Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ajal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaMati)
Hidup dan kematian,lukisan minyak.
Le jour de la mort (Tarikh kematian), lukisan oleh pelukisPerancisWilliam-Adolphe Bouguereau.

Ajal (Tulisan Jawi: اجل) ataukematian adalah batas dan penamat muktamad bagi fungsibiologi yang mentakrifkanorganismahidup. Ia merujuk kepada peristiwa tertentu dan kepada keadaan yang berterusan yang menyebabkannya. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati, mangkat, mampus.

Sifat semula jadi bagi ajal telah ama menjadi tumpuan utama bagiagama tradisi danfalsafah. Agama, tanpa pengecualian mengekalkan keyakinan dalam sama ada kehidupanselepas mati ataukelahiran semula.Sains semasa menganggap kematian organisma sebagai muktamad menurut istilah. Kesan kematian fizikal padaminda atauroh tanpa fizikal kekal soalan terbuka tanpa jawapan.

Fenomena yang menyebabkan kematian termasuklahpemangsaan,pemakanan tak seimbang,kemalangan yang menyebabkankecederaan danpenyakit. Kematian seluruh spesies dikenali sebagaikepupusan. Aktiviti manusia telah meningkat jumlah kepupusankebelakangan ini, salah satu sebabnya, sebagai contoh, ialah kemusnahanekosistem sebagai akibat penyebaranteknologiindustri.[1]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Human Activities Cause of Current Extinction Crisis[pautan mati kekal], dicapai 7 April 2009
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ajal&oldid=5213309"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp