Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Monorel Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMelaka Monorail)
Monorel Melaka
مونوريل ملاك
Monorel Melaka pada tahun 2010.
Umum
Nama lainMonorail Themepark & Studios (MTS)
JenisMonorel lingkaran persiaran dan pelancongan
SistemMonorel
StatusDigantung operasi[1]
LokasiBandaraya Melaka
Stesen3
Operasi
Dibuka21 Oktober 2010[4]
4 Disember 2017[5]
Ditutup3 Disember 2011 (kali pertama)[2]
Mac 2020 (kali kedua)[3]
PemilikMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah
PengendaliMenara Taming Sari Sdn Bhd (2010-2013)[4]
Monorail Theme Park & Studios Sdn Bhd (2017-2021)[6]
CiriBertingkat
Teknikal
Panjang landasan2.9 kilometer (1.8 bt)
Bilangan landasan1
Ketinggian tertinggi7 meter
Peta laluan

perkhidmatan digantung sejak Mac 2020

Sungai Melaka
Tun Ali
Hang Jebat
Hang Tuah
Gerabak monorel Melaka

Monorel Melaka merupakan satu perkhidmatanmonorel jenis 'straddle-beam' yang terletak diBandaraya Melaka,Melaka. Pada asalnya, sistem ini dibina sebagai salah satu tarikan pelancong dan bukannya sebagai sistempengangkutan awam. Sejak tahun 2020, sistem ini tidak lagi beroperasi.[3]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Pembinaan Awal

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 2008,Ketua Menteri Melaka pada masa itu,Datuk SeriMohd Ali Rustam telah menyampaikan hasratKerajaan Negeri Melaka menarik 6.8 juta pelancong untuk melawat negeri tersebut. Salah satu cara merealisasikan hasrat tersebut adalah melalui pembinaan sebuahmonorel yang bersifat seperti sebahagian daripada taman permainan alaDisneyland dan bakal menjadi mercu tanda unikMelaka.[7]

Jajaran awal monorel ini adalah sepanjang 1.6 kilometer (0.99 bt) dan melalui bahagian pesisiranSungai Melaka serta mengandungi dua stesen iaituStesen Hang Jebat diTaman Rempah danStesen Hang Tuah diKampung Bunga Raya Pantai. Semasa fasa perbincangan, kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM28 juta tetapi kemudian dikurangkan kepada RM15.9 juta. Kapasiti gerabak monorel ini turut dikurangkan daripada 88 orang kepada 22 orang.[7] Bagi memastikan kelancaran proses pembinaan monorel ini,Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melakukan perjanjian usaha sama denganKumpulan Melaka Bhd dan Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd.[8] Bulan Mei 2008 menyaksikan bermulanya pembinaan monorel ini yang seterusnya disiapkan dan dilancarkan olehKetua Menteri Melaka pada malam 20 Oktober 2010 serta dibuka kepada orang awam pada keesokan hari.[4][9]

Namun demikian, monorel ini mengalami gangguan sistem beberapa jam selepas pembukaan yang menyebabkan sebuah gerabak monorel terhenti di pretengahan laluan dan memerangkap sebanyak 20 penumpang.[8] Monorel ini masih menjalankan operasi walaupun menghadapi gangguan sebanyak 27 kali dan beberapa penggantungan operasi sementara sepanjang setahun pengoperasian.[10]

Pembinaan Fasa Kedua

[sunting |sunting sumber]

Semasa hari perasmian pembukaan Monorel Melaka,Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia telah meluluskan pembinaan fasa kedua monorel ini yang bernilai RM13.2 juta dan menghubungkanJalan Tun Ali yang bakal membentuk sebuah jajaran lingkaran sepanjang 2.9 kilometer (1.8 bt).[9] Proses pembinaan bermula pada Disember 2011.[10]

Fasa kedua projek monorel ini mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpanganJalan Tun Ali danJalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan olehSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah penambahan pintu bantuan kecemasan di gerabak serta penyediaan laluan antara gerabak, pusat kawalan trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.[10]

Kelewatan Pembukaan

[sunting |sunting sumber]

Kelewatan pembinaan fasa kedua menyebabkan monorel ini tidak dapat dibuka kepada orang awam. Namun begitu, monorel ini dilihat bergerak pada waktu malam berkemungkinan bagi melakukan proses pengujian ke atas sistem tersebut. Pada 4 Disember 2017, monorel ini akhirnya memulakan operasi[6] dan telah digunakan oleh lebih 17,000 pengunjung sepanjang 2 bulan pengoperasian[11]. Malangnya, monorel ini masih mengalami masalah yang sama apabila sebuah gerabak monorel terhenti di tengah-tengah landasan pada 2 Mei 2019.[12]

Penghentian Operasi dan Insiden yang Berlarutan

[sunting |sunting sumber]

Monorel ini berhenti beroperasi sepanjangPerintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020, tetapi syarikat pengendali tidak dapat memulakan semula operasi monorel ini kerana kekangan kewangan dan bilangan pengunjung yang rendah.[3] Situasi ini turut menjadi lebih rumit apabila syraikat tersebut ditamatkan kontrak mengoperasi monorel ini disebabkan melanggar terma dan syarat perjanjian yang dimeterai pada 23 Ogos 2018.[1] Disebabkan itu,Kerajaan Negeri Melaka masih mencari penyelesaian bagi menghidupkan semula monorel ini sejak Ogos 2020.[3][13]

Laluan

[sunting |sunting sumber]

Monorel ini menelusuri pesisirSungai Melaka dan mematah balik sepanjang 2.9km. Monorel ini mempunyai tiga stesen iaituStesen Hang Jebat yang terletak bersebelahanTaman Rempah diPengkalan Rama,Stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka danStesen Tun Ali yang terletak diJalan Tun Ali. Setiap stesen monorel ini berkeluasan 2,500 kaki persegi.

Kontroversi

[sunting |sunting sumber]
Tiang monorel Melaka yang terbengkalai pada tahun 2015.

Penggantungan Operasi oleh SPAD

[sunting |sunting sumber]

Setelah monorel ini mengalami pelbagai jenis masalah sejak permulaan operasi pada Oktober 2010,SPAD bertindak menghantar lima jurutera bagi melaksanakan pemeriksaan sistem dan teknikal dari 3 November hingga 5 November 2011.[14] Keadaan monorel yang penuh dengan masalah menyebabkan monorel ini digantung perkhidmatan selama 30 hari. Menurut Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad, antara masalah yang timbul ialah monorel yang diimport dariChina itu tidak mempunyai manual fungsi yang diterjemahkan ke dalamBahasa Melayu danInggeris dan menyukarkan operasi pembaikan dan penyelenggaraan. Selain itu, monorel itu turut mengalami kesulitan operasi pada waktu hujan disebabkan cengkaman tayar monorel yang tidak kuat.[15]

Jika pengendali berkenaan ingin meneruskan operasi, pegawai berkenaan mengarahkan pengendali menyediakan beberapa fasiliti yang disarankan olehSPAD seperti sebuahkenderaan berkren ‘cherry picker’ untuk mengangkut penumpang terkandas sekiranya berlaku situasi seperti sebelum ini.[15]

Pengendali Ditamatkan Kontrak

[sunting |sunting sumber]

Pada 22 September 2021,Kerajaan Negeri Melaka telah membatalkan kontrak pengendali perkhidmatan monorel ini kerana melanggar perjanjian yang dimeterai bersamaUnit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) pada tahun 2018. Syarikat berkenaan menambah klausa membangunkan 15 lot tanah di sekitar stesen monorel ini. Syarikat tersebut juga telah gagal membayar yuran komitmen sebanyak RM100,000 kepadaUPEN dan gagal membayar lima peratus daripada jumlah keuntungan atau minimum RM1,000 kepadaMBMB sejak kontrak bermula. Selain itu, aspek keselamatan turut diabaikan oleh syarikat berkenaan.[1]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abc"Kontrak pengendali monorel Melaka ditamatkan, langgar syarat perjanjian".Berita Harian. 22 September 2021. Dicapai pada5 Ogos 2024.
  2. ^Cik Rohanita Mahmud (3 Disember 2011)."Monorel Melaka dihenti lagi".Kosmo Online. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 Julai 2018. Dicapai pada2 Ogos 2024.
  3. ^abcdR.S.N. Murali (17 Ogos 2020)."Melaka sedang mencari kontraktor baharu untuk menghidupkan semula laluan monorel persiaran yang bermasalah".The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada5 Ogos 2024.
  4. ^abcMartin Carvalho & Allison Lai (21 Oktober 2010)."Hari Kebanggaan buat Melaka".The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripadayang asal pada 22 Oktober 2010. Dicapai pada6 November 2010.
  5. ^Mokhtar, Shahril (2023).Keberkesanan Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn Bhd Sebagai Penyedia Kemudahan Pengangkutan Kepada Masyarakat di Kuala Lumpur(PDF) (Tesis). Universiti Utara Malaysia. Dicapai pada30 Julai 2024.
  6. ^ab"Perkhidmatan Monorel di Melaka akan Diteruskan Selepas Empat Tahun Tertangguh".The Star. 3 Disember 2017. Diarkibkan daripadayang asal pada 4 Disember 2017. Dicapai pada2 Ogos 2024.
  7. ^ab"Melaka bakal miliki monorel RM28 juta 2009".Utusan Malaysia. 7 Mac 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-10-13. Dicapai pada27 Ogos 2015.
  8. ^abAllison Lai (11 Disember 2010)."Perkhidmatan Monorel Melaka ditangguhkan".The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripadayang asal pada 11 Disember 2010. Dicapai pada1 Ogos 2024.
  9. ^ab"Monorel Sungai Melaka Berharga RM16.5 Juta Dilancarkan".MStar. 20 Oktober 2010. Dicapai pada1 Ogos 2024.
  10. ^abcRizanizam Abdul Hamid (14 Disember 2011)."Projek monorel kedua tetap diteruskan".Utusan Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 Julai 2018. Dicapai pada1 Ogos 2024.
  11. ^"Monorel Melaka tarik lebih 17,000 penumpang sejak mula beroperasi".Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2018. Dicapai pada5 Ogos 2024.
  12. ^"Melaka nilai semula keselamatan produk pelancongan".Bernama. 3 Mei 2019. Dicapai pada5 Ogos 2024.
  13. ^Amran Mulup (12 Mei 2023)."Perkhidmatan Monorel Melaka akan dihidupkan semula".Utusan Malaysia. Dicapai pada5 Ogos 2024.
  14. ^Elissa Helmy (3 November 2011)."Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka".Malaysiakini. Dicapai pada5 Ogos 2024.
  15. ^ab"KM tak puas hati SPAD gantung monorel Melaka".Malaysiakini. 5 November 2011. Dicapai pada5 Ogos 2024.
Gambaran keseluruhan
Tambang dan tiket
  • Koin Token
  • KadTouch 'n Go
  • Kad Laluan Komuter
  • Kad-KTMi
  • MyDebit Card
Suruhanjaya
Operator Utama
Kereta api antara bandar
Laluan utama
Kini
Masa depan
Perancangan
Digantung
Perkhidmatan
Kereta api komuter
pinggir bandar
Terkini
Laluan Lapangan Terbang
Terkini
Digantung
Rel Metro
LRT
Terkini
Masa Depan
Perancangan
Digantung
MRT
Terkini
Perancangan
Monorail
Terkini
Perancangan
Digantung
Laluan Sempadan
Terkini
Masa Depan
Rel Lainnya
People mover
Funicular
Pengangkutan Gondola
Pengeluar
Rolling Stock(s)
Antara Bandar
Komuter
Laluan Lapangan Terbang
LRT
MRT
Monorail
Lainnya
Depoh
Terkini
Masa Depan
Artikel berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Monorel_Melaka&oldid=6372685"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp