Maria Chin Abdullah AP | |
|---|---|
| AhliParlimen Malaysia bagiPetaling Jaya,Selangor | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Hee Loy Sian |
| Digantikan oleh | Lee Chean Chung |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mary Chin Cheen Lian (1956-09-29)29 September 1956 (umur 69) |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | |
| Kediaman | Kuala Lumpur |
| Pendidikan | BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning |
| Tempat belajar | Universiti London |
| Pekerjaan | Ahli politik, Pejuangpertubuhan bukan kerajaan (NGO) |
Yang Berhormat PuanMaria Chin binti Abdullah (lahirMary Chin Chee Lian; 29 September 1956) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita diMalaysia. Beliau memegang ijazah dalam BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, Universiti London.
Beliau aktif dalambadan bukan kerajaan sebagai PresidenPersatuan Pergerakan Wanita (AWAM) sehingga 1990-an dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kolektif Pembangunan Wanita (Women's Development Collective) sehingga 2005. Beliau mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita termasuk dalam talian dan luar talian, dan juga hak wanita Islam.
Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepadaPersatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER). Organisasi ini memperjuangkan hak-hak kumpulan-kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, terutamanya wanita dan remaja.[1] EMPOWER, sebagai ahli, bekerjasama denganJoint Action Group for Gender Equality (JAGDiarkibkan 2013-11-02 diWayback Machine) untuk mempertahankan hak-hak wanita. Pada 24 Oktober 2013, JAG memenangiAnugerah Bangsa-bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Millenium (United Nations Millenium Development Goals) Ketiga untuk Kesaksamaan Gender (Gender Equality). EMPOWER juga bekerjasama dan Sekretariat Bersama denganSUARAM di dalamCOMANGO (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia untuk proses United Nations Universal Periodic Review (UNPR).
Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu [BERSIH2.0] pada tahun 2009. EMPOWER ialah Sekretariat kepada BERSIH 2.0. Beliau juga adalah Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidekan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women -ARROW) sejak 2010.
Pada 18 November 2016, Polis Diraja Malaysia menahan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan, Tindakan Khas (SOSMA), yang membenarkan polis Malaysia menahan seseorang selama 28 hari sebelum memfailkan sebarang pertuduhan.[2][3] Dia dibebaskan pada 28 November 2016 selepas 11 hari dalam tahanan.
Kerajaan AS telah mengkritik penahanannya di dalam sel kurungan pengasingan yang diterangi secara kekal, mengatakan bahawa kerajaan AS "bermasalah dengan penahanan berterusan dan kurungan bersendirian Maria Chin Abdullah di bawah undang-undang keselamatan negara". Dia ditahan sehari sebelum bantahan awam besar-besaran terhadap ketua kerajaan persekutuan Malaysia Najib Razak kerana dakwaan rasuah yang meluas melibatkan skandal dana negara AS$4 bilion.
Beliau bertanding pada PRU14. Dia memilih kawasan pilihan raya parlimenPetaling Jaya Utara dan bertanding di atas tiketParti Keadilan Rakyat. Selepas persempadanan semula yang dijalankan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama bagi Petaling Jaya Utara ditukar kepadaPetaling Jaya manakala Petaling Jaya Selatan ditukar kepadaDamansara. Beliau telah berjaya menewaskan calon daripadaBarisan Nasional dengan memenangi 78,984 undian, lantas beliau mendapat gelaranYang Berhormat.[4]
Beliau adalah pengkritik lantang terhadap undang-undang yang melanggar hak asasi manusia dan memanggil akta-akta ini untuk dimansuhkan. Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keamanan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Beliau juga menentang kembalinya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengatakan akta tersebut adalah ancaman kepada keadilan dan demokrasi.[5]
Beliau bertemu Mohamad Yunus bin Lebai Ali, seorang aktivis pelajar Malaysia era 1970-an. Yunus Ali berada dalam buangan dan merupakan bekas pejuang kemerdekaan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pada tahun 1987 Yunus Ali telah ditahan akibatOperasi Lalang, di mana Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan terhadap 106 aktivis sosial dan ahli politik lain. Mereka berkahwin pada 1992, tiga tahun selepas Yunus dibebaskan pada 1989. Maria memeluk Islam ketika itu. Yunus meninggal dunia pada 2010 akibat lupus. Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki iaitu, Azumin Mohamad Yunus, Aziman Maria dan Azemi Maria.