Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mendaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Everest sangat popular untuk pendakian

Mendaki adalah merupakan sejenisaktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untukberjalan, diatas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut alirantrail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secaraaktiviti luaran, namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular di duniaKategori:Organisasi mendaki. Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung kepada jenis dakian yang dijalankan, ada pendaki yang boleh menerima kesan positif ketika dan sesudah melakukan aktiviti dakian, namun ada juga mendapat kesan negetif.[1]

Terma berkaitan

[sunting |sunting sumber]
Laluan Trail Appalachian meyediakan peluang untuk 3,500-kilometer (2,200 bt)-dakian jangka panjang.[2]

DiAmerika Syarikat danUnited Kingdom,mendaki merujuk kepada aktiviti luaran yang memerlukan pendaki (orang yang melakukan aktiviti mendaki) berjalan di trail luar untuk tujuan rekreasi persekitaran.[3]Dakian hari merujuk kepada aktiviti dakian yang berjaya dilangsaikan dalam tempoh hanya satu hari sahaja, tanpa memerlukan pendaki tidur malam dalam trail dakian atau membina kem bermalam.Dakian multi-hari merujuk kepada aktiviti dakian berkemah untuk pendaki tegar.[3] Di United Kingdom mendaki selalunya dipanggilrambling, dimana perkataan ini berasal dari sebuah organisasi khidmat dakian yang bernamaRamblers.Bushwhacking secara spesifik merujuk kepada perjalanan sukar mengharungi hutan, belukar atau semak samun tebal, juga merujuk kepada aktiviti dakian ditanah pertanian padat seperti mendaki di ladang teh bukit yang tebal dan seluas mata memandang. Dalam kes-kes ekstrim, bushwhacking dimana vegetasi yang begitu padat dapat menyukarkan pendaki untuk mendaki dengan mudah, lalugolok digunakan untuk membersihkan sesuatu trail dakian itu. DiAustralia, mereka menggunakan termabushwalking untuk merujuk kepada dakian trail yang sukar atau pun suka-suka.Berjalan atauberjalan di semak.Dakian multi-hari banyak dilakukan di wilayah pergunungan utama dunia seperti diIndia Utara,Nepal (Banjaran Himalaya),Amerika Utara,Amerika Selatan, dan beberapa banjaran pergunungan utama diAfrika Timur, aktiviti mereka dikenali sebagaitrekking; kaum Belanda juga merujuk mendaki sebagai trekking juga. Mendaki ditrail dakian panjang dari akhir kepada akhir juga merujuk kepada trekking dan jugathru-hiking pada sesetengah tempat.[4] Contoh-contohTrail dakian panjang termasuklahAppalachian Trail (AT) danLong Trail

Trail

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^McKinney, John (2009-03-22)."For Good Health: Take a Hike!".Miller-McCune.
  2. ^Gailey, Chris (2006)."Appalachian Trail FAQs".Outdoors.org. Dicapai pada2010-01-19.
  3. ^abKeller, Kirtika T. (2007).Hiking. Capstone Press.ISBN 0736809163.line feed character in|first= at position 8 (bantuan)
  4. ^Mueser, Roland (1997).Long-Distance Hiking: Lessons from the Appalachian Trail. McGraw-Hill.ISBN 0070444587.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
CariMendaki dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
Jenis
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mendaki&oldid=5817509"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp