Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Mao Zedong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Mao Zedong" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(November 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Mao Zedong
毛泽东
Mao pada 1955
Pengerusi Parti Komunis China
Dalam jawatan
20 Mac 1943 – 9 September 1976
Timbalan
Didahului olehZhang Wentian (sebagaiSetiausaha Agung)
Digantikan olehHua Guofeng
Presiden Republik Rakyat China
Dalam jawatan
27 September 1954 – 27 April 1959
PremierZhou Enlai
TimbalanZhu De
Digantikan olehLiu Shaoqi
Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat
Dalam jawatan
8 September 1954 – 9 September 1976
Timbalan
Digantikan olehHua Guofeng
PengerusiKerajaan Rakyat Pusat
Dalam jawatan
1 Oktober 1949 – 27 September 1954
PremierZhou Enlai
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Li Zongren(sebagaiPresiden Republik Rakyat China)
Pengerusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China
Dalam jawatan
9 Oktober 1949 – 25 Disember 1954
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Digantikan olehZhou Enlai
Maklumat peribadi
Lahir(1893-12-26)26 Disember 1893
Shaoshan, Hunan,Dinasti Qing
Meninggal dunia9 September 1976(1976-09-09) (umur 82)
Beijing,China
Tempat semadiDewan Memorial Pengerusi Mao, Beijing
Parti politikParti Komunis China (sejak 1921)
Gabungan politik
lain
Kuomintang (1925–1926)
Pasangan
Anak
Ibu bapa
Tempat belajarUniversiti Normal Pertama Hunan
TandatanganTandatangan
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas毛泽东
Tulisan Cina Tradisional毛澤東
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinMáo Zédōng
Bopomofo[ㄇㄠˊ   ㄗㄜˊ   ㄉㄨㄥ]Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 1: ㄇ) (help)
Wade–GilesMao2 Tse2-tung1
Tongyong PinyinMáo Zé-dong
IPA[mɑ̌ʊ tsɤ̌.tʊ́ŋ] (dengar)
Wu
SuzhouneseMáu Zéh-ton
Hakka
PerumianMô Chhe̍t-tûng
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Perumian YaleMòuh Jaahk-dūng
Jyutpingmou4 zaak6 dung1
IPAmɔw˩ tsak̚˨ tʊŋ˥Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 11: ̚) (help)
Bahasa Min Selatan
POJBahasa HokkienMô͘ Te̍k-tong
Tâi-lôMôo Ti̍k-tang
Nama kesopanan
Tulisan Cina Ringkas润之
Tulisan Cina Tradisional潤之
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinRùnzhī
Bopomofo[ㄖㄨㄣˋ   ㄓ]Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 1: ㄖ) (help)
Wade–GilesJun4-chih1
Tongyong PinyinRùn-jhih
IPAɻwə̂n.ʈʂɻ̩́Error: {{Transliteration}}: transliteration text not Latin script (pos 11: ̩) (help)
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutpingjeon6 zi1
IPA[jɵn˨ tsi˥]
Bahasa Min Selatan
POJBahasa HokkienLūn-chi
Keahlian institusi pusat

Pejabat lain yang diadakan
Pemimpin tertinggi
Republik Rakyat China

Mao Zedong (26 Disember18939 September1976) (juga dieja sebagaiMao Tse-Tung dalamtransliterasiWade-Giles) ialah seorang ahli teoriMarxisme,askar,negarawanCina, danKetua Parti Komunis China, yang mengetuai revolusikomunisChina selepaspendudukan asing danperang saudara selama berdekad-dekad padaabad ke-20. Mao mengumumkan pengasasanRepublik Rakyat China pada1 Oktober1949 diDataran Tiananmen,Beijing.

Mao mengejar cita-cita untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang kukuh dan makmur. Bagaimanapun, keputusan rancangan-rancangan sosio-politik Mao yang utama membawa kecelakaan yang melumpuhkan perkembangan China dan menyebabkan kesusahanekonomi, kerusuhan sosial dankebuluran yang meluas. Antara rancangan-rancangan tersebut termasukKempen Anti Puak Kanan,Lompatan Agung ke Depan, danRevolusi Kebudayaan.

Kehidupan awal

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan di sebuah desa yang dikenali sebagaiShaoshan diKaunti Xiangtan,Hunan, Mao adalah anak sulung kepada sebuah keluarga petani yang agak kaya. Oleh itu, beliau bertutur dalambahasa Xiang dan bukannyabahasa Mandarin sebagai bahasa pertamanya. Nenek moyangnya berhijrah dari provinsiJiangxi semasaDinasti Ming, berkahwin dengan wanita-wanita orang asli, dan menetap di sana sebagai petani. SemasaRevolusi 1911, Mao berkhidmat dengan rejimen tempatan diHunan. Bagaimanapun, beliau tidak suka akan perkhidmatan tentera dan kembali ke sekolah diChangsha.

Selepas memperoleh ijazahnya daripadaSekolah Biasa Provinsi Pertama Hunan pada tahun1918, Mao membuat perjalanan dengan ProfesorYang Changji, guru sekolah tinggi serta bakal bapa mertuanya, keBeijing semasaGerakan 4 Mei pada tahun1919. Profesor Yang memegang jawatan fakulti diUniversiti Beijing dan disebabkan perakuannya, Mao bertugas sebagai penolong pustakawan di universiti tersebut di bawahkuratorLi Dazhao. Mao kemudian mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di Universiti Beijing dan menyertai banyak syarahan dan seminar oleh cendekiawan-cendekiawan, termasukChen Duxiu,Hu Shi, danQian Xuantong. Semasa berada di Beijing, beliau membaca sebanyak yang dapat dan ini memperkenalkannya kepada teori-teorikomunisme. Mao berkahwin denganYang Kaihui, anak perempuan Profesor Yang serta rakan sekolahnya, walaupun terdapat perkahwinan yang telah diatur oleh ayahnya. Bagaimanapun, Mao tidak pernah mengakui perkahwinan ini.

Mao melepaskan peluang untuk belajar diPerancis, akibat kemiskinan. Beliau kemudian mendakwa bahawa keputusan ini adalah kerana masalah-masalah China hanya boleh dikaji dan diselesaikan di dalam China. Berbeza dengan pemimpin-pemimpin sezaman, Mao menuju ke arah yang bertentangan dan mengkaji petani-petani yang merupakan majoriti penduduk China. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli revolusi profesional.

Pada23 Julai1921, Mao yang ketika itu berumur 27 tahun, menghadiri sidang pertamaKongres Parti Komunis China diShanghai. Dua tahun kemudian, beliau dipilih sebagai salah satu daripada lima komisar Jawatankuasa Pusat semasa sidang Kongres ketiga.

Buat satu tempoh yang singkat, Mao duduk di Shanghai, sebuah bandar raya penting yang ditegaskan olehParti Komunis China (CCP) untuk Revolusi. Akan tetapi selepas Parti itu menjadi miskin dan menghadapi kesukaran-kesukaran yang utama dalam pembentukan gerakan-gerakan kesatuan sekerja serta dalam hubungannya denganKuomintang, sekutu nasionalisnya, Mao berasa kecewa dengan revolusi itu dan beredar ke Shaoshan. Semasa duduk di rumah, Mao mengobar-ngobarkan semula semangat revolusinya selepas diberitahu tentang pemberontakan 1925 di Shanghai dan Guangzhou. Sebagai pengembalian cita-cita politiknya, beliau kemudian pergi ke Guangdong, pangkalan Kuomintang, dan mengambil bahagian dalam persediaan sidang kedua Kongres Kebangsaan Kuomintang.

Pada awal tahun 1927, Mao kembali ke Hunan dan dalam sebuah mesyuarat segera yang diadakan oleh Parti Komunis, membuat laporan berdasarkan penyelidikannya terhadap pemberontakan-pemberontakan petani di tengah-tengahEkspedisi Utara. Ini dianggap merupakan langkah permulaan dan langkah muktamad terhadap penggunaan teori-teori revolusi Mao yang berjaya.

Idea-idea politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Maoisme


Mao telah diperkenalkan kepada Marxisme diBeijing sebelum perkahwinannnya denganYang Kaihui. "Adanya tiga buah buku yang meninggalkan tanggapan yang besar dalam akal saya", Mao mengingat kembali, "Buku-buku itu membantu saya membina kepercayaan yang kukuh terhadap Marxisme". Antara ketiga-tiga buku yang penting itu ialahManisfesto Komunis.

Proses Mao menjadi seorang penyokongMarxisme adalah beransur-ansur. Dalam tahun 1920 di Hunan, beliau menyumbang sebilangan esei kepada akhbar-akhbar yang menyokong autonomi provinsi Hunan. Beliau mempercayai dengan muktamad bahawa autonomi provinsi adalah prasyarat kepada kemakmuran tempatan dan kemakmuran tempatan akan menyebabkan sebuah China yang lebih kuat dan makmur.

Pada tahun 1920, Mao juga mengembangkan teorinya terhadap revolusi ganas. Teorinya diilhami oleh revolusi Rusia dan mungkin juga dipengaruhi oleh karya-karya kesusasteraan Cina:Hikayat Pinggir Air danHikayat Tiga Kerajaan. Mao mencuba mensubversikan perikatanimperialisme danfeudalisme di China. Beliau menganggap bahawa penyokong-penyokong Nasionalis adalah mudah terjejas dari segi ekonomi serta politik dan oleh itu, revolusi tidak boleh dipimpin oleh mereka. Mao menyimpul bahawa revolusi ganas harus dijalankan oleh golonganproletariat di bawah kepimpinan parti Komunis.

Pada sepanjang dekad1920-an, Mao mengetuai beberapa perjuangan buruh, berdasarkan kajian-kajiannya terhadap penyebaran dan pengendalian pergerakan-pergerakan buruh sezaman. Bagaimanapun, perjuangan-perjuangan itu dihancurkan dengan berjaya oleh kerajaan, dan Mao melarikan diri dariChangsha selepas dilabelkan sebagai seorangaktivis radikal. Beliau berfikir-fikir tentang kegagalan-kegagalan ini dan akhirnya sedar bahawa: 1) pekerja-pekerja tidak berupaya mengetuai revolusi kerana mereka merupakan sebahagian kecil jumlah penduduk China, dan 2) perjuangan-perjuangan buruh tanpa bersenjata tidak dapat mengatasi masalah-masalah penindasan imperialisme dan feudalisme.

Mao mula bergantung kepada petani-petani Cina yang kemudian menjadi penyokong-penyokong kuat teori revolusi ganasnya. Kebergantungan kepada golongan proletariat luar bandar berbanding dengan golongan proletariat bandar untuk memulakan revolusi ganas membezakan Mao daripada pendahulu-pendahulunya dan pemimpin-pemimpin sezaman. Mao pada dirinya berasal daripada keluarga petani dan oleh itu, beliau memupuk reputasinya antara para pekebun dan petani, dan memperkenalkan mereka kepadaMarxisme.

Perang dan Revolusi

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun 1927, Mao memulakanPemberontakan Penuaian Musim Luruh yang masyhur diChangsha,Hunan, sebagai Panglima Agungnya. Angkatan tentera yang diketuai oleh Mao yang dinamakanTentera Pekerja dan Petani Revolusi ditewaskan dan diselerak selepas beberapa pertempuran yang garang. Selepas itu, askar-askar yang keletihan itu terpaksa meninggalkan Hunan untuk keSanwan, Jiangxi dan di sana, Mao membentuk semula angkatan tentera yang terselerak dan menyusun semula divisyen tenteranya menjadi sebuah rejimen yang lebih kecil. Dan Mao memerintah bahawa setiap kompeni harus mempunyai sebuah pejabat cawangan parti dengan seorang komisar sebagai ketuanya yang memberi arahan politik berdasarkan mandat-mandat orang atasan. Penyusunan semula ketenteraan di Sanwan, Jiangxi, memulakan penguasaan mutlak CCP terhadap angkatan tenteranya dan telah dianggap sebagai mempunyai kesan yang paling asas dan mendalam kepada revolusi Cina. Mereka kemudian bergerak keGunung-ganang Jinggang, Jiangxi.

Di gunung-ganang Jinggang, Mao memujuk dua orang ketua pemberontak tempatan berikrar untuk taat setia kepadanya. Di sana, Mao menggabungkan semula angkatan tenteranya dengan angkatan tenteraZhu De untuk membentukBarisan Keempat Tentera Merah Pekerja dan Petani China, atau secara singkat,Tentera Merah.

Dari tahun 1931 hingga 1934, Mao membantu mengasaskanRepublik China Soviet dan dipilih sebagai Pengerusi republik kecil di tengah-tengah kawasan bergunung-ganang di Jiangxi. Di sini, beliau berkahwin denganHe Zizhen. IsterinyaYang Kaihui telah dikorbankan dalam revolusi selepas ditangkap dan dihukum mati pada tahun 1930, hanya tiga tahun selepas pemergian mereka.

Di Jiangxi, kuasa Mao, khususnya penguasaan angkatan tenteranya, dicabar oleh cawangan CCP di Jiangxi serta pegawai-pegawai tenteranya. Para penentang menentang reformasi tanah Mao serta cadangan-cadangannya untuk membuat reformasi terhadap cawangan parti dan pimpinan tentera tempatan. Antara penentang-penentang yang termasyhur adalahLi Wenlin, pengasas cawangan CCP dan Tentera Merah di Jiangxi. Mao bergerak balas dengan mula-mulanya menuduh penentang-penentang itu keranaoportunisme dankulakisme, dan kemudian memulakan satu siri penumpasan yang sistematik terhadap mereka. Penumpasan-penumpasan itu kemudian menjadi penghapusan fizikal yang berdarah. Bilangan mangsa dianggarkan sebanyak beribu-ribu. Melalui apa yang dipanggilterorisme revolusi atauterorisme merah, kuasa dan penguasaan Mao di Jiangxi dikekalkan dan terjamin. Bagaimanapun, kejadian ini meninggalkan parut-parut yang tidak dapat dilupakan oleh Mao.

Dengan bantuanZhu De, Mao membina seangkatan tentera yang sederhana tetapi berkesan, dan menjalankan ujikaji-ujikaji reformasi dan kerajaan luar bandar. Beliau membekalkan perlindungan kepada orang-orang Komunis yang melarikan diri daripada penyingkiran-penyingkiran berhaluan kanan di bandaraya-bandaraya. Kaedahnya biasanya dirujuk sebagai perang gerila; tetapi Mao sendiri membezakan antaraPerang Gerila (youji zhan) denganPerang Bergerak (yundong zhan).

Perang Gerila serta Perang Bergerak Mao berdasarkan kenyataan bahawa persenjataan dan latihan ketenteraan Tentera Merah adalah lemah. Tenteranya terdiri terutamanya daripada petani-petani yang miskin yang didorong oleh keghairahan revolusi serta hasrat untuk mencipta sebuahutopia komunis.

Pada sekitar tahun 1930, terdapat melebihi sepuluh kawasan yang biasanya dipanggil "kawasan soviet" di bawah penguasaan CCP, dengan bilangan askar Tentera Merah melebihi seratus ribu orang. Kemakmuran "kawasan-kawasan soviet" memeranjatkan dan membimbangkanChiang Kai-shek, pengerusi kerajaan Kuomintang (KMT), yang melancarkan lima gelombang kempen pengepungan terhadap "kawasan soviet pusat". Melebihi sejuta askar Kuomintang terlibat dalam kelima-lima kempen ini, dengan empatnya ditewaskan oleh tentera merah yang diketuai oleh Mao.

Di bawah tekanan-tekanan yang semakin meningkat daripada kempen-kempen pengepungan KMT, terwujudnya perebutan kuasa dalam pimpinan Komunis. Mao disingkirkan daripada semua jawatan penting dan digantikan dengan individu-individu (termasukZhou Enlai) yang taat setia kepada sikap ortodoks yang didukung oleh Moscow dan yang diwakili dalam CCP oleh sekumpulan yang dikenali sebagai28 Bolshevik.

Chiang Kai-shek, yang lebih awal mengambil alih penguasaan China pada nama sahaja disebabkan sebahagian oleh Ekspedisi Utara, berazam untuk menghapuskan pihak Komunis. Menjelang Oktober 1934, beliau berjaya mengepung mereka dan menyebabkan "Perjalanan Jauh", suatu pengunduran dari Jiangxi di tenggara keShaanxi di barat laut China. Adalah semasa perjalanan 9,600 kilometer (5,965 batu) yang menelan masa setahun bahawa Mao muncul sebagai ketua Komunis, dibantu olehPersidangan Zunyi serta pembelotanZhou Enlai kepada pihaknya. Di Persidangan ini, Mao memasuki Jawatankuasa Tetap Politburo Parti Komunis China.

Dari pangkalannya diYan'an, Mao mengetuai tentangan Komunis terhadap pihak Jepun dalamPerang China-Jepun Kedua (1937-1945). Mao mengukuhkan lagi kuasanya dalam Parti Komunis pada tahun 1942 dengan melancarkan kempenCheng Feng, atau "Pembetulan" terhadap pesaing-pesaingnya dalam CCP sepertiWang Ming,Wang Shiwei, dan Ding Ling. Juga semasa di Yan'an, Mao bercerai dengan He Zizhen dan berkahwin dengan seniwati Lan Ping yang kemudian dikenali sebagaiJiang Qing.


Semasa perang China-Jepun, strategi-strategi Mao ditentang oleh kedua-dua Chiang Kai-shek dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat menganggap Chiang sebagai seorang sekutu yang penting kerana berupaya membantu memendekkan perang melalui pertempuran dengan pihak Jepun di China. Chiang, sebaliknya, mencuba membina seangkatan tentera ROC untuk pertempuran yang pasti berlaku dengan angkatan-angkatan tentera komunis Mao selepas keakhiranPerang Dunia II. Fakta ini tidak difahami oleh Amerika Syarikat, dan peruntukan senjatapinjam-sewa yang berharga kepada Kuomintang diteruskan. Sebagai balasan, Mao menghabiskan sebahagian masa dalam perang itu (adakah bahagian ini besar atau kecil dipertikaikan) untuk bertempur dengan Kuomintang bagi tujuan menguasai beberapa bahagian yang tertentu di China. Kedua-dua pihak Komunis dan Nasionalis telah dikritik kerana bertempur dengan diri sendiri, dan bukannya bersekutu untuk bertempur dengan Tentera Empayar Jepun.

Pada tahun 1944, Amerika Syarikat menghantar utusan khas yang dipanggilMisi Dixie untuk bertemu dengan Parti Komunis China. Menurut Edwin Moise dalam karyanya,China Moden: Sejarah Edisi Ke-2:

Kebanyakan orang Amerika berasa tertarik. CCP kelihatan kurang korup, lebih bersatu, dan lebih bersemangat menentang Jepun berbanding denganKuomintang. Selebaran-selebaran yang diturunkan di seluruh China Utara... mengesahkan kepada orang-orang atasan bahawa CCP adalah kuat dan popular di kawasan yang luas. Pada akhirnya, hubungan-hubungan yang dikembangkan oleh Amerika Syarikat dengan CCP tidak menyebabkan sebarang hasil.


Walaupun demikian, pengulas-pengulas moden menyangkal tuntutan-tuntutan ini. Antaranya, Willy Lam menyatakan bahawa semasa perang dengan Jepun:

Kebanyakan korban perang askar China terdiri daripada anggota-anggota KMT, dan bukannya divisyen-divisyen Komunis. Mao dan banyak pemimpin gerila yang lain memutuskan pada masa itu untuk mengekalkan kekuatan mereka bagi "perjuangan yang lebih besar" untuk mengambil alih seluruh China sebaik sahaja Tentera Empayar Jepun dihapuskan oleh Angkatan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.[1]


Selepas akhir Perang Dunia II, Amerika Syarikat meneruskan sokongannya kepada Chiang Kai-shek, yang kini menentangTentera Merah (yang diketuai oleh Mao Zedong) secara terbuka dalamperang saudara untuk menguasai China. Sokongan Amerika Syarikat adalah selaras dengan tujuannya untuk mengawal dan menewaskan "komunisme dunia". Serupa juga, Kesatuan Soviet memberi sokongan kuasi-terselindung kepada Mao (Rusia lebih bertindak sebagai suatu jiran yang bimbang, berbanding dengan menganggap China sebagai sekutu ketenteraannya, bagi mengelakkan sebarang pertikaian terbuka dengan Amerika Syarikat) dan memberi banyak bekalan senjata kepada Parti Komunis China, walaupun rekod-rekod China yang lebih baru menunjukkan bahawa "bekalan" Soviet tidak sebesar dengan apa yang dahulu dipercayai, dan selalu tidak mencapai jumlah bantuan yang dijanjikan.

