Burung Pergam Batu ialah haiwan yang tergolong dalam golonganbenda hidup, alam :haiwan, filum :kordata, sub-filum :bertulang belakang (vertebrata), kelas :burung. Burung Pergam Batu adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungibulu pelepah. Paruh Burung Pergam Batu tidak bergigi.
Burung Pergam Batu merupakan burung yang diperkenalkan di Malaysia dan juga banyak negeri-negeri lain. Ia mudah didapati berhampiran kediaman manusia, di mana ia sering diberi makan.
Warna asal adalah kelabu dengan kehijauan dan merah jambu pada tengkuk dan dada, dan juga tokeng putih dan jalur hitam pada sayap dan ekor. Bagaimanapun populasi liar mempunyai variasi paling pelbagai pada bulu pelepah mereka, sesetenganya putih, perang keunguan, sesetengah hitam dan pelbagai pola warna. Seringkali menghasilakan bunyi coo tiga kali berterusan terutamanya ketika mengawan.
Seringkali didapati di tebing, runtuhan, kawasan pertanian, dan bandar
Terdapat di kebanyakan tempat di Malaysia. Berasal dari Afrika Utara, Palearctic, Timur Tengah, India ke Utara China. Diperkenalkan dikebanyakan tempat di dunia.