Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Masjid Shah Faisal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shah Faisal Masjid
Masjid Faisal pada waktu malam.
Maklumat am
StatusSiap dibina
Maklumat geografi
LokasiPakistanIslamabad,Pakistan
Maklumat pembinaan
Bil. kubahTiada
Bil. menaraEmpat
ArkitekVedat Dalokay
Kos$120 juta

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Shah Faisal (Urdu:فیصل مسجد‎) ialah sebuah masjid diIslamabad,Pakistan, adalah merupakan salah satumasjid terbesar di dunia. Masjid diisytiharkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Terkenal dengan saiznya yang mengagumkan dan seni binanya yang indah, masjid ini pernah memegang rekod sebagai masjid terbesar di dunia sebelum diambil alih oleh masjid-masjid diArab Saudi. Kini, masjid ini merupakan masjid kelima terbesar dunia berdasarkan muatan jemaah.[1][2]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Ilham untuk membina masjid ini bermula pada 1966 ketikaRaja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi hendak membuat lawatan diIslamabad. Pada1969, satu pertandingan antarabangsa telah diadakan di mana arkitek dari 17negara menyertainya dan menghantar 43 jenis rekaan.

Selepas 4 hari proses pemilihan, rekaan arkitekTurki Vedat Dalokay telah dipilih. Pembinaan masjid ini bermula pada 1976 olehNational Construction of Pakistan yang diketuai oleh Azim Burujerdi dan disumbangi oleh kerajaan Arab Saudi dengan kos melebihi 130 jutariyal Arab. Bangunan masjid dan jalan menuju ke situ dinamakan sempena Raja Faisal bin Abdul Aziz selepas pembunuhannya pada 1975. Masjid ini siap dibina pada1986.

Bahagian dalam masjid.
Jalan menuju ke masjid.

Lokasi

[sunting |sunting sumber]

Masjid ini terletak di hujung Shaharah-e-Islamabad, menjadikannya sebagai penghujung bandar dan latar belakangnya adalah Bukit Margalla. Masjid ini menjadiikon yang terkenal dan dikenali di Islamabad.

Struktur

[sunting |sunting sumber]

Masjid Shah Faisal boleh memuatkan kira-kira 300 ribu orang jemaah. Masjid ini memiliki empat buah menara berketinggian 79 m (259 ka) setiap satu; menjadikan menara-menara ini sebagai menara masjid tertinggi diAsia Selatan. Di samping itu, menara-menara masjid ini sebesar 10×10 meter.[3][4] Keempat-empat menara itu diilhamkan olehseni bina Turki.

Daripada membinakubah tradisional, Vedat Dalokay mereka bentuk masjid dengan ruang utama lapan sisi berdasarkan khemah padang pasir ArabBadwi. Struktur utama bangunan merupakan ruang solat utama yang disokong oleh empat gelang konkrit. Vedat Dalokay juga percaya bahawa reka bentuk Masjid Shah Faisal mewakili rupaKaabah secara abstrak.[5] Pintu masuk adalah dari timur, di mana ruang solat dihadapkan sebuah halaman dengan pintu pagar.Universiti Islam Antarabangsa pernah ditempatkan di bawah halaman utama tetapi kini telah berpindah ke kampus baru. Masjid ini masih menempatkan perpustakaan, dewan kuliah, muzium dan kafe. Bahagian dalam dewan berbentuk khemah utama ditutup dengan marmar putih dan dihiasi dengan mozaik dan kaligrafi oleh seniman Pakistan terkenal,Sadequain, dancandelier gaya Turki yang menakjubkan. Corak mosaik menghiasi dinding barat dan bertuliskanKalimah dalam bentukKufi awal, dan diulang dalam corak gambaran cermin.[6]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanMasjid Shah Faisal
  1. ^"Shah Faisal Mosque in Islamabad & Rawalpindi".Lonely Planet. Dicapai pada17 Disember 2019.
  2. ^"Three Pakistani mosques make it to 'world's most beautiful mosques' list".The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). 3 August 2015. Dicapai pada2 Mac 2021.
  3. ^"Faisal Mosque".archnet.org. ArchNet website. Dicapai pada12 February 2019.
  4. ^"King of All Mosques – Faisal Mosque".HOPES (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2015. Dicapai pada17 Disember 2019.
  5. ^Faisal Mosque on Pakistan Tours Guide website 15 Ogos 2012, Dicapai 17 Ogos 2019
  6. ^"Faisal Mosque attracts visitors from all over country".The News International. Dicapai pada17 Disember 2019.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Masjid_Shah_Faisal&oldid=5205014"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp