Menachem Wolfovich Beginⓘ (16 Ogos1913 –9 Mac1992) (bahasa Ibrani:מְנַחֵם בְּגִין) ialah seorangYahudi-Poland yang merupakan ketuaIrgun, sebuah kumpulan bawah tanahZionisme, serta pemenangHadiah Nobel Keamanan danPerdana Menteri IsraelParti Likud yang pertama.
Walaupun dihormati oleh banyak orang Israel, warisan Begin masih menimbulkan banyak perbalahan dan pecah belah. Sebagai ketua kumpulanIrgun, beliau memainkan peranan yang utama dalam pemberontakanYahudi terhadapMandat Palestin British dan oleh itu, telah dianggap sebagai pengganas oleh pihak British. Perbuatan-perbuatannya amat dikesali oleh pimpinan Zionisme aliran utama dan akhirnya mengakibatkan beliau diketepikan. Mengalami lapan kekalahan berturut-turut pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi perdana menteri, Begin mula mewakili para penentang terhadap kerajaan yang diketuai oleh PartiMapaiYahudi Ashkenazi. Kemenangannya dalam pilihan raya pada tahun1977 bukan sahaja mengakhiri tiga dekad hegemoni politikParti Buruh, tetapi juga melambangkan penjajaran semula sosial yang baru, dengan komuniti-komuniti yang sehingga ini diketepikan diberikan pengakuan umum. Bagaimanapun, setakat mana perubahan perlambangan ini telah dijadikan dasar kerajaannya masih amat dipertikaikan.
Walaupun Begin memantapkan kedudukannya sebagai seorang ahli ideologi konservatif yang membara, pencapaian utamanya yang pertama sebagai Perdana Menteri adalah untuk merundingkanPersetujuan Kem David dengan PresidenAnwar Sadat dariMesir pada tahun1978. Dalam perjanjian itu, beliau bersetuju untuk mengundurkan semua askarPasukan Pertahanan Israel dariSemenanjung Sinai dan mengembalikannya kepada Mesir. Walaupun demikian, pada tahun-tahun berikut, khususnya semasa penggal keduanya sebagai Perdana Menteri sejak tahun1981, kerajaan Begin mula menuntut semula agendanasionalisme dan menggalakkan perluasan petempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan Israel. Sebagai balasan terhadap serangan-serangan dari utara, beliau memberikan kebenaran untuk sebuah serangan terhad masuk keLebanon selatan pada tahun1982 yang dengan cepatnya bertambah buruk menjadi sebuahperang penuh. Ketika penglibatan tentera Israel semakin mendalam, Begin semakin menjadi murung dan berat mulut, akibat ketidakupayaan mengawal operasi ketenteraannya di Lebanon serta ketakstabilan ekonomi yang beransur-ansur merosot terus-menerus menjadihiperinflasi. Tekanan awam yang ditambah buruk lagi oleh kematian isterinya, Aliza, pada November 1982, menambah lagi penarikan diri daripada kehidupan awam sehingga peletakan jawatannya pada September1983.
- Ze'ev Schiff dan Ehud Ya'ari,Israel's Lebanon War, Touchstone, 1985
- Ilan Peleg,Begin’s foreign policy, 1977-1983 : Israel’s move to the right, Percetakan Greenwood, 1987
- Colin Shindler,The Land Beyond Promise : Israel, Likud and the Zionist Dream, I.B.Tauris, 2002
- Eric Silver,Begin: A biography, Weidenfeld & Nicolson, 1984
- Sasson Sofer,Begin: An anatomy of leadership, Basil Blackwell, 1988
{{Military navigation|raw_name = Cold War figures|title = Tokoh Perang Dingin|style = wide|state = collapsed|below =Garis masa peristiwa ·Portal ·Kategori
|group1 =Amerika Syarikat|list1 =Harry S. Truman ·George Marshall (Setiausaha Negara) ·Joseph McCarthy (Senator Republikan) ·Dwight D. Eisenhower ·John F. Kennedy ·Robert F. Kennedy ·Lyndon B. Johnson ·Richard Nixon ·Henry Kissinger (Setiausaha Negara) ·Gerald Ford ·Jimmy Carter ·Ronald Reagan ·George H. W. Bush
|group2 =Kesatuan Soviet|list2 =Joseph Stalin ·Nikita Khrushchev ·Leonid Brezhnev ·Yuri Andropov ·Konstantin Chernenko ·Mikhail Gorbachev ·Boris Yeltsin ·Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) ·Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)
|group3 =United Kingdom|list3 =Winston Churchill ·Clement Attlee ·Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) ·Harold Macmillan ·Harold Wilson ·Margaret Thatcher
|group4 =Jerman Barat|list4 =Konrad Adenauer ·Walter Hallstein ·Willy Brandt ·Helmut Schmidt ·Helmut Kohl
|group5 =Republik Rakyat China|list5 =Mao Zedong ·Zhou Enlai (Premier) ·Hua Guofeng ·Deng Xiaoping ·Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
|group6 =Perancis|list6 =Charles de Gaulle ·Alain Poher ·Georges Pompidou ·Valéry Giscard d'Estaing ·François Mitterrand
|group7 =Itali|list7 =Alcide De Gasperi ·Palmiro Togliatti ·Giulio Andreotti ·Aldo Moro ·Enrico Berlinguer ·Francesco Cossiga ·Bettino Craxi
|group8 =Republik Rakyat Poland|list8 =Bolesław Bierut ·Władysław Gomułka ·Edward Gierek ·Wojciech Jaruzelski ·Paus Ioannes Paulus II ·Lech Wałęsa
|group9 =Eropah Timur|list9 =Enver Hoxha (Albania) ·Josip Broz Tito (Yugoslavia) ·Imre Nagy (Hungary) ·Nicolae Ceaușescu (Romania) ·Alexander Dubček (Czechoslovakia) ·Walter Ulbricht ·Erich Honecker (Jerman Timur)
|group10 =Timur Jauh|list10 =Chiang Kai-shek ·Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) ·Syngman Rhee ·Park Chung-hee (Korea Selatan) ·Kim Il-sung (Korea Utara) ·Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) ·Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) ·Pol Pot (Kemboja) ·U Nu ·Ne Win (Burma) ·Indira Gandhi ·Jawaharlal Nehru (India) ·Sukarno ·Suharto ·Mohammad Hatta ·Adam Malik (Indonesia) ·Nur Misuari ·Jose Maria Sison ·Ferdinand Marcos ·Imelda Marcos (Filipina)
|group11 =Kanada|list11 =William Lyon Mackenzie King ·Louis St. Laurent ·John Diefenbaker ·Lester Pearson ·Pierre Trudeau ·Joe Clark ·John Turner ·Brian Mulroney ·Kim Campbell
|group12 =Amerika Latin|list12 =Fulgencio Batista ·Fidel Castro ·Raúl Castro (Cuba) ·Che Guevara (Argentina/Cuba) ·Daniel Ortega (Nicaragua) ·Salvador Allende ·Augusto Pinochet (Chile) ·João Goulart (Brazil)
|group13 =Timur Tengah|list13 =Mohammad Reza Pahlavi ·Ayatollah Khomeini (Iran) ·Saddam Hussein (Iraq) ·Gamal Abdel Nasser ·Anwar El Sadat (Mesir) ·Muammar al-Gaddafi (Libya) ·Menachem Begin (Israel)
|group14 =Afrika|list14 =Patrice Lumumba ·Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) ·Kwame Nkrumah (Ghana) ·Idi Amin (Uganda) ·Agostinho Neto ·José Eduardo dos Santos ·Jonas Savimbi (Angola) ·Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)
|group15 =Malaysia|list15 =Tunku Abdul Rahman ·Mahathir Mohamad</noinclude>