Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Marshmallow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketulanmarshmallow merah jambu

Marshmallow (disebut [masy.mé.lo]);Jawi:مارشميلو, adalahmakanan ringan mempunyai tekstur gebu lembut yang dibentuk pelbagai rupa serta ada berbagai-bagai aroma dan warna. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bahan pemanis sepertigula atausirap jagung bersamaputih telur,gelatin,gam arab danbahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Gula-gula ini disukai semua lapisan umur di mana ia boleh dimakan begitu sahaja,dipanggang di atasapi unggun, dimasukkan ke dalam minuman (coklat panas bersusu,café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghiashidangan.[1]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]
Bunga tumbuhan spesiesAlthaea officinalis atau nama setempatnyamarsh-mallow

Nama gula-gula ini datang daripada bahan asal gula-gula dibuat iaitu dedaun dan batang tumbuhan renekAlthaea officinalis (nama setempat:marshmallow)[1][2] yang tumbuh ditanah-tanah berpaya (marsh) serataEropah,Asia Barat danAfrika Utara. Bapakedoktoran,Hippocrates, menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati luka memar dan kehilangan darah.[3]Dioscorides menulis tentang sifat-sifat positif marshmallow manakalaHoratius menulis mengenaisifat melawas tinja yang dapat dimanfaatkan dari pengambilan daun dan akar tanaman tersebut.[3]

Perkembangan

[sunting |sunting sumber]

Tabib-tabib Romawi menggunakan marshmallow untuk mengubat sakit gigi, gigitan serangga, bengkak kerana kedinginan, dan kulit yang terengsa.[3] PendudukCina,Mesir, danRoma memakan berbagai jenis gula-gula ini; begitu juga dengan penduduk Perancis memakan bunga dan daun tumbuhan ini suatu ketika dahulu.[3] MasyarakatEropah menggunakan bahan ini meredakan sakitgigi, gigitan serangga, gangguanpencernaan, dancirit-birit selamazaman Pertengahan.[3] Malah, gula-gula ini turut diberikan kepada bayi untuk mengalakkan pertumbuhan gigi.[3]

Alex Doumak mempatenkan prosesekstrusi pada tahun 1948 yang membolehkan manisan ini mula dibuat secara besar-besaran di kilang dengan mesinekstrusi.[1] Hasilnya berupa manisan kenyal berbentuk silinder yang dipotong-potong dan diguling-gulingkan dalam campurantepung jagung dangula halus.[1]

Ramuan

[sunting |sunting sumber]

Cara tradisi

[sunting |sunting sumber]

Sari tumbuhanAlthea officinalis diperolehi dengan merebus lumatanakar tumbuhan ini bersamamadu sehingga air rebusan ini memekat sebelum ia ditapis dan disejukkan sebelum dapat dimakan.[4][5]

Cara moden

[sunting |sunting sumber]

Tanpa adanya tumbuhan ini yang memberikan sifat kenyal semulajadi kepada gula-gula asal, marshmallow moden dihasilkan dengan seberapa bahan asas:

  • Protein yang memerangkapudara dipukul dalam adunan lalu menjadikan gula-gula produk akhir bersifat gebu.Putih telur digunakan untuk tujuan ini bersama jugagelatin yang bertakat suhu tinggi sekitar 35 °C kurang daripadasuhu badan manusia
  • Gula - campurangula pasir bersamasirap jagung. Kandungan gula dalam adunan mentah turut mempengaruhi sifat produk akhir yang tidak tentu bentuk (amorphous) hasil pemanasan dan penyejukan segera gula-gula ini lalu tidakmenghablur.[6]

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikitmencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcdCandyusa. diakses pada tanggal 14 Mei 2010
  2. ^"BSBI List 2007". Botanical Society of Britain and Ireland. Diarkibkan daripadayang asal(xls) pada 2015-01-25. Dicapai pada2014-10-17.
  3. ^abcdef(Inggeris)Situs Encyclopedia: Marshmallow.diakses pada tanggal 31 Maret 2010
  4. ^"How Marshmallows are Made".www.madehow.com.Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-31.
  5. ^"Marshmallows".www.candyusa.com. National Confectioners Association.Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-13.
  6. ^Husband, Tom (October 2014)."The Sweet Science of Candy Making".www.acs.org. American Chemical Society.Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-22.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Marshmallow&oldid=5693727"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp