Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mi bandung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMee Bandung)
Mi bandung
Mi Bandung Muar.
Nama alternatifMi Bandung Muar
JenisMi
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantau Johor
Dicipta oleh Muar
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mi bandung (مي باندوڠ) ialah masakan tradisional terkenal diMalaysia yang berasal daripadaMuar,Johor.[1][2][3]

Etimologi

[sunting |sunting sumber]

Perkataan 'bandung' di sini bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu berganding atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.[4] Umpamanya seperti 'sirap bandung' untuk minuman susu digandingkan dengansirap berperisa ros ataupun 'rumah berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).[5] Manakala, daerahMuar diketahui dan dikenali ramai sebagai tempat asalnya mi bandung.[2][6][7][8]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Mi bandung pada asalnya adalah masakan gandinganmi kuning dantelur ditambah dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan campurancili, tumisanbawang bersamarempah ratus,belacan danudang kering.[9] Ia kemudiannya ditambah baik dengan bahan-bahan sepertiudang,daging,kek ikan dansayuran.[3][10] Sajian versi khas ("spesial") telah dihasilkan mengikut peredaran masa dengan penambahan bahan sepertiudang galah,udang karang ("lobster") atautulang kaki lembu yang dikenali juga sebagai "gear box".[3][11]

Ia juga lebih lazim dikenali sebagai 'mi bandung Muar' yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merataMalaysia juga termasuk negara jiranSingapura,[12][13] namun masih diakui dan diketahui umum bahawa mi bandung asliMuar adalah yang terbaik dan terpilih untuk dijamah.[2][3][14][15][16] Ia juga dikatakan kegemaran Sultan Johor,Sultan Ibrahim, mantan Presiden Singapura,S R Nathan dan jugajurumasak selebriti antarabangsa serta usahawan restoran,Chef Wan.[17]

Mi bandung tidak seharusnya dikelirukan dan disalah anggap berasal atau berkaitan denganBandung, suatu tempat diIndonesia kerana kedua-duanya tiada hubungan langsung meskipun namanya digelar sedemikian.[5][18]

Galeri

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Muar Mee Bandung". We Love Muar. Dicapai pada15 November 2018.
  2. ^abc"Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Wah San Kopitiam". Vkeong.com - Malaysian Food & Travel Blog. 26 November 2012. Dicapai pada15 November 2018.
  3. ^abcdAzalea."Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar".LokaTaste (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada13 April 2021.
  4. ^"Online Keyword Search: Bandung",Pusat Rujukan Persuratan Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017, dicapai pada6 April 2021
  5. ^abDi Malaysia : Bandung Mempunyai Arti Berbeda (dalam bahasa Indonesia), Jakarta Indonesia: Mahfudz Tejani: Memaparkan Apa Yang Patut Di Paparkan, 5 July 2014, dicapai pada6 April 2021
  6. ^Dania Zainuddin (17 Oktober 2016)."'More Pages From My Past' papar kisah kehidupan membesar era 50an dan 60an".Astro Awani. Dicapai pada13 April 2021.
  7. ^"Terus Diwarisi".Mi Bandung Abu Bakar Hanipah Muar. 27 September 2015. Dicapai pada13 April 2021.
  8. ^"Mee Bandung".Mee Bandung Hjh Milah Muar. Dicapai pada13 April 2021.
  9. ^"Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Muar, Johor" (dalam bahasa Inggeris). Eatophilia.com. 27 February 2018. Dicapai pada15 November 2018.
  10. ^Dato' Mohd Anim Hosnan (4 August 2011)."MEE BANDUNG MUAR". Anim Agro Technology. Dicapai pada15 November 2018.
  11. ^Nurul Hani."5 Restoran Mi Bandung Asli dan Terbaik di Johor".Saji.My. Dicapai pada15 April 2021.
  12. ^"Pelancong/Makanan dan Hidangan/Mi bandung",Portal Rasmi Kerajaan Johor Darul Takzim, Johor, Malaysia: Kerajaan Negeri Johor, 5 March 2009, diarkibkan daripadayang asal pada 2010-04-15, dicapai pada5 April 2010
  13. ^Mee Bandung Muar (Malaysian Bandung Noodles), What To Cook Today, dicapai pada13 April 2021
  14. ^Beh Heng Jian (4 November 2018)."Best Mee Bandung in PJ". Food Advisor. Dicapai pada15 November 2018.
  15. ^Murano 3.5L X-CVT crossover mewah Nissan, Oleh JOHARDY IBRAHIM, 17/04/2010, Utusan Malaysia.
  16. ^Johor Cuisine/Food
  17. ^Shaiffulazhar Misri (23 January 2013)."Memang Umph! Mee Bandung Muar".Harian Metro. Dicapai pada15 November 2018 – melalui Berita Muar Dan Ledang.
  18. ^Nurul Hidayati (2007-06-04),Mee Bandung di Kuala Lumpur, Jakarta Indonesia: DetikNews, diarkibkan daripadayang asal pada 2013-01-21, dicapai pada2010-04-05

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Hidangan biasa
Melayu
Cina
India
Bumiputera (Sabah danSarawak)
Peranakan
Timur Tengah (Arab,Parsi, dan lain-lain)
Serani
Siam
Makanan ringan
Kuih danpastri
Keropok,Kerepek
Kuih
Pencuci mulut
Minuman
Bukan alkohol
Alkohol
Perasa
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mi_bandung&oldid=6243447"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp