Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam. Cari sumber: "Masjid Kampung Keling" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR(Ogos 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
| Masjid Kampung Keling مسجد کمڤوڠ کليڠ | |
|---|---|
Masjid Kampung Keling | |
| Maklumat pentadbiran | |
| Dimiliki oleh | No Daftar: |
| Maklumat geografi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Melaka |
| Daerah | Melaka Tengah |
| Lokasi | Masjid Kampung Keling, Km. 17, Jalan Tukang Mas, 75400 Melaka. |
| Koordinat | 2°11′48″N102°14′51″E / 2.196792°N 102.24753°E /2.196792; 102.24753 |
| Maklumat pembinaan | |
| Bil. kubah | 1 |
| Bil. tingkat | 1 |
| Bil. menara | 1 |
| Laman sesawang | |
| Masjid Kampung Keling. | |
sunting | |
Masjid Kampung Keling merupakan sebuahmasjid yang terletak di daerahMelaka Tengah,Melaka,Malaysia. Masjid Kampung Keling adalah antara masjid paling tua diMalaysia.
Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tukang Emas. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orangCina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).
Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembangan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa oleh orang Belanda dari Eropah.
Masjid Kampung Keling dibina menggunakan tapak segi empat sama, dan bukan di atas tapak segi empat tepat ataupun heksagon seperti yang diamalkan di negara-negaraTimur Tengah. Kawasan beranda dihiaskan dengan tiangCorinthian dan mengelilingi kawasan dewan solat. TiangCorinthian juga menadakan pemisah di antara ruang minbar daripada dewan solat.
Bumbung tiga lapisan digunakan dalam senibina Masjid Kampung Keling ini, seperti mana bumbung diMasjid Kampung Hulu. Bumbung tiga lapisan ini mencirikan masjid-masjid diMelaka. Bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengahmasjid. 4 tiang seri ini dilengkapkan dengan 8 tiang yang lebih kecil yang digunakan untuk menyokong struktur lapisan kedua dan lapisan ketiga bumbung berlapis tiga itu. .
Menara masjid dibina daripada batu, dan mempunyai bentuk seperti sebuahpagoda, juga satu ciri masjid di Melaka. Pengaruh lain digunakan kerana sebelum pembinaanMasjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling, masjid-masjid binaan orang Melayu tidak menggunakan menara.
Pada tahun1868, masjid dan menara dilindungi oleh tembok tinggi sebagai pemisah dengan jalan raya.
Jubin seramik diimport dari negaraChina unutk menghiasi bumbung, lantai dan dinding-dinding masjid ini.
Motif hiasan yang menghiasi pintu, tingkap dan juga hiasan pada tepi tebing bumbung juga dipengaruhi hiasan China. Pengaruh seni binaEropah dimasukkan dalam pembinaan masjid ini, khususnya dengan laparan plaster yang digunakan untuk dinding bahagian dalam masjid ini.
Masjid Kampong Keling terletak diBandar Melaka,Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang denganMasjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan1748 Masehi. Kemudianmasjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.
Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagangIndia Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.
Seni bina Masjid ini memang unik terdapat gabungan seni binaMasyarakat Melayu,Melayu Minang danCina Islam. Di masjid tersebut terdapat sebuah menara berbentuk pagoda bumbung bertiga tingkat. Kebanyakan lantai jubin di Masjid Kampung Keling ini dibawa tempahan khas dari Kerajaan Khalifah Islam Chi Na Manchu Cing. Segala ukiran-ukiran yang masih dalam masjid dibuat khas Tukang Ukir dari Masyarakat Melayu. Terdapat sebuah kolah air untuk sembahyang di kiri Masjid serta pancutan air di tengah kolah. Tiang menyokong bumbung kolah ini terdiri daripada besi waja padat berbentuk lukisanArab. Bumbungnya masih berkeadaan tetap. Terdapat jua perigi lama, masih digunakan berhampiran kolah ini.
Masjid ini dibenarkan untuk menerima pelawat. Namun, pelawat adalah dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan cara pakaian orang-orang Islam iaitu seluar yang menutupi lutut untuk lelaki dan memakai tudung atau skaf untuk wanita. Walau bagaimanapun, masjid ini menyediakan jubah untuk mereka yang tidak memakai pakaian yang sesuai. Selain itu, orang bukanIslam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat.
Rencana tentang bangunan dan struktur diMalaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanMasjid Kampung Keling |