Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

McAfee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
McAfee, LLC
Ibu pejabat syarikat McAfee diSanta Clara, California, U.S.
Dinamakan sempenaJohn McAfee Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahUsahasama
IndustriPerisian komputer
PendahuluIntel Security Group (2014–2017)
McAfee Associates, Inc. (1987–2014)
Ditubuhkan1987; 39 tahun yang lalu (1987)[1] sebagai McAfee Associates, Inc.
2017; 9 tahun yang lalu (2017) sebagai McAfee, LLC
PengasasJohn McAfee
Ibu pejabat2821 Mission College Blvd.[2],Santa Clara,California,Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingChris Young
(CEO)
KeluaranPerisian keselamatan
PerkhidmatanKeselamatan komputer
Pemilik
  • Intel (49%)
  • TPG Capital (51%)
  • Thoma Bravo (saham minoriti)
Bilangan kakitangan6,768 (2017)
Syarikat indukIntel Corporation Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.mcafee.com

Facebook: McAfeeX: McAfeeBluesky: mcafee.comLinkedIn (pertubuhan): 2336YouTube: UCpvWmi8WBh_2RedB5-xDOXgSunting nilai ini di Wikidata
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

McAfee, LLC[3] (dahulunya dikenali sebagaiMcAfee Associates, Inc. pada tahun 1987–2014 danIntel Security Group pada tahun 2014–2017) merupakan sebuah syarikat perisiankeselamatan komputer Amerika Syarikat yang beribu pejabat diSanta Clara, California.[4]

Syarikat ini dibeli olehIntel pada bulan Februari 2011,[5][6]dan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan Keselamatan Intel.

Pada 7 September 2016, Intel mengumumkan tentang urusan strategik dengan TPG Capital untuk menukarkan Keselamatan Intel kepada usahasama antara kedua-dua syarikat yang dinamakan sebagai McAfee.[7] Urusan tersebut tamat pada 3 April 2017.[8] Thoma Bravo memegang saham minoriti di syarikat tersebut, dan Intel mengekalkan saham 49%.[9][10]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Logo terdahulu McAfee dengan larik nama Intel.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1987 sebagaiMcAfee Associates, dinamakan bersempena nama pengasasnya John McAfee, yang telah meletak jawatan dari syarikat ini pada tahun 1994.[11] Syarikat McAfee telah digabungkan di negeriDelaware pada tahun 1992.Network Associates telah dibentuk pada tahun 1997 sebagai gabungan antaraMcAfee Associates,Network General,PGP Corporation danHelix Software.

Syarikat tersebut telah distruktur pada tahun 2004, bermula dengan jualan perniagaanMagic Solutions kepadaRemedy, iaitu anak syarikatBMC Software pada awal tahun itu. Pada pertengahan tahun 2004, syarikat tersebut telah menjual perniagaanSniffer Technologies kepada sebuah firma yang disokong olehmodal teroka bernamaNetwork General (nama yang sama dengan pemilik asalSniffer Technologies), dan menukarkan semula namanya kepada McAfee untuk mencerminkan tumpuannya kepada teknologi berkaitan keselamatan.[12]

Sumber terbuka

[sunting |sunting sumber]

Antara syarikat-syarikat lain yang telah dibeli dan dijual oleh McAfee ialahTrusted Information Systems, yang membangunkanFirewall Toolkit, iaitu yayasan perisian percuma bagiGauntlet Firewall untuk tujuan komersial, yang kemudiannya dijual kepadaSecure Computer Corporation.

Hasil daripada kepemilikanTIS Labs /NAI Labs /Network Associates Laboratories /McAfee Research yang singkat, McAfee menjadi sangat berpengaruh dalam bidang perisian sumber terbuka, oleh kerana organisasi tersebut menghasilkan bahagian-bahagian daripada sistem pengendalianLinux,FreeBSD, danDarwin, serta membangunkan bahagian-bahagian daripada perisian pelayan namaBIND dan Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (SNMP) versi 3.

Teknologi penyulitan

[sunting |sunting sumber]

McAfee telah membeli Perbadanan FSA yang berpusat diCalgary,Alberta,Kanada, yang membantu syarikat tersebut mempelbagaikan tawaran keselamatannya daripada hanya perisian antivirus berasaskan pelanggan kepada teknologi rangkaian dan teknologi penyulitan desktop yang tersendiri.

Pasukan FSA juga menyelia pembuatan beberapa teknologi yang tercanggih pada masa itu yang antaranya adalahtembok api, penyulitan fail, dan garis produkprasarana kunci awam. Walaupun garis produk tersebut mempunyai kejayaan individu yang tersendiri yang antaranya ialahPowerBroker (dituliskan oleh Dean Huxley dan Dan Freedman, kini dijual olehBeyondTrust), kemajuan perisian antivirus sentiasa mengatasi kemajuan garis produk keselamatan yang lain. Ringkasnya, McAfee terkenal disebabkan oleh produk antivirus dan antispamnya.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"About Us: Home and Home Office Anti Virus Software | McAfee".Home.mcafee.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada15 Mei 2012.
  2. ^"Contact US" (dalam bahasa Inggeris). McAfee. Dicapai pada15 Mei 2012.
  3. ^Taschler, Scott (1 September 2010)."Quick Tips: How Do You Pronounce McAfee" (dalam bahasa Inggeris). McAfee, Inc.
  4. ^"About McAfee"(PDF).Mcafee.com (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2012. Dicapai pada28 September 2016.
  5. ^"Intel Completes Acquisition of McAfee".McAfee News (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 2011. Dicapai pada6 Februari 2012.
  6. ^"Intel in $7.68bn McAfee takeover".BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 Ogos 2010.
  7. ^"Intel Security Group".Intelsecurity.com (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2016. Dicapai pada28 September 2016.
  8. ^"A Brand New McAfee Commits to Building a Safer Future".www.mcafee.com (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). McAfee. 3 April 2017. Dicapai pada10 April 2017.
  9. ^"Intel sells McAfee security unit to TPG" (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2016. Dicapai pada30 September 2016.
  10. ^"McAfee is back after Intel completes sale to private equity".V3 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada10 April 2017.
  11. ^Bernabeo, Paul (2008).Inventors and Inventions, Volume 4 (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. m/s. 1033.ISBN 0761477675.
  12. ^Computer Desktop Encyclopedia (1981–2018)."McAfee".TheFreeDictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Pennsylvania (US): The Computer Language Co. Inc. Dicapai pada7 Mei 2018.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=McAfee&oldid=6325260"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp