Melaka mempunyaihutan hujan tropika dengan berbagai-bagai jenis flora dan fauna dan mengalami iklim khatulistiwa. Terletak tepat di selatanBanjaran Titiwangsa, sebahagian besar daripada negeri ini adalah kawasan datar yang bertaburkan inselberg, denganBukit Gapis sebagai puncak tertinggi.
Walaupun Melaka merupakan lokasi salah satukesultanan Melayu awal, iaituKesultanan Melaka, sistem beraja tempatan ini telah dimansuhkan ketikaPortugis menaklukinya pada tahun 1511. Ketua negeri ini ialahYang di-Pertua Negeri atau secara tidak rasminya Gabenor, dan bukannya seorang sultan. Melaka terkenal dengan sejarah uniknya dan ia merupakan salah satu destinasi pelancong utama di Malaysia. Dengan kedudukan yang amat strategik untuk laluan perdagangan antarabangsa, Melaka pernah menjadi sebuah pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di Timur. Banyak pedagang yang berlabuh di Melaka, terutamanya pedagang dariTanah Arab, China dan India, berdagang di pelabuhan Melaka, dan dari situlah lahirnya banyak keturunan dan suku kaum tersebut yang wujud di Melaka sehingga hari ini. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Serani, dan Chitty.[13]
Pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan olehUNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage Site).[14]
Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada tahun 2010. Melaka juga digelar sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[15][16] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[17] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[18] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[19] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Neara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[20] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[21]
Nama negeri ini berasal daripada kisah penubuhan Kesultanan Melaka olehParameswara, yang mencari lokasi baharu untuk menubuhkan kerajaan setelah melarikan diri daripada seranganMajapahit diSingapura. Sebagaimana kisahnya, Parameswara sedang berehat di bawah sebatangpokok Melaka yang berdekatan sebatang sungai, sambil memerhatikan anjingnya menerkam seekor pelanduk. Pelanduk itu kemudiannya menendang anjingnya ke dalam sungai. Baginda berasa amat kagum dengan keberanian pelanduk itu, lalu bertanyakan nama pokok tempat baginda bersandar kepada para pengikutnya. Para pengikutnya memberitahu bahawa nama pokok itu ialah Melaka. Maka, baginda telah memilih kawasan tersebut sebagai kerajaannya dan menamakannya Melaka.
Semasa pemerintahanSultan Muhammad Shah (1424–1444), pedagang Arab telah memanggil kerajaan ini dengan nama 'Malakat' yang bermaksud kumpulan pedagang, disebabkan kerajaan ini menempatkan pelbagai komuniti perdagangan.[22]
Imej panji Kesultanan Melaka dari peta Portugis The Cantino Planisphere yang telah dihasilkan pada tahun 1502 iaitu kira-kira 9 tahun sebelum Melaka diserang Portugis pada tahun 1511
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya,Megat Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan olehSultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnyaSultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaranSultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459,Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranyaSultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranyaSultan Mahmud Shah.
Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos 1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan kemudian melarikan diri keKampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian. PuteranyaSultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadiSultan Perak yang pertama, sedangkan puteranya yang lainSultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.
Kesultanan Melaka ini memerintahMelaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihakPortugis pada tahun1511.
1511:Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membinaA Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1513:Patih Unus dariJawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".
1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525:LaksamanaHang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.
1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr.Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
1553: St. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatanCanton,Chinadan dibawa ke gerejaSt. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula keGoa,India.
1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama,Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
Kejatuhan Portugis ke atas Johor dan penempatan Belanda di Kota Melaka
1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge cuba untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.
1641: Pihak Johor menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Belanda. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Sultan Abdullah Johor.
1650:Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710:Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
1784:Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasaPerang Napoleon.
1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000paun sterling.
1808: Kedatangan SirStamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuanLord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utaraSelat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (KepulauanIndonesia).
1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatinya.
1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan diLondon.
1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.
Kubu A Famosa, bekas penjajahan Portugis di MelakaPembinaanKubu Middleburg telah dilaksanakan pada tahun 1660 ketika itu dibawah era Kolonial Belanda, ia terletak secara strategik di muara Sungai Melaka.
Selepas pembubaran koloni mahkota ini, Melaka danPulau Pinang menjadi sebahagian daripadaMalayan Union pada 1 April 1946,[23] yang kemudiannya menjadiPersekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.[24] Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Perdana Menteri Tanah Melayu pertama,Tunku Abdul Rahman, diPadang Pahlawan pada 20 Februari 1956, yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.[25] Pada 16 September 1963,[26] Malaysia dibentuk dengan penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Melaka menjadi sebahagian daripadanya. Pada 15 April 1989, Melaka telah diisytiharkan sebuah bandar bersejarah. Ia kemudiannya disenaraikan sebagaiTapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.[27]
Melaka merupakan salah satu daripada empat negeri di Malaysia yang tidak mempunyai sistem pemerintahan beraja. Ketua negeri Melaka ialahYang di-Pertua Negeri yang dilantik olehYang di-Pertuan Agong. Peranan Yang di-Pertua Negeri sebahagian besarnya dalam upacara dan sebagai bentuk simbolik, termasuklah kuasa melantik ketua kerajaan negeri dan meluluskan perundangan yang telah diusulkan badan perundangan negeri. Yang di-Pertua Negeri Melaka yang terkini ialahMohd Ali Mohd Rustam, yang dilantik sejak 4 Jun 2020.
Sejak tahun 1957, seramai tujuh orang Yang di-Pertua Negeri yang telah dilantik di negeri ini;
Kerajaan negeri Melaka mempunyai badan eksekutif dan perundangannya yang tersendiri, namun bidang tugasnya lebih terhad berbanding kerajaan persekutuan. Badan perundangan negeri ini ialahDewan Undangan Negeri Melaka yang terdiri daripada 28 kerusi. Keanggotaan ahlinya berlangsung selama sepenggal dan dilantik dalam pilihan raya negeri yang diadakan setiap lima tahun. Badan eksekutif negeri ini pula ialahMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terdiri daripada ahli yang dilantik daripada parti politik pemerintah.
Kerajaan negeri diketuai olehKetua Menteri, yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti pemerintah. Ketua Menteri bertanggungjawab dalam setiap hal ehwal pentadbiran negeri dan mempengerusikan mesyuarat antara ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri di pejabat Ketua Menteri. Ketua Menteri negeri Melaka yang terkini ialahSulaiman Md Ali dariBarisan Nasional.
Melaka dibahagikan kepada tiga buah daerah iaituAlor Gajah,Melaka Tengah danJasin. Setiap daerah diketuai oleh seorang pegawai daerah. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah dan Tanah yang menguruskan hal pentadbiran tanah dan hasil. Melaka juga ditadbir oleh empatkerajaan tempatan, satu daripadanya berstatus majlis bandaraya dan selebihnya berstatus majlis perbandaran. Kerajaan tempatan bertanggungjawab dalam beberapa aspek seperti kawalan perancangan dan pembangunan, perumahan awam, pelupusan sisa, pelesenan perniagaan, pasar, pengangkutan tempatan, dan jalan perbandaran.
Setiap daerah di Melaka juga dibahagikan kepada beberapa buah mukim. Terdapat sebanyak 80 buah mukim di seluruh negeri Melaka. Setiap mukim diketuai seorang penghulu.
Melaka terletak di pantai barat dayaSemenanjung Malaysia, serta bertentangan denganSumatera. Berkeluasan 1,713 kilometer persegi, negeri ini bersempadankanNegeri Sembilan di utara danJohor di timur. Bentuk muka bumi negeri Melaka sebahagian besarnya merupakan kawasan tanah rendah dengan purata ketinggian kurang 50 meter dari paras laut. Namun terdapat juga beberapa bukit kecil yang tertumpu di kawasan utara negeri.Bukit Gapis yang juga dikenali sebagai Gunung Melaka, berketinggian 512 meter dan terletak diDaerah Jasin, merupakan titik tertinggi di negeri ini.Pulau Besar yang terletak di luar pantai Daerah Jasin pula merupakan pulau terbesar di negeri ini.
Negeri ini disaliri oleh tiga batang sungai utama iaituSungai Linggi di utara,Sungai Melaka di tengah danSungai Kesang di selatan. Sungai Linggi membentuk sempadan semulajadi antara negeri tersebut denganNegeri Sembilan, manakala Sungai Kesang pula memisahkannya denganJohor. Negeri ini juga mempunyai satu eksklaf, iaituTanjung Tuan (dahulunya dikenali sebagai Cape Rachado) yang terletak di persisiran pantai Negeri Sembilan dan berada di bawah pentadbiran daerah Alor Gajah.
Negeri Melaka mempunyai iklim yang bercirikan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan curahan hujan yang banyak, tertinggi antara September dan November. Suhu tinggi pada waktu siang berjulat antara 31 dan 33 °C (88 dan 91 °F) dan suhu terendah waktu malam dianggarkan sekitar 23 °C (73 °F).
MenurutBanci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah penduduk negeri Melaka pada tahun 2020 ialah seramai 998,428 orang dengan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 2.3%. Melaka juga mempunyai kepadatan penduduk 583 orang perkilometer persegi. Sebanyak 92.9 peratus dari jumlah penduduk adalah warganegara. Hampir 91% penduduk tinggal di kawasan bandar. DaerahMelaka Tengah mencatatkan penduduk paling ramai iaitu 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Melaka.[31]
Majoriti penduduk negeri Melaka merupakanBumiputera, dengan sebahagian besar antaranya merupakan penduduk berbangsaMelayu. Mereka mencatatkan lebih 65% daripada jumlah penduduk Melaka. Penduduk berbangsa Cina merupakan kelompok kedua terbesar di negeri ini, dengan peratusan lebih 20%. Penduduk berbangsa India pula merangkumi lima peratus penduduk negeri ini, menjadikannya kelompok ketiga terbesar. Penduduk negeri ini juga terdiri daripada beberapa kelompok dan etnik kecil yang lain, termasuklahKristang,Chetti,Cina Peranakan dan masyarakatOrang Asli.
Orang Melayu di negeri Melaka terdiri daripada penduduk berketurunan Melayu, dan juga segelintir kecil masyarakat berketurunanMinang yang tinggal diNaning, utara Melaka. Masyarakat berbangsa Cina di Melaka pula kebanyakannya tinggal di kawasan bandar terutamanya di daerah Melaka Tengah.Persiaran Jonker merupakan satu kawasanPekan Cina di negeri ini. Masyarakat Peranakan juga tergolong dalam kelompok masyarakat Cina. Masyarakat berbangsa India di negeri ini pula majoritinya merupakan orangTamil, dan kelompok minoriti lain sepertiMalayali,Telugu,Punjabi dan Chetti.
Masyarakat Kristang di negeri ini merupakan keturunan penjajah Portugis sejak abad ke-16 dan ke-17. Mereka menggunakan bahasa kreol Portugis dan masih mengamalkan beberapa tradisi Portugis. Kebanyakan antara mereka tinggal diKampung Portugis yang berpopulasi kira-kira 1,200 orang. Kelompok Orang Asli di negeri ini agak kecil, di mana kebanyakannya merupakan orangTemuan. Mereka kebiasaannya tinggal di kawasan luar bandar, pinggir hutan dan pesisir pantai.
Pada tahun 2020, lebih 68 peratus daripada penduduk negeri Melaka beragamaIslam, 19 peratus beragamaBuddha, lima peratus pula beragamaHindu dan dua peratus beragamaKristian. Terdapat juga agama-agama minoriti lain yang dianuti penduduk Melaka sepertiSikh,Konfusianisme,Taoisme danagama tradisi Cina. Lebih tiga peratus penduduktidak beragama atau tidak diketahui agamanya.
Statistik pada tahun 2010 menyatakan bahawa majoriti atau 91.6% penduduk berbangsa Cina di Melaka beragama Buddha, dengan minoriti signifikan terdiri daripada penganut Kristian (6.7%), agama Rakyat Cina (0.7%) dan Islam (0.4%). Majoriti atau 86.3% penduduk berbangsa India di negeri ini beragama Hindu, dengan minoriti signifikan terdiri daripada penganut Kristian (6.6%), Islam (3.4%) dan Buddha (2.8%). Masyarakat Bumiputera bukan Melayu di negeri ini pula kebanyakannya menganut agama Kristian (46.8%), diikuti agama Islam (24.2%) dan Buddha (12.0%). Kesemua masyarakat Melayu di negeri ini menganut agama Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalamPerlembagaan Persekutuan di mana orang Melayu hendaklah beragama Islam.
Melaka merupakan sebuah negeri dengan pelbagai bahasa.Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negeri Melaka dan digunakan di dalam urusan kerajaan dan sektor awam. Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam kalangan penduduk berbilang bangsa di negeri ini. Bahasa Melayu di negeri ini juga mempunyai dialek yang tersendiri, iaitu dialekMelayu Melaka yang kebiasaannya dituturkan masyarakat Melayu. Terdapat juga kewujudan kreol berasaskan bahasa Melayu di negeri ini sepertiMelayu Baba danMelayu Cheti. Antara bahasa minoriti lain yang dituturkan di negeri ini termasuklahHokkien,Mandarin,Tamil,Malayalam,Telugu,Punjabi danKristang.Bahasa Temuan kebiasaannya digunakan dalam kalangan orang Asli di negeri ini.
Sektor pelancongan dan perkilangan ialah sektor utama yang menjana ekonomi negeri Melaka. Melaka telah memperkenalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia" bagi merancakkan lagi sektor pelancongannya. Sektor pelancongan negeri ini juga dibantu oleh kepelbagaian tempat yang menarik dan bersejarah. Kerajaan negeri Melaka juga menyediakan peta pelancongan Melaka yang menampilkan destinasi-destinasi menarik di sekitar negeri.[33][34]
Pada 2017, negeri ini mencatatkan 16.79 juta kedatangan pelancong, jumlah tertinggi setakat ini. Walaupun negeri ini kecil, yang merangkumi 1,644 meter persegi, Melaka menjadi destinasi pilihan untuk pelancong dariChina,Singapura,Indonesia,Taiwan danHong Kong.[35] Sepanjang tempoh enam bulan pertama (Januari-Jun) 2018, lebih 8.73 juta pelancong direkodkan telah melawat Melaka iaitu lebih tujuh peratus berbanding 8.14 juta pelancong bagi tempoh enam bulan pertama 2017. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong. Peningkatan ini disumbangkan oleh penambahan pelancong domestik ke Melaka iaitu lebih 72,000 atau 1.36 peratus. Bagi pelancongan domestik, ramai pengunjung negeri ini berasal dari negeriSelangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Johor,Terengganu danNegeri Sembilan. Kebanyakan pelancong ini gemar menikmati ikan bakar dan asam pedas di Melaka. Selain itu, kedatangan pelancong asing turut mengalami peningkatan mendadak iaitu lebih 520,000 atau 19.03 peratus. Pelancong dari lima negara merekodkan kadar tertinggi iaituChina,Singapura,Indonesia,Korea Selatan danVietnam.[36]
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Melaka menerima banyak penghargaan antarabangsa. Bandar ini telah disenaraikan oleh beberapa penerbitan, termasuk Forbes dan Lonely Planet, sebagai salah satu Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia.[37][38] Melaka disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Terbaik di Malaysia oleh Tripadvisor.[39] Aplikasi Waze mengiktiraf Melaka dengan Anugerah 'The Best City to Drive In'.[40] Di peringkat global, bandar bersejarah ini menduduki tangga hadapan mendahului kota metropolitan utama seperti Sydney, Lisbon, dan Barcelona.[41] Bandar ini juga telah diiktiraf oleh HuffPost sebagai antara 15 dariBest Street Art Cities.[42] Di samping itu, penerbitan Time meletakkan Melaka sebagai salah satu tempat terbaik untuk hidup dan bersara.[43]
Antara kebudayaan Melaka yang unik ialahDondang Sayang yang diiktiraf olehUNESCO. Dondang Sayang ialah seni Melayu tradisional yang masih diamalkan di Melaka oleh empat komuniti: masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Praktik ini menggabungkan unsur-unsur muzik (biola, gong dan tamborin atau tambor), lagu dan dikir, dan ciri-ciri puisi merdu yang indah. Juga dikenali sebagai balada cinta, lagu-lagu yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan perasaan kasih sayang dan memberi nasihat mengenai topik-topik khas seperti kasih sayang dan kebaikan.[44][45]
Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakanBaba dan Nyonya yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya ialah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripadaWorld Street Food Congress untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).[46] Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada)sate celup;bebola nasi ayam; mi itik;mi wantan gaya Melaka;laksa nyonya;pai tee (juga dikenali sebagaipie tee dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; makanan laut dan ikan bakar Portugis;fishball lobak;coconut shake;cendol nyonya;putu piring; dan kuih nyonya.[47]
Rumah baba-nyonya di Melaka.
Sehingga hari kini, kebanyakanadat-adat kuno yang berasal daripada pendudukanPortugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musimLent, iaitu musimpuasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenistarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)
Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan danbarangan konsumer kepada barangan komponen-komponensenjata danautomotif berteknologi tinggi,elektronik serta komponen-komponenkomputer. Terdapat sekurang-kurangnya 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilangAmerika Syarikat,Jerman,Jepun,Taiwan dan Singapura.
Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka juga semakin menarik tumpuan pesakit-pesakit sejauhIndonesia dan Singapura. Hospital Straits,Hospital Putra (dulu dikenali sebagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegangsaham utama Hospital Putra.
Pulau Pinang memulakan trend seni jalanan di Malaysia dan Melaka tidak lama selepas itu mengikutinya dengan Projek Seni Sungai pada tahun 2012. Kawasan perairan negeri ini telah menjadi sebahagian besar daripada sejarahnya. Negeri ini dahulunya merupakan salah satu pelabuhan perdagangan paling penting di dunia, jadi Melaka telah memilih untuk memulakan seni jalanan dengan bangunan di seberang sungai. Untuk meningkatkan lanskap seni di Melaka, sembilan karyawan seni telah mencurahkan idea mereka di sepanjang dinding rumah kedai bersejarah sepanjang sungai di Jalan Kampung Hulu. Dikenali sebagai ProjectARM, karya seni ini direka khas untuk menyerlahkan keindahan Melaka. Mural tersebut diilhamkan oleh perwakilan pelukis di Melaka dan turut diceriakan dengan memasukkan gambar dan corak berwarna-warni yang dicat di dinding kedai Kiehl.[48][49]
KotaA Famosa: Dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campur tangan SirStamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A Famosa pada hari ini.
Kota St. John: Dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18, kubu ini mempunyaimeriam yang mengadap ketanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas Melaka datang terutamanya dari tanah besar dan bukan dari arah laut.
Gereja St. Peter: Dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakangerejaKatolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya ialah penggabungan seni reka bentuk timur dan barat. Locengnya dibawa khas dariGoa pada tahun 1608.
Gereja St. Paul: Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernamaDuarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal keGoa,India.
Gereja Christ: Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkanseni reka bentuk Belanda yang tulen. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat oleh tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitabInjil bersadur tembaga, batu nisan yang ditulis dalambahasa Armenia dan lukisan yang menggambarkan suatu kejadian penting dalam hidupJesus iaitu "Santapan Terakhir".
Gereja St. Francis Xavier: Dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyatPerancis, menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St.Francis Xavier. Dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (Apostle of the East), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerjadakwah menyebarkan agama Katolik diAsia Tenggara pada abad ke-16.
Bangunan Stadthuys: Dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmiGabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda. Ia kini menjadi "Muzium Sejarah dan Etnografi". Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
Sungai Melaka: Persiaran santai ke sungai dari Jalan Munshi Abdullah. Laluan ini membawa ke sepanjang Sungai Melaka yang bersejarah dan melewati beberapa rumah yang dihiasi dengan lukisan besar. Pemandangan Bukit St. Paul di bandar juga boleh dilihat dari sini.
Pantai Klebang: Pantai ini terletak di selatan Melaka dan menghadap terus ke Selat Melaka. Terdapat bas-bas lama yang telah diperbaharui dan diubah menjadi kafetaria di sepanjang jalan di Pantai Klebang.
Kampung Morten: Perkampungan tradisional yang terletak di tebing barat Sungai Melaka.
Menara Taming Sari: Menara setinggi 110 m yang boleh memuatkan 66 orang pada satu-satu masa, membawa mereka dalam perjalanan 7 minit untuk pemandangan Melaka, menawarkan pemandangan 360 darjah bandar bersejarah Melaka dan Sungai Melaka.
Istana Kesultanan Melaka: Pembinaan semula Istana Sultan Mansur Shah. Ia dibina pada tahun 1985.
Bukit Cina: Bukit Cina merupakan salah satu kuburan Cina terbesar di luar tanah besar China. Tanah perkuburan yang boleh didapati di sini sezaman dengan dinasti Ming (pertengahan abad ke-17). Kubur paling awal yang dijumpai setakat ini hingga 1622. Bukit Cina ialah tempat berjoging yang terkenal untuk penduduk tempatan.
Muzium Warisan Baba & Nyonya: Muzium ini merupakan sebuah rumah bandar warisan Peranakan yang sebenar dan merupakan contoh budaya Peranakan yang hebat. Ia berada di Heeren Street (kini dikenali sebagai Jalan Tun Cheng Lock).
Muzium Chetti: Muzium ini adalah mengenai masyarakat minoriti Chitty yang terdapat di Malaysia danSingapura. Muzium ini terletak di kawasan Kampung Chitty.
Masjid Selat Melaka: Masjid yang baru dibina di pulau buatan manusia, Pulau Melaka terletak tidak jauh dari bandar.
Tokong Cheng Hoon Teng: Tokong Cina yang tertua di Malaysia dan mempunyai tulisan bertarikh 1673,[50] dibina oleh Kapitan China Li Wei King.
Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi: Kuil ini dibina oleh Thavinayagar Chitty, pemimpin orang Chitty, pada 1781 selepas kerajaan penjajah Belanda Melaka memberinya plot tanah.
Masjid Kampung Hulu: Dibina pada tahun 1728, ia merupakan salah satu masjid yang paling lama berfungsi di Melaka bersama denganMasjid Kampung Keling danMasjid Tengkera (Tranquerah), Jalan Tengkera. Terdapat campuran seni bina Cina, Jawa dan Arab di bahagian menara dan bumbung.
Masjid Cina Melaka: Masjid ini direka dengan senibina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina dari gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Terletak di belakang Stadium Hang Jebat di Krubong.[51][52][53]
Melaka mempunyai tiga sekolah antarabangsa, Sekolah Antarabangsa Melaka, yang menampung komuniti tempatan; Sekolah Antarabangsa MES dan KYS, yang dikendalikan oleh guru ekspatriat, yang mengkhususkan diri dalam pengajaranCambridge International A Levels dan menampung komuniti ekspatriat.
Terdapat beberapa institusi yang menawarkan pendidikan kejururawatan: Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai, Institut Sains Kesihatan Dan Kejurawatan Mahkota, Kolej Kejururawatan & Kesihatan Nilam, dan Kolej Perubatan Komplementari Melaka. Institut Kesihatan Sains & Kejururawatan Pantai dikaitkan dengan Hospital Pantai di Ayer Keroh manakala Institut Sains Kesihatan Dan Kejururawatan Mahkota dihubungkan dengan Pusat Perubatan Mahkota.
Institut Kemahiran Teknikal di Machap menyediakan latihan dalam bidang pertanian. Ia mempunyai cawangan di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
Pengajian separuh masa boleh didapati diUniversiti Terbuka Malaysia (OUM), manakala mereka yang ingin mendapatkan diploma akademik boleh mendaftar di Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCE)Universiti Malaya di Kolej Sinar.
Kuliah dan peperiksaanAssociation of Chartered Certified Accountants (ACCA) disediakan di Kolej Sinar di bandar Melaka. Kolej Sinar ialah satu-satunya institusi di negeri ini yang menawarkan pendidikan perakaunan lengkap. Kolej Sinar ialah satu-satunya pusat latihan yang diluluskan untuk kursus pelancongan. Institusi akademik lain termasuk Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM), Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka (MiCoST).
Kerajaan negeri Melaka memberikan bantuan kewangan terutamanya dalam bentuk pinjaman kepada penduduk setempat melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).[56] Antara kemudahan yang disediakan oleh TAPEM ialah Pinjaman Pendidikan Tinggi, Biasiswa Minor/Biasiswa Insentif untuk Sekolah Menengah, dan Bantuan Sekolah kepada Pelajar Sekolah Rendah.[57]
Perpustakaan pertama di Melaka ialah Khutub Khanah Melaka, yang ditubuhkan pada tahun 1881 dan terletak diStadthuys. Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, perpustakaan itu dipindahkan ke Dewan Hang Tuah pada tahun 1966. Pada tahun 1975, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka telah ditubuhkan untuk menubuhkan Perpustakaan Awam Melaka. Perbadanan itu kemudian ditubuhkan 2 tahun kemudian pada 1977 bertempat di Dewan Hang Tuah. Pada tahun 1993, Akta Enakmen Perpustakaan Awam Melaka (Pindaan) 1993 berkuatkuasa. Perpustakaan akhirnya dipindahkan ke lokasi semasa di Bukit Baru dan dirasmikan pada 4 November 1996.[58]
Di peringkat daerah, cawangan perpustakaan Jasin ditubuhkan pada tahun 1986 di Bangunan JKR, yang kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru pada tahun 1999. Cawangan perpustakaan Alor Gajah pula ditubuhkan pada tahun 1988 di Bangunan UMNO, yang kemudiannya dipindahkan ke bangunan baru pada tahun 1998. Pusat cawangan Melaka Tengah ditubuhkan pada tahun 1996 di Hang Tuah Mall selepas perpustakaan utama berpindah ke Bukit Baru, yang kemudiannya diubah menjadi Perpustakaan Pusat Sumber Tinggi Institut Pendidikan Tinggi pada tahun 2001.
Di peringkat bandar dan kampung, cawangan perpustakaan ialah cawanganMasjid Tanah yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan 2005; Perpustakaan Desa Air Tawar, Perpustakaan Desa Felda Kemendor, Perpustakaan Desa Selandar dan cawangan Perpustakaan Desa Kuala Linggi yang ditubuhkan pada tahun 1993; Cawangan Perpustakaan Desa Rantau Panjang ditubuhkan pada tahun 1994; CawanganMerlimau ditubuhkan pada tahun 1994 dan berpindah ke bangunan baru pada tahun 2003; Cawangan Perpustakaan DesaPulau Sebang ditubuhkan pada tahun 1997; Perpustakaan JaperunSungai Rambai, Perpustakaan JaperunSerkam, Perpustakaan JaperunDurian Tunggal dan cawangan-cawangan Perpustakaan Desa Ayer Molek Darat yang ditubuhkan pada tahun 1999; Perpustakaan Desa Felda Bukti Senggeh dan Perpustakaan Desa Kampung Felda Bukit Sedanan ditubuhkan pada tahun 2000; Cawangan Perpustakaan Siber Kampung Padang yang ditubuhkan pada tahun 2001; Perpustakaan Japerun Air Panas, Perpustakaan Desa Bertam Hulu, Perpustakaan Japerun Bukit Asahan, Perpustakaan Desa Tangga Batu dan Perpustakaan Desa Paya Rumput yang ditubuhkan pada tahun 2002; Cawangan Perpustakaan Siber Ilmu Air Limau dan Perpustakaan Siber Ilmu Chenderah ditubuhkan pada tahun 2003; Cawangan Perpustakaan Desa Menggong ditubuhkan pada tahun 2004; Perpustakaan Siber KampungKlebang ditubuhkan pada tahun 2005; Perpustakaan DesaTelok Mas dan Perpustakaan DesaTelok Gong ditubuhkan pada tahun 2006; Perpustakaan Desa Bukit Bulat ditubuhkan pada tahun 2008; Perpustakaan KomunitiPlanetarium Melaka dan cawangan Perpustakaan Komuniti ÆON yang ditubuhkan pada tahun 2010; Perpustakaan Desa 1MalaysiaSungai Rambai ditubuhkan pada tahun 2012.
Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakanstesen kereta api yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagaiTampin, namun oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan, Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.[59]
Landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka pernah wujud sebelumPerang Dunia II, tetapi ia telah dirombak olehtenteraJepun untuk pembinaanLandasan Kereta Api Maut diBurma.[60] Pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.[61][62]
Bandaraya Melaka mempunyai sebuah terminal pengangkutan antarabandar moden yang dikenali sebagaiMelaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan bas yang tetap keKuala Lumpur,Johor Bahru dan bandar-bandar utama lain di Semenanjung Malaysia. Terminal ini dilengkapi dengan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.
Persimpangan keluarAyer Keroh diLebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ke Melaka. Terdapat juga dua persimpangan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di persimpangan keluar Alor Gajah dan Jasin.
Melaka mula menjalinkan hubungan bandar kembar pada tahun 1984 dengan bandarLisbon,Portugal.[77] Kini, Melaka telahberkembar atau ditubuhkan sebagai bandar persahabatan[78] dengan bandar berikut:
Melaka merupakan lokasi penggambaran yang sesuai bagi syarikat penerbitan filem dari dalam dan luar negara dengan adanya pelbagai tempat tumpuan pelancong serta kesan peninggalan sejarah dunia. Artis Bollywood ikonik,Shahrukh Khan menyifatkan Melaka sebagai sebuah negeri yang cantik dan beliau akan kembali untuk berlakon dan bercuti di negeri ini.[106] Filem-filem yang dilakonkan dan muzik video yang diterbitkan di Melaka antaranya ialah:
1987 -Tragic Hero, dibintangiAndy Lau. Sebahagian daripada filem Hong Kong tersebut difilemkan di Melaka.[107]
Borschberg, Peter, "The Seizure of the Santa Catarina Revisited: The Portuguese Empire in Asia, VOC Politics and the Origins of the Dutch-Johor Alliance (c. 1602–1616)",Journal of Southeast Asian Studies, 33.1 (2002): 31–62. (This article can be downloaded free of charge at www.cambridge.org,doi:10.1017/S0022463402000024)
Borschberg, Peter, ed., (2004).Iberians in the Singapore-Melaka Area and Adjacent Regions (16th to 18th Centuries). Germany: Harrassowitz.ISBN3-447-05107-8.CS1 maint: extra punctuation (link)https://www.academia.edu/4302755
Borschberg, Peter, ed., (2015).Journal, Memorial and Letters of Admiral Cornelis Matelieff de Jonge. Security, Diplomacy and Commerce in 17th Century Southeast Asia. Singapore: NUS Press.ISBN978-9971-69-798-3.CS1 maint: extra punctuation (link)https://www.academia.edu/4302783
De Witt, Dennis (2010).Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing.ISBN978-983-43519-2-2.
De Witt, Dennis (2007).History of the Dutch in Malaysia. Malaysia: Nutmeg Publishing.ISBN978-983-43519-0-8.
"Popular History of Thailand" by M.L. Manich Jumsai, C.B.E., M.A.