Sukanmaraton (Tulisan Jawi: ماراتون) merupakan suatu perlumbaan yang melibatkan berjalan, berlari biasa mahupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela),[1] yang biasanya berlangsung di sebatang jalan raya besar.
Acara sukan ini dikatakan bermula apabila seorang askar pengutus bernamaPheidippides berlari membawa berita kemenangan tenteraYunani mengalahkan tenteraParsi dalamPertempuran Marathon[2] yang berlaku sekitar took Ogos atau September tahun 490 SM.[3] Pheidippides membuat larian dari Marathon keAthens, yang mana jarak antara kedua-dua lokasi ini diukur sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.
ApabilaSukan Olimpik moden bermula di Athens pada tahun 1896, marathon adalah acara paling ditunggu-tunggukan oleh peserta dan para peminatnya. Seramai 17 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Acara ini telah dimenangi oleh seorang pengembala tempatan bernama Spiridin Louis, yang dihadiahi sebutir pingat dan seekor kuda, serta sebuah kereta kuda untuk kampungnya.
Acara ini telah dimenangi oleh pelbagai bangsa di dunia, serta mencetuskan kisah yang menarik. Misalnya, diSukan Olimpik London pada tahun 1908, seorang pesertaItali bernamaDorando Pietri tiba di stadium dalam keadaan terhuyung-hayang dan terpaksa dipapah ke garisan penamat. Kemenangan tersebut diisytiharkan sebagai tidak sah kerana beliau dibantu oleh orang lain.
Untuk pengetahuan pengguna semua, acara maraton adalah acara yang biasanya dijalankan pada hari terakhir sesuatu kejohanan sukan peringkatAsia dan Olimpik.
Jarak yang tetap bergantung kepada laluan yang sedia ada di setiap lokasi yang diberikan.
Dalam acara maraton yang pertama ketika Sukan Olimpik1908, perlumbaan acara marathon telah bermula dari White City, di bahagian barat kotaLondon. Jarak lariannya sejauh 26 batu 385 ela (42.2 km). Semenjak itu, jarak ini telah diiktiraf sebagai jarak rasmi sukan maraton, terutamanya olehPersekutuan Atlet Amatur Antarabangsa (IAAF) pada Mei 1921.[4][5][6][7]
Pada masa ini, perlumbaan acara maraton telah bermula dari stadium. Peserta yang mengambil bahagian akan berlari di sekitar bandar raya yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, dan akan berakhir di stadium tersebut.
Acara maraton biasanya bermula pada hari terakhir kejohanan berlangsung. Biasanya acara ini bermula pada awal pagi dan para peserta akan berlari di atas jalan raya.
Selain popular di Sukan Olimpik, marathon juga adalah satu acara yang diadakan diSukan Komanwel dan kejohanan terbuka lainnya. Acara marathon telah mula dipertandingkan untuk kaum wanita di Sukan OlimpikLos Angeles pada tahun 1984, buat julung kalinya.
Peserta berkulit hitam dariKenya sepertiHenry Rono, adalah antara peserta yang unggul dalam acara ini di peringkat Sukan Olimpik dan dunia. Namun begitu, peserta dariJepun danChina dari benua Asia juga tidak kurang handal dan hebatnya dalam acara ini.
Biasanya, acara ini akan bermula pada awal-awal pagi lagi. Para pegawai kejohanan akan bersiap sedia sejak subuh lagi dengan menampal pelekat pandu arah, menyediakan air batu dan sepan untuk mengesat air kepada pelari yang memerlukan. Kawalan keselamatan diadakan dengan begitu rapi. Pihak polis trafik bekerja keras untuk memastikan lokasi pertandingan menjadi medan yang selamat untuk pelari, yang mengambil bahagian.
Para peminat acara ini berbaris di tepi-tepi jalan raya untuk menyaksikan pertandingan yang menguji daya tahan otot dan stamina pelari yang mengambil bahagian. Peserta yang memenangi acara ini adalah dianggap sebagai pelari paling kuat daya diri dan semangat juangnya.
^"IAAF Competition Rules for Road Races".Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa. Persatuan Persekutuan Atlet Antarabangsa. 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-09-23. Dicapai pada1 November 2010.
^"Retreats — Athens". Jeffgalloway.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 1 Jun 2009. Dicapai pada22 Ogos 2009.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)