Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Pulau Cocos (Keeling),Pulau Christmas,Perth,Broome,Sydney,Melbourne,Brisbane[perlu rujukan] | |
Bahasa | |
Inggeris Australia,Melayu,Indonesia | |
Agama | |
KebanyakannyaIslam, dengan minorititidak beragama | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu,Melayu Cocos,Melayu Pulau Christmas |
Orang Melayu Australia adalah seorang wargaAustralia berketurunanMelayu. Mereka adalah sebahagian dari diaspora Melayu (atauMelayu Perantau). Kebanyakan Melayu Australia dipercayai tinggal diPulau Christmas danKepulauan Cocos (Keeling) di Australia.[perlu rujukan]Seperti yang ditunjukkan dalam budayaMelayu Cocos, orang Melayu di Australia berasal dari kepulauan Indonesia dan Malaysia serta beragama Islam. Oleh itu, boleh dikatakan walaupun berbeza keturunannya, namun mereka disatukan sebagai satu etnik Melayu melalui asimilasi kebudayaan dan keagamaan mereka.Buruh kasar Melayu dibawa masuk ke Australia terutamanya untuk mengusahakan pertaniankopra,tebu, penuaianmutiara dantrepang. Di Kepulauan Cocos khususnya, orang Melayu mual-mulanya dibawa masuk dandiperhambakan olehAlexander Hare pada tahun 1826, tetapi kemudian diupah sebagai pemetik kelapa untuk penghasilan kopra. Bagaimanapun, tiadanya fakta sejarah yang membuktikan apa-apa penempatan Melayu di tanah besar Australia dan pantai timur sehinggalah akhir abad ke-19, di mana mereka bukan sahaja mengusahakan industri trepang atau mutiara, bahkan juga penanaman tebu.
DiAustralia Barat danWilayah Utara,penyelam mutiara Melayu diupah melalui perjanjian bersama Belanda. Pada tahun 1875, di Australia Barat sahaja terdapat seramai 1,800 penyelam mutiara yang bertugas. Ramai di kalangan mereka pulang ke tanah air setelah luputnya kontrak mereka.
Penghijrah Melayu ke Australia masa kini berasal terutamanya dari Malaysia dan Singapura, sebagai penuntut, ilmuwan dan pakar. Mereka telah menubuhkan pertubuhan kebudayaan di Australia, misalnyaMalay Australian Association of New South Wales.