Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMenteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia)

Malaysia,Menteri Besar (MB) ( Jawi:منتري بسر ; secara harfiahMenteri Utama atau dalam bahasa InggerisnyaFirst Minister) ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyaiSultan danRaja. Bagi empat negeri tanpa raja, gelaranKetua Menteri (KM) ( Jawi:كتوا منتري atau dalam bahasa InggerisnyaChief Minister) digunakan kecuali Sarawak di mana ia menggunakan Premier (Perdana). GelaranMenteri Besar biasanya tidak dapat diterjemahkan dalam media Inggeris di Malaysia, tetapi biasanya diterjemahkan sebagaiChief Minister (Ketua Menteri) oleh media asing. Mengikut protokol, semuaMenteri Besar,Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormatYang Amat Berhormat atau SingkatannyaYAB.

Sembilan Sultan dan Raja bagi negeri-negeri Melayu yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri yang dilantik bagi empat negeri lain yang tidak beraja berkhidmat sebagai ketua negeri dan istiadat negeri mereka, manakala kuasa eksekutif negeri terletak padaMenteri Besar, Ketua Menteri danPremier. Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atauYang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagaiMenteri Besar,Ketua Menteri danPremier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan. Berdasarkan sistem Westminster, memandangkan beliau mengekalkan kepercayaan dewan, tempoh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh bertahan sepanjang hayat dewan secara maksimum selama lima tahun. Tiada had kepada bilangan penggal yangMenteri Besar,Ketua Menteri danPremier boleh berkhidmat.

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri diMalaysia yang mempunyaiRaja atauSultan iaituPerlis,Johor,Kedah,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Pahang,Terengganu danKelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atauSultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialahKetua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketikaPersekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeriJohor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagaiKetua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022[1].

Senarai nama Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

[sunting |sunting sumber]
NegeriJawatanParti politikPotretPenyandangMula berkhidmat
(penggal/jawatan baharu)
(tempoh berkhidmat)
 SarawakPremier SarawakGPS-PBBTan Sri Datuk Patinggi HajiAbang Johari Tun Openg1 Mac 2022
(3 tahun, 8 bulan dan 25 hari)
 TerengganuMenteri BesarPN-PASProf. Dato' Seri Ir. Dr. HajiAhmad Samsuri Mokhtar[2]15 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 11 hari)
 Negeri SembilanMenteri BesarPH-PKRDato' Seri Utama HajiAminuddin Harun[3]14 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 12 hari)
 Pulau PinangKetua MenteriPH-DAPTuanChow Kon Yeow[4]13 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 13 hari)
 PahangMenteri BesarBN-UMNODato' Sri Diraja HajiWan Rosdy Wan Ismail27 November 2022
(2 tahun, 11 bulan dan 30 hari)
 SelangorMenteri BesarPH-PKRDato' Seri HajiAmirudin Shari[5]21 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 5 hari)
 KedahMenteri BesarPN-PASDato' Seri HajiMuhammad Sanusi Md Nor14 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 12 hari)
 SabahKetua MenteriGRSKosong30 November 2025
(11 hari)
 PerakMenteri BesarBN-UMNODato' Seri HajiSaarani Mohamad[6]21 November 2022
(3 tahun dan 5 hari)
 JohorMenteri BesarBN-UMNODato'Onn Hafiz Ghazi15 Mac 2022
(3 tahun, 8 bulan dan 11 hari)
 PerlisMenteri BesarPN-PASTuan HajiMohd Shukri Ramli[7]22 November 2022
(3 tahun dan 4 hari)

 Melaka

Ketua Menteri

BN-UMNO

Datuk Seri UtamaAb Rauf Yusoh[8]31 Mac 2023
(2 tahun, 7 bulan dan 26 hari)
 KelantanMenteri BesarPN-PASDato' Panglima Perang Ustaz Dato' HajiMohd Nassuruddin Daud15 Ogos 2023
(2 tahun, 3 bulan dan 11 hari)

Garis masa

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bernama (1 Mac 2022)."Ketua Menteri Sarawak digelar Premier Sarawak berkuat kuasa hari ini".Sinar Harian. Dicapai pada1 Mac 2022.
  2. ^Ahmad Samsuri Mokhtar is the new Terengganu MB.
  3. ^Aminuddin Harun angkat sumpah MB Negeri Sembilan
  4. ^Angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang Isnin.
  5. ^"Sah! Amirudin Shari MB Selangor baharu".MStar Online. 19 Jun 2018.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)
  6. ^Saarani angkat sumpah MB Perak, esok
  7. ^Cikgu Shukri angkat sumpah MB Perlis yang baharu
  8. ^Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Menteri Besar
Ketua Menteri
Premier
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ketua_Kerajaan_Negeri_di_Malaysia&oldid=6703999"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp