Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mehdi Benatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Medhi Benatia
Maklumat peribadi
Nama penuhMedhi Amine El Mouttaqi Benatia
Tarikh lahir (1987-04-17)17 April 1987 (umur 37)
Tempat lahirCourcouronnes,Perancis
Ketinggian1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor4
Kerjaya remaja
2000–2002Clairefontaine
2002–2003Guingamp
2003–2005Marseille
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2005–2008Marseille0(0)
2006–2007Tours (pinjam)29(0)
2007–2008Lorient (pinjam)0(0)
2008–2010Clermont56(2)
2010–2013Udinese80(6)
2013–2014Roma33(5)
2014–Bayern Munich29(2)
2016–2017Juventus (pinjam)12(1)
2017–Juventus6(0)
Pasukan kebangsaan
2005Perancis B181(0)
2006–2007Maghribi B204(0)
2008–Maghribi42(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 Oktober 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 Jun 2016

Medhi Amine El Mouttaqi Benatia (Arab:مهدي بنعطية; lahir 17 April 1987) merupakan pemain bola sepak Maghribi yang kini bermain untuk kelab gergasi Itali,Juventus danpasukan kebangsaan Maghribi di posisi bek tengah.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Benatia telah dilahirkan diCourcouronnes yang terletak diPerancis. Bapa beliau ialah orang Maghribi manakala ibunya ialah orang Algeria.

Kerjaya kelab

[sunting |sunting sumber]

Benatia sertaiMarseille pada tahun 2003 dan menandatangani kontrak profesional pertamanya dua tahun kemudian. Selepas melalui tempoh pinjaman di kelabTours danLorient, beliau berpindah ke kelabLigue 2,Clermont pada 1 Julai 2008 dengan bayaran perpindahan percuma.

Pada 1 Julai 2010, Benatia menandatangani kontrak bersama kelabSerie A,Udinese Calcio dengan percuma. Beliau membuat 80 penampilan untuk Udinese dan menjaringkan enam gol.

Roma

[sunting |sunting sumber]

Pada 13 Julai 2013, Benatia menandatangani kontrak lima tahun bersamaRoma pada 13 Julai 2013 denga bayaran 13.5 jutaeuro. Pada 26 September, Benatia menjaringkan gol pertamanya untuk Roma ketika pasukannya melakar kemenangan 2-0 ke atasSampdoria. Selepas menjaringkan gol menentangBologna,Catania danChievo Verona pada separuh kedua musim, beliau menamatkan musim ini dengan lima gol daripada 33 perlawanan.

Bayern Munich

[sunting |sunting sumber]

Pada 27 Ogos 2014,Bayern Munich mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Benatia selepas Benatia menandatangani kontrak lima tahun denga bayaran sebanyak 26 jutaeuro. Bayern menewaskanManchester City,Chelsea,Barcelona danReal Madrid yang ingin menggunakan khidmat beliau. Pada 17 September 2014, beliau membuat debut untuk Bayern semasa menang 1-0 ke atas Manchester City, iaitu pada perlawanan pembukaanLiga Juara-Juara UEFA 2014-15.

Pada perlawanan Liga Juara-Juara iaitu menentang lawan yang sama Manchester City, beliau dibuang padang pada minit ke-20 kerana mengasariSergio Agüero. Pasukannya tewas 3-2 di tempat lawan.

Benatia menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern pada 13 Disember apabila menang 4-0 ke atasFC Augsburg. Kemenangan Bayern pada perlawanan itu meletakkan kelabnya 10 mata di takhta liga.

Dipinjam ke Juventus

[sunting |sunting sumber]

Pada 15 Julai 2016, juara ItaliJuventus mengikat Benatia secara pinjaman semusim dengan harga 3 jutaeuro bersama pilihan untuk membeli terus pada harga 17 juta euro pada penghujungnya. Beliau membuat debut untuk Juve pada 27 Ogos pada perlawanan menentangLazio di tempat lawan pada aksiSerie A yang berkesudahan Juve menang 2-0.

Kerjaya antarabangsa

[sunting |sunting sumber]
Benatia sewaktu bermain untuk Maghribi pada 2011.

Beliau membuat debut untukpasukan kebangsaan Maghribi ketika menentangZambia pada 19 November 2008 pada perlawanan persahabatan. Beliau mula bermain pada minit ke-46. Pada 4 Jun 2011, Benatia menjaringkan gol pertamanya pada perlawanankelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentangAlgeria, 4-0.

Gol antarabangsa

[sunting |sunting sumber]
#TarikhLokasiPasuka lawanSkorKeputusanKejohanan
14 Jun 2011Marrakesh,Maghribi Algeria1–04–0Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012

Penghargaan

[sunting |sunting sumber]

Kelab

[sunting |sunting sumber]
Bayern Munich

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Juventus F.C. – skuad semasa

1 Szczęsny •2 De Sciglio •3 Bremer •4 Gatti •5 Locatelli •6 Danilo (k) •7 Chiesa •9 Vlahović •10 Pogba •11 Kostić •12 Alex Sandro •14 Milik •15 Yıldız •16 McKennie •17 Iling-Junior •18 Kean •20 Miretti •21 Fagioli •22 Weah •23 Pinsoglio •24 Rugani •25 Rabiot •27 Cambiaso •36 Perin •41 Nicolussi •Pengurus: Allegri

Skuad Maghribi
Persondata
NamaBenatia, Medhi
Nama alternatif
Pemerihalan ringkasMoroccan footballer
Tarikh kelahiran17 April 1987
Tempat kelahiranCourcouronnes, France
Tarikh kematian
Tempat kematian
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mehdi_Benatia&oldid=5327058"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp