archaeology (dalam bahasa Inggeris).46 (8): 513–533.doi:10.1080/00934690.2021.1993618.hdl:11250/2977113.ISSN 0093-4690.
  5. ^Leplongeon, Alice (2017-12-27). Pinhasi, Ron (penyunting)."Technological variability in the Late Palaeolithic lithic industries of the Egyptian Nile Valley: The case of the Silsilian and Afian industries".PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris).12 (12).Bibcode:2017PLoSO..1288824L.doi:10.1371/journal.pone.0188824.ISSN 1932-6203.PMC 5744920.PMID 29281660.Unknown parameter|article-number= ignored (bantuan)
  6. ^abcdefgh"Budaya Mesir Purba: Paleolitik Mesir".Emuzium. Minnesota:Universiti Negeri Minnesota. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Jun 2010. Dicapai pada13 April 2012.
  7. ^Nicolas-Christophe Grimal.A History of Ancient Egypt. p. 20. Blackwell (1994).ISBN0-631-19396-0
  8. ^"Antropologi Pergigian"(PDF). Anthropology.osu.edu. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada2013-10-25.
  9. ^Bouchneba, L.; Crevecoeur, I. (2009). "The inner ear of Nazlet Khater 2 (Upper Paleolithic, Egypt)".Journal of Human Evolution.56 (3): 257–262.Bibcode:2009JHumE..56..257B.doi:10.1016/j.jhevol.2008.12.003.PMID 19144388.
  10. ^Lubell, David (1974).The Fakhurian: A Late Paleolithic Industry from Upper Egypt (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Petroleum and Mineral Wealth, Geological Survey of Egypt and Mining Authority.
  11. ^R. Schild; F. Wendorf (2014). "Pemburu-Pengumpul Palaeolitik Lewat di Lembah Nil Nubia dan Mesir Hulu". Dalam E A. A. Garcea (penyunting).South-Eastern Mediterranean Peoples Between 130,000 and 10,000 years ago. Oxbow Books. m/s. 89–125.
  12. ^"Prasejarah Nubia". Numibia.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada2013-10-25.CS1 maint: unfit URL (link)
  13. ^Reynes, Midant-Beatrix (2000).The Prehistory of Egypt: From the First Egyptians to the First Pharohs. Wiley-Blackwell.ISBN 0-631-21787-8.
  14. ^abcGrimal, Nicolas (1988).A History of Ancient Egypt. Librairie Arthéme Fayard. m/s. 21.
  15. ^abPhillipson, DW:African Archaeology p. 149. Cambridge University Press, 2005.
  16. ^abShaw, I & Jameson, R:A Dictionary of Archaeology, p. 136. Blackwell Publishers Ltd, 2002.
  17. ^Darvill, T:The Concise Oxford Dictionary of Archaeology, Hak Cipta © 2002, 2003 oleh Oxford University Press.
  18. ^Kelly, Raymond (October 2005)."The evolution of lethal intergroup violence".PNAS.102 (43): 24–29.Bibcode:2005PNAS..10215294K.doi:10.1073/pnas.0505955102.PMC 1266108.PMID 16129826.
  19. ^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMSU3
  20. ^Ward, William A. (1965).The Spirit of Ancient Egypt (dalam bahasa Inggeris). Khayats.Terdapat sedikit jejak Zaman Mesolitik di Mesir. Hanya beberapa penemuan berselerak menunjukkan bahawa permulaan Paleolitik berterusan dengan perubahan sesuai untuk menandakan Zaman Batu Pertengahan. Adalah dengan tempoh berikutnya, Pra-Dinasti, kita boleh memberikan gambaran pertama yang mencukupi tentang budaya Mesir. Budaya Neolitik dan Chalcolithik wujud serentak di Mesir, Neolitik di utara, Chalcolithik di selatan, oleh itu, istilah "Pra-Dinasti" yang boleh digunakan dengan mudah untuk merangkumi keseluruhan kompleks budaya Neolitik dan Chalcolithik di sepanjang Lembah Nil.
  21. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
  22. ^Boëtsch, Gilles (1995-12-31)."Noirs ou blancs: une histoire de l'anthropologie biologique de l'Égypte".Égypte/Monde arabe (dalam bahasa Perancis) (24): 113–138.doi:10.4000/ema.643.ISSN 1110-5097.Falkenburger juga mencatat heterogeniti besar dalam ukuran yang diambil pada 1,800 tengkorak Mesir. Daripada indeks yang menyatakan bentuk muka, hidung dan orbit, Falkenburger membahagikan orang Mesir purba kepada empat jenis - jenis Cro-Magnon, jenis Negroid, jenis Mediterranean dan jenis campuran, hasil daripada campuran tiga yang pertama.
  23. ^Strouhal, Eugen (1971-01-01)."Evidence of the early penetration of Negroes into prehistoric Egypt".The Journal of African History (dalam bahasa Inggeris).12 (1): 1–9.doi:10.1017/S0021853700000037.ISSN 1469-5138.
  24. ^Hassan, Fekri A. (1988-06-01). "The Predynastic of Egypt".Journal of World Prehistory (dalam bahasa Inggeris).2 (2): 135–185.doi:10.1007/BF00975416.ISSN 1573-7802.
  25. ^abcdRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMJ
  26. ^Bollig, Michael; Schnegg, Michael; Wotzka, Hans-Peter (1 July 2013).Pastoralism in Africa: Past, Present and Future (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 39.ISBN 978-0-85745-909-1.Secara umum diterima bahawa kambing dan biri-biri diperkenalkan dari Timur Dekat, kerana progenitor liar tidak wujud di benua Afrika
  27. ^"Fayum, Qarunian (Fayum B) (about 6700-5300 BC?)".Digital Egypt for Universities. University College London. Dicapai padaSeptember 23, 2024.
  28. ^Ki-Zerbo[editor], Joseph (1989)."General history of Africa, abridged edition, v. 1: Methodology and African prehistory".UNESCO Digital Library. The University of California Press. m/s. 281. Dicapai padaSeptember 23, 2024.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  29. ^Hendrickx, Stan; Claes, Wouter; Tristant, Yann."IFAO - Bibliographie de l'Égypte des Origines: #2998 = The Early Neolithic, Qarunian burial from the Northern Fayum Desert (Egypt)".www.ifao.egnet.net (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada2024-09-24.
  30. ^Keita, S.O.Y (2020-08-01)."Title: Short Report: Morphometric Affinity of the Qarunian Early Egyptian Skull Explored With Fordisc 3.0".Academia.edu.
  31. ^abKöhler, E. Christiana (2011)."Neolithic in the Nile Valley (Fayum A, Merimde, el-Omari, Badarian)".Archéo-Nil.21 (1): 17–20.doi:10.3406/arnil.2011.1023.
  32. ^"Fayum, Qarunian (Fayum B) (about 6000-5000 BC?)".Digital Egypt for Universities. University College London. Dicapai padaSeptember 23, 2024.
  33. ^Redford, Donald B (1992).Egypt, Canaan, and Israel in Ancient Times. Princeton: University Press. m/s. 6.ISBN 978-0-691-03606-9.
  34. ^Brace, C. Loring; Seguchi, Noriko; Quintyn, Conrad B.; Fox, Sherry C.; Nelson, A. Russell; Manolis, Sotiris K.; Qifeng, Pan (2006)."The questionable contribution of the Neolithic and the Bronze Age to European craniofacial form".Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America.103 (1): 242–247.Bibcode:2006PNAS..103..242B.doi:10.1073/pnas.0509801102.PMC 1325007.PMID 16371462.
  35. ^Chicki, L; Nichols, RA; Barbujani, G; Beaumont, MA (2002)."Y genetic data support the Neolithic demic diffusion model".Proc. Natl. Acad. Sci. USA.99 (17): 11008–11013.Bibcode:2002PNAS...9911008C.doi:10.1073/pnas.162158799.PMC 123201.PMID 12167671.
  36. ^"Estimating the Impact of Prehistoric Admixture on the Genome of Europeans, Dupanloup et al., 2004". Mbe.oxfordjournals.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 March 2007. Dicapai pada1 May 2012.
  37. ^Semino, O; Magri, C; Benuzzi, G; dll. (May 2004)."Origin, Diffusion, and Differentiation of Y-Chromosome Haplogroups E and J: Inferences on the Neolithization of Europe and Later Migrative Events in the Mediterranean Area, 2004".Am. J. Hum. Genet.74 (5): 1023–34.doi:10.1086/386295.PMC 1181965.PMID 15069642.
  38. ^Cavalli-Sforza (1997)."Paleolithic and Neolithic lineages in the European mitochondrial gene pool".Am J Hum Genet.61 (1): 247–54.doi:10.1016/S0002-9297(07)64303-1.PMC 1715849.PMID 9246011. Dicapai pada1 May 2012.[pautan mati]
  39. ^Chikhi (21 July 1998)."Clines of nuclear DNA markers suggest a largely Neolithic ancestry of the European gene".PNAS.95 (15): 9053–9058.Bibcode:1998PNAS...95.9053C.doi:10.1073/pnas.95.15.9053.PMC 21201.PMID 9671803.
  40. ^Bar Yosef, Ofer (1998). "The Natufian Culture in the Levant, Threshold to the Origins of Agriculture".Evolutionary Anthropology.6 (5): 159–177.doi:10.1002/(sici)1520-6505(1998)6:5<159::aid-evan4>3.0.co;2-7.S2CID 35814375.
  41. ^Zvelebil, M. (1986).Hunters in Transition: Mesolithic Societies and the Transition to Farming. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 5–15, 167–188.
  42. ^Bellwood, P. (2005).First Farmers: The Origins of Agricultural Societies. Malden, MA: Blackwell.
  43. ^Dokládal, M.; Brožek, J. (1961). "Physical Anthropology in Czechoslovakia: Recent Developments".Current Anthropology.2 (5): 455–477.doi:10.1086/200228.S2CID 161324951.
  44. ^Zvelebil, M. (1989). "On the transition to farming in Europe, or what was spreading with the Neolithic: a reply to Ammerman (1989)".Antiquity.63 (239): 379–383.doi:10.1017/S0003598X00076110.S2CID 162882505.
  45. ^Smith, P. (2002) The palaeo-biological evidence for admixture between populations in the southern Levant and Egypt in the fourth to third millennia BC. In: Egypt and the Levant: Interrelations from the 4th through the Early 3rd Millennium BC, London–New York: Leicester University Press, 118–128
  46. ^Keita, S.O.Y. (2005). "Early Nile Valley Farmers from El-Badari: Aboriginals or "European" Agro-Nostratic Immigrants? Craniometric Affinities Considered With Other Data".Journal of Black Studies.36 (2): 191–208.doi:10.1177/0021934704265912.S2CID 144482802.
  47. ^Kemp, B. 2005 "Ancient Egypt Anatomy of a Civilisation". Routledge. p. 52–60
  48. ^Shirai, Noriyuki (2010).The Archaeology of the First Farmer-Herders in Egypt: New Insights into the Fayum Epipalaeolithic. Archaeological Studies Leiden University. Leiden University Press.
  49. ^Wetterstrom, W. (1993). Shaw, T.; dll. (penyunting).Archaeology of Africa. London: Routledge. m/s. 165–226.
  50. ^Rahmani, N. (2003). "Le Capsien typique et le Capsien supérieur".Cambridge Monographs in Archaeology. Cambridge: Cambridge University Press (57).
  51. ^Keita, S. O. Y.; Boyce, A. J. (2005)."Genetics, Egypt and History: Interpreting Geographical Patterns of a Y-Chromosome Variation".History in Africa.32: 221–46.doi:10.1353/hia.2005.0013.S2CID 163020672.
  52. ^Ehret, C; Keita, SOY; Newman, P (2004). "The Origins of Afroasiatic a response to Diamond and Bellwood (2003)".Science.306 (5702): 1680.doi:10.1126/science.306.5702.1680c.PMID 15576591.S2CID 8057990.
  53. ^Ehret, Christopher (20 June 2023).Ancient Africa: A Global History, to 300 CE (dalam bahasa Inggeris). Princeton: Princeton University Press. m/s. 82–85.ISBN 978-0-691-24409-9.
  54. ^Zakrzewski, Sonia R. (April 2007)."Population continuity or population change: Formation of the ancient Egyptian state".American Journal of Physical Anthropology (dalam bahasa Inggeris).132 (4): 501–509.Bibcode:2007AJPA..132..501Z.doi:10.1002/ajpa.20569.PMID 17295300.
  55. ^"Tiada bukti, tiada isyarat arkeologi, untuk migrasi besar-besaran (penjajahan penempat) ke Mesir dari Asia Barat Daya pada masa penulisan ini. Teras budaya Mesir telah mantap. Peopling total Mesir pada masa ini dari Timur Dekat akan bermaksud migrasi besar-besaran penutur Semitik. Bahasa Mesir purba – menggunakan taksonomi bahasa akademik biasa – adalah cabang dalam Afroasia dengan satu ahli (tidak mengira bentuk temporalnya sebagai bahasa berasingan): tempat asal/urheimat Afrasian adalah dalam Afrika, menggunakan kriteria linguistik standard berdasarkan lokasi kepelbagaian terbesar, cabang terdalam, dan pergerakan paling sedikit yang memperhitungkan lima atau enam cabangnya atau tujuh, jika Ongota dikira".Keita, S. O. Y. (September 2022)."Ideas about 'Race' in Nile Valley Histories: A Consideration of 'Racial' Paradigms in Recent Presentations on Nile Valley Africa, from 'Black Pharaohs' to Mummy Genomest".Journal of Ancient Egyptian Interconnections.
  56. ^Wengrow, David; Dee, Michael; Foster, Sarah; Stevenson, Alice; Ramsey, Christopher Bronk (March 2014)."Cultural convergence in the Neolithic of the Nile Valley: a prehistoric perspective on Egypt's place in Africa".Antiquity (dalam bahasa Inggeris).88 (339): 95–111.doi:10.1017/S0003598X00050249.ISSN 0003-598X.S2CID 49229774.
  57. ^Redford, Donald (2001).The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. Oxford University Press. m/s. 27–28.ISBN 978-0-19-510234-5.
  58. ^"PenandaP2 (PN2), dalamhaplogroup E, menghubungkan garis keturunan kromosom Y yang utama ditemui di Afrika secara keseluruhan selepas manusia moden meninggalkan Afrika. P2/M215-55 ditemui dari Tanduk Afrika ke atas melalui Lembah Nil dan barat ke Maghribi, dan P2/V38/M2 adalah utama di kebanyakan Afrika tropika infra-Sahara".Shomarka, Keita (2022). "Ancient Egyptian 'Origins' and 'Identity'".Ancient Egyptian society: challenging assumptions, exploring approaches. Abingdon, Oxfordshire: Routledge. m/s. 111–122.ISBN 978-0-367-43463-2.
  59. ^"Lebih-lebih lagi, bukti genetik yang tersedia – berkaitan khususnya dengan garis keturunan kromosom YM35/215 – juga sesuai dengan jenis sejarah demografi ini. Garis keturunan ini mempunyai asal-usulnya secara meluas di Tanduk Afrika dan Afrika Timur."Ehret, Christopher (20 June 2023).Ancient Africa: A Global History, to 300 CE (dalam bahasa Inggeris). Princeton University Press. m/s. 97.ISBN 978-0-691-24410-5.
  60. ^Trombetta, B.; Cruciani, F.; Sellitto, D.; Scozzari, R. (2011)."A new topology of the human Y chromosome haplogroup E1b1 (E-P2) revealed through the use of newly characterized binary polymorphisms".PLOS ONE.6 (1).Bibcode:2011PLoSO...616073T.doi:10.1371/journal.pone.0016073.PMC 3017091.PMID 21253605.Unknown parameter|article-number= ignored (bantuan)
  61. ^Cruciani, Fulvio; dll. (June 2007)."Tracing Past Human Male Movements in Northern/Eastern Africa and Western Eurasia: New Clues from Y-Chromosomal Haplogroups E-M78 and J-M12".Molecular Biology and Evolution.24 (6): 1300–1311.doi:10.1093/molbev/msm049.PMID 17351267.
  62. ^Anselin, Alain H. (2011).Egypt in its African context: proceedings of the conference held at the Manchester Museum, University of Manchester, 2-4 October 2009. Oxford: Archaeopress. m/s. 43–54.ISBN 978-1-4073-0760-2.
  63. ^Stiebing, William H. Jr.; Helft, Susan N. (3 July 2023).Ancient Near Eastern History and Culture (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. m/s. 209–212.ISBN 978-1-000-88066-3.
  64. ^Shaw, Ian (2003-10-23).The Oxford History of Ancient Egypt (dalam bahasa Inggeris). OUP Oxford. m/s. 309.ISBN 978-0-19-160462-1.
  65. ^Gardiner, Alan (1964).Egypt of the Pharaohs. Oxford: University Press. m/s. 388.
  66. ^Josephson, Jack (29 November 2015)."Naqada IId, Birth of an Empire" (dalam bahasa Inggeris). m/s. 173.
  67. ^Redford, Donald B. (1992).Egypt, Canaan, and Israel in Ancient Times. Princeton: University Press. m/s. 8.ISBN 978-0-691-03606-9.
  68. ^Eiwanger, Josef (1999). "Merimde Beni-salame". DalamBard, Kathryn A. (penyunting).Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. London/New York: Routledge. m/s. 501–505.ISBN 978-0-415-18589-9.
  69. ^Mortensen, Bodil (1999). "el-Omari". Dalam Bard, Kathryn A. (penyunting).Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. London/New York: Routledge. m/s. 592–594.ISBN 978-0-415-18589-9.
  70. ^"El-Omari".EMuseum. Mankato: Minnesota State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 15 June 2010.
  71. ^abBrovarski, Edward (2016). "Reflections on the Battlefield and Libyan Booty Palettes". Dalam Vandijk, J. (penyunting).Another Mouthful of Dust: Egyptological Studies in Honour of Geoffrey Thorndike Martin (dalam bahasa Inggeris). Leiden: Peeters. m/s. 81–89.
  72. ^ab"Maadi", University College London.
  73. ^"Buto – Maadi Culture",Ancient Egypt Online.
  74. ^Mark, Joshua J. (18 January 2016)."Predynastic Period in Egypt".World History Encyclopedia. Dicapai pada2017-11-14.
  75. ^Seeher, Jürgen (1999)."Ma'adi and Wadi Digla". Dalam Bard, Kathryn A. (penyunting).Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. London/New York: Routledge. m/s. 455–458.ISBN 978-0-415-18589-9.
  76. ^Mączyńska, Agnieszka (2018)."On the Transition Between the Neolithic and Chalcolithic in Lower Egypt and the Origins of the Lower Egyptian Culture: a Pottery Study"(PDF).Desert and the Nile. Prehistory of the Nile Basin and the Sahara. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada March 27, 2023.
  77. ^Davis, Whitney; Davis, George C.; Pardee, Helen N. (1992).Masking the Blow: The Scene of Representation in Late Prehistoric Egyptian Art (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. m/s. 264.ISBN 978-0-520-07488-0.
  78. ^Kemp, Barry John (2018).Ancient Egypt: anatomy of a civilization (ed. 3rd). New-York (NY): Routledge. m/s. 14/44, Fig.2.6.ISBN 978-0-415-82726-3.Early in the developmental sequence of kingship is tomb 100 (the 'Decorated Tomb'), probably the tomb of an early king of Hierakonpolis of the Nagada IIC phase (c. 3400–3300 BC).
  79. ^abcd"Ancient Egyptian Culture: Paleolithic Egypt".Emuseum. Minnesota:Minnesota State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 June 2010. Dicapai pada13 April 2012.
  80. ^Malville, J. McKim (2015), "Astronomy at Nabta Playa, Egypt", dalamRuggles, C.L.N. (penyunting),Handbook of Archaeoastronomy and Ethnoastronomy,2, New York: Springer Science+Business Media, m/s. 1079–1091,ISBN 978-1-4614-6140-1
  81. ^Belmonte, Juan Antonio (2010), "Ancient Egypt", dalamRuggles, Clive; Cotte, Michel (penyunting),Heritage Sites of Astronomy and Archaeoastronomy in the context of the UNESCO World Heritage Convention: A Thematic Study, Paris:International Council on Monuments and Sites/International Astronomical Union, m/s. 119–129,ISBN 978-2-918086-07-9
  82. ^"linen fragment". Digitalegypt.ucl.ac.uk. Dicapai pada1 May 2012.
  83. ^Shaw (2000), p. 61
  84. ^Brooks, Nick (2006). "Cultural responses to aridity in the Middle Holocene and increased social complexity".Quaternary International.151 (1): 29–49.Bibcode:2006QuInt.151...29B.doi:10.1016/j.quaint.2006.01.013.
  85. ^"Iron beads were worn in Egypt as early as 4000 B.C., but these were of meteoric iron, evidently shaped by the rubbing process used in shaping implements of stone", quoted under the heading "Columbia Encyclopedia: Iron Age" atIron Age, Answers.com. Also, seeHistory of ferrous metallurgy#Meteoric iron—"Around 4000 BC small items, such as the tips of spears and ornaments, were being fashioned from iron recovered from meteorites" – attributed to R. F. Tylecote,A History of Metallurgy (2nd edition, 1992), p. 3.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Prasejarah Asia
Negara berdaulat
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mesir_Prasejarah&oldid=6741998"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp