Dari atas ke bawah:Memory Stick PRO,Memory Stick PRO Duo,Memory Stick Micro (M2) | |
| Jenis media | Kad ingatan kilat |
|---|---|
| Dibangunkan oleh | Sony |
| Diperluas kepada | Memory Stick PRO,Memory Stick Duo,Memory Stick Micro |
Memory Stick ialah format kad ingatan kilat mudah alih, mula dilancarkan olehSony pada lewat tahun1998[1]. Di samping produk asalMemory Stick, terdapat juga beberapa produk lain sepertiMemory Stick PRO iaitu produk kemaskini yang menawarkan saiz storan yang lebih besar dan kadar pemindahan fail yang lebih pantas;Memory Stick Duo, versiMemory Stick yang memiliki kerangka yang lebih kecil (termasuklahPRO Duo);Memory Stick Micro (M2) yang menawarkan saiz kerangka lebih kecil berbandingMemory Stick Duo dan jugaMemory Stick PRO-HG yang merupakan varian kepadaPRO bagi kegunaanvideo berdefinisi tinggi dan kamera pegun[2].
Disebabkan hak cipta format ini dipatenkan Sony, Sony menggunakanMemory Stick secara eksklusif kepada produk-produk yang dikeluarkan sekitar tahun 2000-an seperti kamera digitalCyber-shot, kamkoder digitalHandycam, telefon mudah alihSony Ericsson, televisyen di bawah jenamaWEGA danBRAVIA, komputerVAIO, pemain audio digital dan konsol permainan video mudah alihPlayStation Portable. Format ini juga pernah dilesenkan kepada beberapa syarikat di waktu awal pelancarannya[1].
Dengan popularitiSecure Digital (SD) yang semakin meningkat sekitar tahun2010, Sony mula menawarkan komponen SD dalam produk-produknya, menandakan berakhirnya "perang format" Sony dalam pasaran memori kad serta menamatkan pembangunan berterusan terhadap format ini[3]. Walaupun begitu, Sony masih lagi menyokong penggunaanMemory Stick dalam beberapa produk barunya dengan penggunaan penyesuai[4].
Memory Stick asal, yang dilancarkan pada bulan Oktober1998[5], hanya ditawarkan dengan kapasiti bermula daripada 4 MB sehingga 128 MB[6].
Pada bulan Oktober1999, Sony melesenkan teknologi ini kepada syarikatFujitsu,Aiwa,Sanyo,Sharp,Pioneer danKenwood, bagi mengelakkan situasi kegagalan formatBetamax berulang[7]. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat yang memiliki lesenMemory Stick adalah seperti produk pemain MP3 Sharp, pemain hiburan dalam keretaAlphine dan pencetakEpson. Pada22 September1999, Sony mengumumkan produkMemory Stick yang dilengkapi dengan teknologi perlindungan hak cipta, "MagicGate" yang mula dipasarkan untuk pasaran diJepun bermula Disember[8]. Di hari yang sama juga, Sony mengumumkan produk terbaru mereka, pemain audioWalkman menggunakan storanMemory Stick yang dilengkapi dengan "MagicGate", dengan perancangan asal untuk memasarkan sebanyak 20,000 unit setiap bulan bagi pasaran Jepun[9].
Di awal pelancaran, format ini menerima reaksi yang agak suram, namun popularitinya meningkat lebih-lebih lagi selepas penawaran perlesenan kepada syarikat lain. Memasuki musim bunga tahun2001, pasaranMemory Stick memegang sebanyak 25% pegangan (berbandingCompactFlash sebanyak 40% danSmartMedia sebanyak 32%), meningkat sebanyak 7% berbanding tahun sebelumnya. Pada bulan Mei 2001, jumlah pengeluaran unitMemory Stick mencecah 10 juta unit.
Namun begitu, populariti kad SD, yang dibangunkan bersamaToshiba,Panasonic danSanDisk mula meningkat, kemudian melopori pegangan pasaran untuk kad ingatan - memegang sebanyak 42% pasaran diAmerika Syarikat, berbandingCompactFlash sebanyak 26% danMemory Stick sebanyak 16%[10]. Ramai mengkritik formatMemory Stick ini yang dianggap mahal[7][11] berbanding format-format lain. Pada bulan Januari 2009, Sony mengumumkan kerjasama dengan SanDisk bagi membangunkan storanMemory Stick sehingga sebesar 2 TB[12].
Setakat Januari 2010[5], Sony mula menyokong penggunaan kad SD/SDHC di sampingMemory Stick dalam produk keluarannya. Kesemuakamera digital dan kamkoder yang diumumkan Sony dalam acara Pertunjukkan Elektronik Kepenggunaan 2010 (CES 2010) menggunakan kad SD/SDHC sertaMemory Stick[13][14]. Sony kemudian dilaporkan mengeluarkan produk untuk pasaran kad SD[15]. Ramai menganggap perkara ini bakal memuktamadkan "perang format" di antaraMemory Stick dan kad SD. Namun begitu, Sony tidak terus mengabaikan format ini dan menyatakan bahawa mereka akan menyokong pembangunan format ini untuk masa akan datang[16].
Pada tahun2019, Sony mengumumkan produk terbaru iaitu kamera panel kanta boleh tukarα7R IV yang tidak lagi menyokong penggunaanMemory Stick buat pertama kali, sebaliknya menyediakan sambungan kad ingatan SDXC berganda[17].

Kad ingatanMemory Stick versi asal mula diperkenalkan pada bulan Julai1998. SaizMemory Stick versi asal berukuran 21.5 mm x 50 mm x 2.8 mm (panjang x lebar x tinggi)[1], atau memiliki dimensi yang lebih kurang sama dengan sekepinggula-gula getah. Pada awalnya, ia diperkenalkan dalam dua kapasiti; 4 MB yang menggunakan nombor model MSA-4A dan 8 MB yang menggunakan nombor model MSA-8A[1]. Sony juga memperkenalkan kit untuk kegunaan komputer di mana pengguna juga akan diberiMemory Stick bersaiz 4 MB secara percuma[1].
Pada bulan November1999, Sony memperkenalkan kad ingatanMemory Stick yang dilengkapi dengan teknologi perlindungan hak cipta yang dikenali dengan nama "MagicGate". Teknologi "MagicGate" terdiri daripada dua ciri iaitu pengesahihan dan penyulitan di mana proses pengesahihan memastikan kandungan yang dilindungi hanya boleh dipindahkan kepada alatan elektronik yang dipatuhi manakala proses penyulitan pula memastikan pemindahan data berlaku dalam keadaan sulit[8]. Dua kapasiti ditawarkan bagi kad ingatanMemory Stick dengan ciri "MagicGate" iaitu 32 MB dengan nombor model MSG-32A dan 64 MB dengan nombor model MSG-64A[8].

Memory Stick asal hanya ditawarkan sehingga bersaiz 128 MB oleh kerana teknologi yang terhad pada ketika itu[18]. Sebagai respon kepada permasalahan ini, Sony mengumumkan produkMemory Stick Select semasa dalam acara Ekspo Elektronik Kepenggunaan (CES 2003) pada bulan Januari2003[19].Memory Stick Select mengandungi dua pemetakan bersaiz 128 MB di mana pengguna boleh menukar di antara dua pemetakan ini menggunakan suis kawalan yang terdapat pada kad ini[19]. Hasilnya, kapasiti produk ini dipasarkan melebihi 128 MB, walaupun pengguna tidak boleh menggunakan kedua-dua pemetakan dalam masa yang sama.
Namun begitu, produk ini tidak mendapat sambutan yang hangat, kerana proses penggunaan yang agak kompleks, di mana pengguna perlu menggunakan dua storan yang berasingan dalam 1 unit yang sama[18].
Produk kad ingatanMemory Stick PRO mula diperkenalkan pada10 Januari2003 melalui hasil bentuk kerjasama di antaraSony danSanDisk bagi penawaran kapasiti storan yang lebih besar selain memenuhi permintaan bagi kegunaan rakamanvideo berdefinisi tinggi[20]. Kebanyakkan alatan yang menggunakanMemory Stick asal berupaya menyokong produk PRO di samping produk asalnya. Beberapa alatan pembaca yang tidak berupaya menyokong PRO boleh dinaik taraf melalui kemaskini perisian[20]. Melalui kerjasama ini juga, SanDisk diberikan hak bagi pengeluaran kad ingatan di bawah produkMemory Stick PRO menggunakan jenama SanDisk[21].
Secara teorinya, kapasitiMemory Stick PRO mampu ditingkatkan sehingga 32 GB dengan kadar permindahan data dianggarkan sebanyak 160Mbps[22], serta menggunakan teknologi perlindungan hak cipta "MagicGate"[22]. Pada bulan Januari 2004, SanDisk memperkenalkan produkMemory Stick PRO dengan kapasiti 2 GB yang mula dipasarkan pada bulan Februari berikutnya[23]. Saiz kerangka produk PRO ini memiliki dimensi yang sama dengan produk asalMemory Stick[21].
Pada8 Januari2009,Sony mengumumkan pembangunan dalam mempertingkatkan penawaran kapasiti storan yang lebih besar pada produkMemory Stick PRO, hasil daripada kerjasama yang telah dimeterai bersama syarikat SanDisk[24]. Melalui bentuk kerjasama ini, maksimum kapasiti storan bagi produk PRO ini bakal dipertingkatkan sehingga 2 TB berbanding 32 GB sebelumnya[24].
Memory Stick Duo mula diperkenalkan pada bulan Julai 2002[25] bagi memenuhi keperluan saiz kerangka kad ingatan kilat yang lebih kecil yang digunakan untuk alatan bersaiz poket seperti kamera digital, telefon bimbit dan konsolPlayStation Portable[26] (kemudiang menyokong penggunaan produk PRO Duo). Berbanding kad ingatan kilat SD, produk di bawah Duo memiliki saiz kerangka yang lebih kecil, atau lebih kurang dua pertiga saiz versi asalMemory Stick, namun dipasarkan dengan harga yang agak tinggi.
Memory Stick Duo memiliki ciri-ciri lain yang lebih kurang sama dengan produkMemory Stick yang lain, selain daripada penawaran teknologi "MagicGate" dan ciri permindahan pantas. Di awal pengumuman mengenai produk ini, ianya ditawarkan hanya dengan kapasiti 16 MB yang bakal dipasarkan bermula pada bulan Julai 2002[25].Memory Stick Duo juga dipasarkan di bawah jenama SanDisk sebagai sebahagian daripada jalinan kerjasama yang dimeterai pada bulan Januari 2003[27].

Hasil kerjasama di antara Sony danSanDisk membolehkan SanDisk mengeluarkan produkMemory Stick di bawah jenama SanDisk. Di antara produk yang dikeluarkan mereka ialahMemory Stick PRO danMemory Stick PRO Duo. Kedua-dua produk ini menawarkan ciri berprestasi tinggi dan kapasiti yang lebih besar. Saiz kerangka luarMemory Stick PRO Duo lebih kecil berbanding PRO serta ditawarkan melalui kapasiti storan bersaiz 256 MB dan 512 MB di awal pengumuman[28]. Selain itu, produkMemory Stick PRO Duo ini dipasarkan dengan menggunakan warna biru muda pada kerangka luar bagi membezakan ianya adalah produk yang dikeluarkan SanDisk[28].
Pada9 Januari2004, SanDisk mengumumkan penawaran produkMemory Stick PRO Duo berkapasiti 1 GB, yang dipasarkan bersama PRO Duo bersaiz 128 MB, 256 MB dan 512 MB[29]. Pada bulan Julai 2006, Sony mengumumkanMemory Stick PRO Duo dengan kapasiti 1 GB, 2 GB dan 4 GB menerusi dua varian; varian biasa atauPro DUO High Speed iaitu varian berprestasi tinggi[30]. Penawaran kapasiti yang lebih besar adalah bagi memenuhi keperluan storan yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit danPDA[29].
Semasa dalam acara Ekspo Elektronik Kepenggunaan (CES 2008), Sony memperkenalkanMemory Stick PRO Duo yang berkapasiti 16 GB[31]. Sony menyatakan bahawa saiz storan yang besar ini boleh digunakan dalam produk kamkoder baruHandycam yang menyimpan fail menggunakan storan keras atau cakera optik dan bergantung kepada teknologi pemampatan data AVCHD, selain mampu merakam selama 110 minit untuk video berdefinisi tinggi penuh[31].

ProdukMemory Stick Micro (singkatan:M2) dikeluarkan hasil daripada bentuk kerjasama yang telah dimeterai di antaraSony dan SanDisk pada6 Februari2006. Produk M2 ini berukuran 15 × 12.5 × 1.2 mm (kira-kira satu perempat daripada saiz produkDuo) dengan ketebalan 1.2 mm[32] dan dipasarkan dengan kapasiti sebanyak 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8 GB, dan 16 GB. Produk ini mampu mencapai kapasiti maksimum sebanyak 32 GB dan kadar permindahan data maksimum sebanyak 160 Mbit/s[33].
Produk M2 ini dipasarkan bersama penyesuai, sepertiDuo, bagi membolehkan ianya dipasang pada alatan yang memiliki slot sambungan PRO. Namun begitu, tidak semua alatan yang memiliki slot sambungan PRO berupaya membaca kandungan di dalam M2, kerana perisian tegar yang dipasang pada alatan yang lama tidak menyokong produk M2 yang berkapasiti besar. Salah satu contoh alatan yang tidak menyokong kapasiti M2 yang lebih besar ialahPDA Sony CLIÉ yang tidak menyokong kad M2 berkapasiti lebih daripada 2 GB[34].
Seperti produk PRO, Sony mengumumkan pembangunan dalam mempertingkatkan penawaran kapasiti storan yang lebih besar pada produk Memory Stick M2 ini, hasil daripada kerjasama yang telah dimeterai bersama syarikat SanDisk[24]. Melalui bentuk kerjasama ini, maksimum kapasiti storan bagi produk M2 bakal dipertingkatkan sehingga 2 TB berbanding 32 GB sebelumnya[35]. Kad yang bakal dipasarkan di bawah M2 versi baru ini dikenali dengan namaMemory Stick HG Micro[24].

Kad ingatanMemory Stick PRO-HG Duo menawarkan kadar pemindahan data yang lebih pantas berbanding produk di bawahPRO Duo. Sony mengumumkan pengeluaran kad ingatan ini pada29 Mei2007, serentak dengan pengumuman produk baru kamkorderHandycam HDR-CX7 yang membolehkan rakaman video berdefinisi tinggi dibuat dan disimpan terus ke dalamMemory Stick[36]. Menurut Sony, video berdurasi 1 jam yang dirakam menggunakan kamkorder ini yang bersaiz lebih kurang 3.6 GB mampu dipindahkan ke komputer dalam masa 2 minit[36]. Ianya ditawarkan dengan kapasiti 1 GB sehingga 4 GB. Kadar permindahan data juga dianggarkan setinggi 30 MB/s dan apabila menggunakan pembaca kad yang bersesuaian, fungsi kad ingatan ini boleh digunakan bagi kegunaan ciriReadyBoost yang terdapat dalam sistem operasiWindows Vista[37].
Pada tahun2008 pula, Sony mengumumkan kad ingatanMemory Stick PRO-HG Duo HX bagi kegunaan kameraDSLR, kamera padat berpiksel tinggi dan kamkorder berdefinisi tinggi[38]. Ianya ditawarkan dengan kapasiti sebanyak 4 GB dan 8 GB, menawarkan kadar bacaan data setinggi 20 MB/s atau 15 MB/s bagi kadar salinan data.
Pada tahun2011 pula, Sony mengeluarkan kad ingatanMemory Stick PRO-HG Duo HX yang dikatakan lebih pantas berbanding produk terdahulu. Ditawarkan dengan kapasiti 8 GB, 16 GB dan 32 GB, kad ini mampu mencapai kadar permindahan data setinggi 50 MB/s dan ianya menggunakan teknologiHX Engine bagi membolehkan kadar permindahan data yang lebih tinggi serta stabil[39].
| Varian produk | Dimensi (Panjang × Lebar × Tebal) | Kadar maksimum pemindahan data | Kapasiti | Tahun dikeluarkan |
|---|---|---|---|---|
| Memory Stick | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 4 MB, 8 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB | 1999 | |
| Memory Stick Duo | 31.0 mm × 20.0 mm × 1.6 mm | 20 MB/s | 16 MB, 32 MB, 64 MB, 128 MB | 2002 |
| Memory Stick Select | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 256 MB (128 MB × 2) | 2003 | |
| Memory Stick PRO | 50.0 mm × 21.5 mm × 2.8 mm | 1.8 MB/s | 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB | 2003 |
| Memory Stick PRO Duo | 31.0 mm × 20.0 mm × 1.6 mm | 20 MB/s | 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8GB, 16 GB | 2004 |
| Memory Stick Micro | 15 mm × 12.5 mm × 1.2 mm | 20 MB/s[33] | 64 MB, 128 MB, 256 MB, 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB, 8 GB, 16 GB | 2006 |
| Memory Stick PRO-HG Duo | 31 mm × 20 mm × 1.6 mm | 30 MB/s | ||
| Memory Stick PRO-HG Duo HX (versi 2008) | 31 mm × 20 mm × 1.6 mm[40] | 30 MB/s | 4 GB, 8 GB | 2008 |
| Memory Stick PRO-HG Duo HX (versi 2011) | 31 mm × 20 mm × 1.6 mm | 50 MB/s[41] | 8 GB, 16 GB, 32 GB | 2011 |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Memory Stick. |
| Kad ingatan |
|---|
| CompactFlash (CF) |Microdrive (MD) |JEIDA |Memory Stick (MS/MS-PRO) |miCard |MultiMediaCard (MMC) |PC Card |SmartMedia (SM) |Secure Digital (SD) |SxS |xD-Picture |USB Perbandingan antara kad ingatan | Perbandingan keluarga SD Card/MultiMediaCard |