Melbourne (bahasa Boonwurrung/bahasa Woiwurrung:Narrm atauNaarm)[1][2][3][4][5]) ialahibu negeri dan bandar raya terbesar di wilayahVictoria, dan bandar raya kedua terbesarAustralia (selepasSydney), dengan penduduk seramai 3,600,650 di kawasan metropolitan Melbourne (Jun 2004) dan 61,670 diCity of Melbourne (yang merangkumi kawasan pusat bandar raya sahaja).Motto bandar raya ini ialah "Vires acquirit eundo" yang bermaksud "kami semakin kuat sewaktu mara kehadapan". Melbourne pernah menjadi ibukota Australia antara 1901 dan 1927.
Melbourne telah dua kali diletakkan di tempat pertama dalam satu kajian olehThe Economist tentangBandar Raya Paling Sesuai Didiami di Dunia atas dasar sifat-sifat kebudayaan, iklim, kos sara hidup, dan keadaan sosial; sekali pada 2002 [1], dan sekali lagi dalam tahun 2004. Utne Reader dari Amerika Syarikat pernah membuat pernyataan "Melbourne menambah satu tradisi yang lama yang menjadi kebanggaan sivik, masyarakat pendatang baru dari seluruh dunia, dan makanan terbaik di Australia, dan anda dapat menjumpai satu resipi di mana ramai yang mendakwa Melbourne adalah bandar raya paling hip dalam Hemisfera Selatan" (Nov/Dis 2001).
Melbourne adalah tuan rumah untuk sukan-sukan terkemuka Australia, seperti: Karnival Larian Musim Bunga Melbourne (termasukPiala Melbourne), PerlumbaanFormula One Grand Prix Australia, Tenis Terbuka Australia dan pusingan akhir AFL. Melbourne julung-julung kalinya menghoskan Sukan Olimpik di hemisfera selatan dalam 1956, dan kemudiannyaSukan Komanwel pada tahun 2006.
Melbourne terletak dalam sudut dari tenggara tanah besar Australia, dan adalah ibu kota paling selatan di tanah besar. Ia dibina di kuala aliran lavaQuaternary ke barat, batu lumpurSilurian ke timur dan pengumpulan pasirHolocene ke tenggara sepanjangPort Phillip, suburbianya berselerak ke timur, sepanjangSungai Yarra sehingga keYarra danDandenong Ranges, tenggara ke mulut teluk, dan kemudian keSungai Maribyrnong dan bercabang ke barat dan utara ke kawasan pertanian. Central Business District, atau kawasan pusat perniagaan(bandar raya asal) adalah ditetapkan dengan menggunakan Hoddle Grid yang terkenal iaitu kawasan sebesar satu batu kali setengah batu.
Stesen Tren Flinders Street, stesen kereta api utama
Melbourne adalah bandar raya Australia yang di dibina dengan idea yang berdasarkan bandar yang mempunyai "rumah dan taman hanya bersuku ekar". Oleh itu, banyak daripadametropolitan Melbourne adalah disifatkan dengan ketumpatan penduduk yang rendah.
Tambahan pula, peruntukan bagitren dantrem yang meluas yang dibekalkan pada tahun-tahun pembangunan terdahulu merangsangkanpembangunan ketumpatan rendah ini untuk berlaku dalam baris-baris radial mengikuti koridor-koridorpengangkutan. Hasilnya adalah Melbourne hari ini yang merupakan antara bandaraya terbesar di dunia dari segi saiz fizikal atautapak bandar.
Pengangkutan umum di Melbourne disediakan oleh tren, trem, dan bas. Sistem Pengangkutan berintegrasi dalam jaringan Metlink dengan sistem bayaran sepadu yang dapat digunakan untuk ketiga-tiga sistem tersebut. Bayaran untuk pengangkutan adalah mengunakan sistem kad sentuhmyki PT Public transport Victoria yang merangkumi 3 zon. (Zon 1 - Percuma untuk perjalanan dalam CBD dan sekitar, Zon 2 dan Zon 3 di kawasan luaran metropolitan.
Melbourne memiliki beberapa lapangan terbang. Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne (atau dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Tullamarine kerana terletak di dalam daerah Tullamarine) adalah lapangan terbesar di Melbourne. Lapangan terbang ini digunakan oleh penerbangan-penerbangan utama seperti Qantas Airways, Virgin Blue Airways, Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Emirates Airlines, dan sebagainya.
Lapangan terbang yang lain adalah Lapangan Terbang Avalon yang terletak antara Melbourne dan Geelong. Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai lapangan terbang tambang rendah Melbourne kerana ketika ini hanya Jetstar Airways yang terkenal dengan penerbangan tambang rendahnya beroperasi di sini.
Melbourne memiliki jaringan lebuh raya yang sangat luas menghubungi bandar-bandar sekitar Melbourne. Misalnya, Hume Highway menghubung Sydney dan Melbourne. Untuk ke Adelaide pula, tersedia Princes Highway.
Pengangkutan awam di Melbourne disediakan oleh tren, trem, dan bas. Sistem pengangkutan berintegrasi dalam jaringan Metlink dengan sistem bayaran sepadu yang dapat digunakan untuk ketiga-tiga sistem tersebut. Bayaran untuk pengangkutan menggunakan kaedah kad sentuhmyki PT Public transport Victoria merangkumi 3 zon. (Zon 1 - pusat bandar raya (CBD) dan sekitar, Zon 2 dan Zon 3 di kawasan luaran metropolitan)
Tren
Melbourne trem di Southbank
Sistem tren di Melbourne dimiliki oleh Syarikat Connex. Stesen utama tren Melbourne adalah Stesen Flinders Street untuk tren intrabandar manakala Stesen Southern Cross pula untuk tren-tren antarabandar. Tren-tren ke sekitar kawasan Melbourne disediakan oleh V-Line, manakala tren untuk ke tempat yang lebih jauh seperti Adelaide dan Sydney disediakan oleh sistem-sistem lain yang telah dipersetujui.
Trem
Sistem trem di Melbourne dimiliki oleh Syarikat YarraTrams. Trem adalah antara pengangkutan yang sangat digemari oleh warga Melbourne kerana ia menghubungi tempat-tempat menarik seperti di dalam CBD, Docklands, Restoran-restoran Lygon Street, Universiti Melbourne,Pantai St Kilda, dan sejauh Box Hill (yang terletak di dalam Zon 2).
Bas
Bas melengkapkan sistem pengangkutan di Melbourne. Ia disediakan oleh beberapa syarikat bas yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga laluan-laluan tertentu.
Sarang Penguin dapat dilihat St Kilda Pier di Pantai St. KildaPemandangan Bandar Melbourne dapat dinikmati dari bangunan Eureka Tower iniPemandangan melalui Eureka Tower
^Clark, Ian D. (2002).Dictionary of Aboriginal placenames of Melbourne and Central Victoria. Melbourne: Victorian Aboriginal Corp. for Languages. m/s. 62.ISBN0957936052.