* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:43, 11 Mei 2014 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 September 2013
Schwarzer membuat debut bersama Middlesbrough ketika menentangStockport County dalam perlawanan separuh akhirPiala Liga Inggeris. Beliau bermain dalam perlawanan akhir menentangLeicester City, seri 1–1 draw tetapi beliau mengalami kecederaan dan terpaksa keluar dari perlawanan. Dalam perlawanan itu, Middlesbrough tewas.
Dalam perlawanan akhirmusim 2004–05 menentangManchester City, beliau berjaya menyelamat sepakan penalti dariRobbie Fowler pada masa tambahan ketika keputusan perlawanan seri 1-1. Keputusan itu meletakkan Middlesbrough pada kedudukan ketujuh dan layak kePiala UEFA.
Schwarzer dikhabarkan akan meninggalkan Middlesbrough pada lewat 2005 dan akan menyertai kelab baru tetapi beliau membatalkan niatnya pada 20 Januari 2006 untuk menyertai kelab baru. Ketika beliau menentangWest Ham United, beliau mengalami kecederaan dan terpaksa berehat sepanjang musim. Tetapi beliau kembali semula dalam perlawanan akhir Piala UEFA menentangSevilla. Ketika kejayaan pasukan beliau membenamPortsmouth pada 29 Disember, beliau menjadi pemain terlama Liga Perdana dalam satu kelab mengalahkan rekodDennis Bergkamp, 315 perlawanan.[5]
Kontrak Schwarzer bersamaMiddlesbrough akan tamat pada Jun 2008 dan beliau ditawarkan satu lagi kontrak baru,[6] pengurusGareth Southgate merancang untuk memiliki seorang penjaga gol baru. Pada 21 Mei 2008, Schwarzer menandatangani kontrak selama dua tahun bersamaFulham selepas 11 tahun bersama Middlesbrough.[7] Schwarzer telah memasuki temu ramah dalam programThe World Game di mana beliau mengatakan pernah ditawarkan oleh kelabBayern Munich danJuventus tetapi menolak kerana mereka ingin beliau menjadi posisi nombor satu penjaga gol.[8]
Schwarzer membuat debut bersama Fulham ketika menentangHull City, tewas 2-1, tetapi beliau mengekalkan rekod bersih dalam perlawanan berikutnya menang 1-0 ke atasArsenal dan bermain setiap minit dalam musim 2008–09. Beliau juga mengekalkan rekod bersih dalam musim 2008–09 dan dalam semua kejohanan.
Schwarzer membuat aksi terbaik bersama Fulham walaupun Fulham tangga ke-17 liga sebelum ini. Kemenangan ke atasArsenal,Manchester United dan seri ke atasChelsea banyak aksi menyelamat bola oleh Schwarzer. Beliau telah menerima sebagai Pemain Terbaik Fulham 2008–09 dalam tahun pertamanya bersama kelab itu.[9] Beliau juga dinobatkan sebagai "Pemain Bulanan Liga Perdana" paad Februari 2010 di mana beliau hanya dibolosi satu gol, dua menang dan dua seri bersama pasukannya pada bulan tersebut, membuatkan beliau menjadi satu-satu pemain Australia yang lakukan sedemikian.
Beliau merupakan pemain penting Fulham ketika perlawanan akhir Liga Eropah pada 2010 tetapi pasukannya tewas kepada juara Eropah,Atlético Madrid dari Sepanyol.
Schwarzer menandatangani kontrak baru bersama Fulhan pada18 Januari 2012 di mana beliau kekal bersama Fulham sehingga musim panas 2013.[10]
Schwarzer menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan olehMikel Arteta ketika masa tambahan untuk membantu Fulham seri 3–3 menentang Arsenal.[11]
Pada 5 Jun 2013, Schwarzer mengumumkan beliau akan meninggalkan Fulham selepas ketibaanMaarten Stekelenburg. Beliau berkata, "Saya telah mendengar berita ini." "Ia bukan kejutan yang hebat dan saya dilihat akan mencari kelab lain."[12]
Pada 9 Julai 2013, Schwarzer menandatangani kontrak selama tahun bersama musuh Fulham,Chelsea dalam perpindahan percuma. Beliau kemudian berkata,"Ia adalah salah satu kelab terbesar dan terhebat di dunia dan saya berasa gembira bersama Chelsea".[14][15]
Beliau membuat debutnya bersama Chelsea ketika menentangSwindon Town dalam perlawananPiala Liga Inggeris 2013–14.[16] Dalam perlawanan kedua Schwarzer bersama Chelsea, beliau bermain dengan baik dan tidak bolos ketika menyingkirkan Arsenal dari kejohanan itu, Chelsea menang 2-0 pada 29 Oktober.[17]
Pada 11 Disember, Schwarzer menjadi pemain tertua bermain diLiga Juara-Juara UEFA di mana beliau bermain dengan baik dan tidak dibolos ketika menentangSteaua București, 1-0 di mana keputusan itu Chelsea melangkah ke peringkat kalah mati.[18]
Schwarzer menjadi pemain tertua mewakili Chelsea di Liga Perdana ketika menentangSunderland pada 19 April 2014 ketika beliau berusia 41 tahun dan 195 hari. Beliau menjadi pemain tertua dan memecah rekod yang dilakar olehGraham Rix (37 tahun 203 hari).[19] Pada 22 April, beliau menggantikanPetr Čech selepas pemain itu tercedera pada separuh masa pertama dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentangAtlético Madrid, seri 0–0.[20]
Pada 27 April beliau memulakan perlawanan menentangLiverpool di Anfield. Beliau bermain dengan baik tanpa dibolosi di mana Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool. Ini merupakan permainan ke-150 Liga Perdana buat Schwarzer tanpa dibolos.
Schwarzer termasuk dalam skuad Chelsea ketikamusim 2014-15[21] tetapi beliau hanya menandatangani kontrak selama satu tahun bersama kelab London itu pada 30 Jun 2014.[22]
Schwarzer membuat debut antarabangsa bersamapasukan kebangsaan Australia ketika menentangKanada diEdmonton dalam perlawanankelayakan Piala Dunia FIFA 1994. Beliau menjadi pemain gantian untukMilan Blagojevic selepas pilihan pertama,Robert Zabica dikeluarkan pada minit ke-17.[23] Dalam perlawanan kedua diSydney, beliau menjadi menjadi penyelamat Australia apabila menyelamat dua penalti dan berjaya menghantar Australia ke peringkat terakhir menentangArgentina. Beliau tidak bermain dalam perlawanan itu dan Australia tewas 2-1 berdasarkan agregat.
Dalam perlawanan play-offkelayakan Piala Dunia FIFA 2006 menentangUruguay, Schwarzer tidak bermain dalam perlawanan pertama diMontevideo apabila Australia tewas 1-0 dan apabila perlawanan kedua di Sydney, Australia menang 1-0 dan agregat menjadi 1-1. Schwarzer menjadi penyelamat Australia apabila menyelamat dua tendangan penalti dan kemenangan memihak kepada Australia, 4-2.
Dalam perlawananPiala Dunia FIFA 2006 diJerman, beliau bermain dua perlawanan peringkat kumpulan Australia menentangJepun dan menentangBrazil. Dalam perlawanan ketiga, beliau digantikan olehŽeljko Kalac, tetapi selepas Kala membuat aksi hambar, beliau menjadi penjaga gol utama ketika pusingan 16 menentangItali. Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya menampan bola yang disudahkan olehFrancesco Totti dalam masa kecederaan dan sejurus selepas itu, Australia tersingkir dari Piala Dunia.
Selepas Piala Dunia 2006, beliau bermain dalam setiap perlawanan Australia diPiala Asia 2007. Walaupun beliau bermain kurang memuaskan ketika seri 1-1 menentangOman, beliau melakukan aksi yang hambar sekali lagi ketika pasukan Australia tewas memalukan 3-1 kepadaIraq. Beliau juga tidak berjaya menepis beberapa tendangan penalti yang dilakukan oleh pemain Jepun ketika seri 1-1 menentangJepun. Pasukan Socceroos tersingkir apabila Schwarzer tidak berjaya menyelamat beberapa tendangan pemain Jepun. Selepas perlawanan, beliau berkata ini adalah kali pertama tendangan penalti dalam kerjayanya yang pernah tewas.[24]
Schwarzer menyelamat tendangan penalti yang dilakukan olehShao Jiayi pada minit ke-89 ketika menentangChina, seri 0-0 dalam perlawanankelayakan Piala Dunia FIFA 2010 pada Mac 2008.[25]Beliau menerima kad kuning kedua dalam kejohanan yang sama ketika menentangQatar diDoha di mana Australia menang selesa 3-1. Beliau terlepas perlawanan kedua Australia menentang China di Sydney. Beliau bermain setiap perlawanan dalam perlawanan kedua kelayakan.
Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol dalam kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dalamPiala Dunia FIFA 2010 diAfrika Selatan. Australia bersama pasukanJerman,Ghana danSerbia. Pada perlawanan pertama, Australia kalah besar kepada pasukan besar Jerman, 4-0 tetapi pasukan Socceroos seri 1-1 bersama Ghana dalam perlawanan seterusnya. Dalam perlawanan terakhir, Australia menumpaskan Serbia 2-1 dan Australia mengutip empat mata tetapi ia tidak cukup untuk ke pusingan 16 apabila perbezaan gol bersama Ghana.
Selepas kejohanan, Schwarzer merasakan beliau mungkin beraksi diPiala Dunia FIFA 2014 di mana usia beliau pada ketika itu 41 tahun.[26][27] Walau bagaimanapun, pada 5 November 2013, beliau mengumumkan persaraan bola sepak dari pasukan kebangsaan.[28]
Schwarzer telah dilahirkan di North Richmond, Sydney dan belajar di Sekolah Tinggi Colo. Beliau bermain bola sepak bersama kelab Colo Cougars. Ibu bapa beliau, Hans-Joachim dan Doris merupakan imigran ke Australia dariJerman pada 1968.[38] Beliau merupakan penuturbahasa Jerman.[39]