Keraian Mardi Gras diMarseille, Perancis tahun 2009.
Mardi Gras [ˈmɑːrdi ˌɡrɑː, mar-di gra] difahamkan sebagai suatuperayaan besar-besaran bermula pada atau selepas perayaanEpifani (Epiphany atauThree Kings Day- "HariTiga Raja") lalu memuncak pada hariSelasa mengambang sebelumRabu Abu (Shrove Tuesday). Nama perayaan itu sendiri daripada istilahbahasa Perancis bermaksud "Selasa Gemuk" yang merujuk kepada amalan memakan makananberlemak sebelum berpantang danberpuasa dalam tempoh khusus dpanggilLent. Karnival merupakan acara yang penting di negara-negarabermazhabAnglikan danKatolik.[1]
Tempoh keraian perayaan ini berbeza di banyak tempat mengikut adat yang lazim dalam kalangan masyarakat setempat.New Orleans, negeriLouisiana,Amerika Syarikat misalnya merangkum Mardi Gras dalam seluruh tempoh dari Twelfth Night (malam terakhirKrismas memulakanEpifani) sampailah ke Rabu Abu,[2][3] manakala ada sesetengah tempat yang meraikan karival selama tiga hari sebelum hari Rabu tersebut.[4] Bahkan, ada juga sesetengah masyarakat yang mengadakan perarakan ini padaTahun Baru.[3]
^Melitta Weiss Adamson, Francine Segan (2008).Entertaining from Ancient Rome to the Super Bowl.ABC-CLIO.In Anglican countries, Mardis Gras is known asShrove Tuesday-fromshrive meaning "confess"-orPancake Day — after the breakfast food that symbolizes one final hearty meal of eggs, butter, milk and sugar before the fast. On Ash Wednesday, the morning after Mardi Gras, repentant Christians return to church to receive upon the forehead the sign of the cross in ashes.
^ab"Mardi Gras Terminology"."Mobile Bay Convention & Visitors Bureau". Diarkibkan daripadayang asal pada 9 December 2007. Dicapai pada18 November 2007.
^Bratcher, Dennis (7 January 2010)."The Season of Lent".Christian Resource Institute. Dicapai pada25 June 2016.