Masqat atauMaskat[1] (Arab:مَسْقَط,rumi: Masqaṭ,bahasa Inggeris:Muscat) merupakanibu negara sekaligusbandar terbesarOman. Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015.[2] Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.[3]
Kota ini dikenali sejak awal abad pertama Masihi sebagai pelabuhan perdagangan penting antara barat dan timur, ia banyak direbut dan diperintah pelbagai kuasa asing sepertiParsi,Portugis danUthmaniyah sepanjang sejarah. Pada abad ke-18, pengaruh Masqat menjangkau sejauh Afrika Timur danZanzibar. Sebagai kota pelabuhan penting diTeluk Oman, Masqat menarik pedagang asing dan pendatang seperti pihak Parsi dan Balochistan. Ketika pertabalanQaboos bin Said sebagaiSultan Oman pada tahun 1970, Masqat telah mengalami perkembangan infrastruktur pesat yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang hidup dan pembentukan masyarakat pelbagai kaum.
Masqat dikenali pada zaman dahulu sebagai pusat pelabuhan kaum Oman yang mahir dalam bidang perdagangan dan pelayaran.[4] Kepentingan Masqat sebagai pusat pelabuhan diiktiraf oleh tokoh-tokoh Yunani purba sepertiPtolemy sejak abad pertama Masihi.[5]
Masyarakat purba kawasan Masqat dipercayai mempunyai hubungan denganTamadun Lembah Indus berdasarkan penemuan tembikar dariHarappa.[6] Kawasan Masqat dikuasai olehEmpayar Sasan pada abad ketiga Masihi.[7] Pengaruh Islam mula mencapai Masqat pada abad ketujuh.
Masqat dikuasai oleh pihakPortugis di bawah penguasaanAlfonso de Albuquerque pada Julai 1507. Selama pihak Portugis menguasai Masqat, pihak Uthmaniyah telah beberapa kali cuba merampas Masqat pada 1552 dan 1581. ApabilaNasir bin Murshid Al-Ya'rubi ditabalkan sebagai Imam Oman pada 1624, penguasaan Portugis mula menjadi lemah, dan pada 23 Januari 1650, pihak Portugis menyerah diri setelah pelabuhan Masqat diserang oleh pasukan Imam.
Masqat terletak di timur laut Oman dan melepasiGarisan Sartan.Teluk Oman bersempadan dengan kawasan utara dan timur kota. Batuan gunung berapi sepertidiorit dan serpentitit adalah lazim di kawasan Masqat serta pesisir laut kota. Kawasan pesisir laut Masqat lazim mempunyaiterumbu karang, dan haiwan-haiwan sepertiketam danudang krai boleh dijumpai di sini.[8]
Masqat memilikiiklim panas dan kontang dengan musim panas yang panjang dan bersuhu tinggi serta "musim sejuk" bersuhu sederhana. Taburan hujan secara keseluruhannya jarang berlaku, kebanyakannya berlaku antara bulan November dengan April.
Bancian pada 2005 menetapkan jumlah penduduk Masqat pada lebih daripada 630,000 orang, dengan kira-kira 370,000 orang lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Kira-kira 60% penduduk Masqat ialah warganegara Oman dan 40% yang lain ialah ekspatriat.[10]
Bahasa Arab ialah bahasa utama golongan masyarakat kota. AgamaIslamIbadi ialah agama anutan kebanyakan penduduk Masqat. Kawasan Masqat pernah menyaksikan perkembangan agama Kristian pada abad keempat dan kelima Masihi sebelum perkembangan Islam menghilangkan pengaruh Kristian di Masqat. Sedikit perkembangan Kristian di sini dipercayai dibawa semula oleh pihak Portugis pada abad ke-14.[11]
^Wilkinson, Richard James (1901)."maskat".A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 648.Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalamdomain awam.
^"Final Results of the Census 2003"(PDF).Kementerian Ekonomi Kebangsaan (Oman) (dalam bahasa Arab dan Inggeris). Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 3 Oktober 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur. 2 Juga dikenali sebagaiRepublik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialahSri Jayawardenapura-Kotte. 4 Rasmi. 5 Pentadbiran. 6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan. 7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem. 8 Merupakan wilayah pentadbiran khasChina tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri. ₴ Negara trans-benua. ₦ Juga dikenali sebagaiTimur Tengah. ¥ Juga dikenali sebagai negaraCaucasus,. ₠ Keseluruhan diAsia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah.₮ Keseluruhan diMelanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya.