Mark Richard Hamill (lahir 29 September 1951) ialah seorang pelakonaksi dansuara dariAmerika Syarikat. Beliau paling dikenali kerana melakonkan watak Luke Skywalker dalam siri filemStar Wars serta watak "The Joker" dalam beberapa projek berkaitan dalam francais adiwiraBatman.
Mark merupakan seorang dari tujuh adik-beradik[1] yang lahir kepada Virginia Suzanne (née Johnson) and Kpt. William Thomas Hamill (dariTentera Laut Amerika Syarikat).[2] Bapanya sering bertukar tempat dalam menjalani tugasannya sehingga Mark sering bertukar sekolah dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Ayahnya ditempatkan diJepun semasa tahun awal tahap sekolah tingginya di mana Mark menjalani pendidikan di Nile C. Kinnick High School diYokohama - di situlah juga beliau menghabiskan persekolahannya pada tahun 1969.[3][4] Beliau meneruskan pengajiannya diLos Angeles City College di mana beliau lulus bidang drama.[5]