Pada21 Januari1949, angkatan tentera Kuomintang mengalami kekalahan yang amat besar terhadap Tentera Merah Mao. Pada awal pagi10 Disember1949, askar-askar Tentera Merah mengepungChengdu, bandar raya terakhir yang diduduki oleh KMT di tanah besar China, dan Chiang Kai-shek memindahkan kerajaannya dari tanah besar keTaiwan (Formosa) pada hari yang sama.

Kematian

[sunting |sunting sumber]

Mao Zedong meninggal dunia ketika berumur 82 tahun pada pukul 12.10 pagi,9 September1976 di Beijing. Beliau maut, akibatsklerosis lateral amiotrofik yang lebih dikenali sebagaiPenyakit Lou Gehrig. Mao telah tidak sihat selama beberapa tahun, dan kesihatannya merosot dengan ketara beberapa bulan sebelum kematiannya. Mayatnya terletak diDewan Besar Rakyat. Upacara memperingatinya diadakan diDataran Tiananmen pada18 September1976. Suatu tafakur selama tiga minit diadakan sebagai pennghormatan semasa upacara tersebut. Mayatnya kemudian diletakkan dalamBangunan Makam Mao Zedong, walaupun Mao ingin mayatnya dibakar dan merupakan salah satu daripada pegawai-pegawai berpangkat tinggi yang pertama untuk menandatangani "Cadangan bahawa Semua Mayat Pemimpin-pemimpin Pusat Dibakar Selepas Kematian" pada November 1956.

Seperti yang dijangka selepas kematian Mao, perebutan kuasa tercetus untuk menguasai China. Pada satu pihak ialah sayap kiri yang diketuai olehGeng Empat yang hendak meneruskan dasar pengerahan revolusi secara besar-besaran. Pada pihak yang lain ialah sayap kanan yang terdiri daripada dua kumpulan. Salah satunya ialah para penyokong pengembalian yang diketuai olehHua Guofeng yang menyokong pengembalian perancangan pusat berdasarkan model Soviet. Kumpulan yang lain itu adalah para reformis yang diketuai olehDeng Xiaoping yang hendak membaik pulih ekonomi Cina berasaskan dasar-dasar berorientasi pasaran dan yang tidak hendak lagi menumpukan perhatian kepada ideologi Maoisme untuk menentukan dasar ekonomi dan politik.

Akhirnya, golongan sederhana memenangi penguasaan kerajaan. Deng Xiaoping yang jelas lebih tua berbanding dengan Hua Guofeng, menewaskan Hua dalam perebutan kuasa tanpa berdarah tidak lama kemudian.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Willy Lam: Revisionisme Sejarah China Sendiri", Rangkaian Berita Sejarah, 11 Ogos 2005. Dicapai pada 15 Mei 2006.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Mao Zedong
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Mao Zedong.
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:

Audio dan video

[sunting |sunting sumber]

{{Military navigation|raw_name = Cold War figures|title = Tokoh Perang Dingin|style = wide|state = collapsed|below =Garis masa peristiwa ·Portal ·Kategori

|group1 =Amerika Syarikat|list1 =Harry S. Truman ·George Marshall (Setiausaha Negara) ·Joseph McCarthy (Senator Republikan) ·Dwight D. Eisenhower ·John F. Kennedy ·Robert F. Kennedy ·Lyndon B. Johnson ·Richard Nixon ·Henry Kissinger (Setiausaha Negara) ·Gerald Ford ·Jimmy Carter ·Ronald Reagan ·George H. W. Bush 

|group2 =Kesatuan Soviet|list2 =Joseph Stalin ·Nikita Khrushchev ·Leonid Brezhnev ·Yuri Andropov ·Konstantin Chernenko ·Mikhail Gorbachev ·Boris Yeltsin ·Andrei Gromyko (Menteri Luar Negeri) ·Anatoly Dobrynin (Duta kepada A.S.)

|group3 =United Kingdom|list3 =Winston Churchill ·Clement Attlee ·Ernest Bevin (Menteri Luar Negeri) ·Harold Macmillan ·Harold Wilson ·Margaret Thatcher

|group4 =Jerman Barat|list4 =Konrad Adenauer ·Walter Hallstein ·Willy Brandt ·Helmut Schmidt ·Helmut Kohl

|group5 =Republik Rakyat China|list5 =Mao Zedong ·Zhou Enlai (Premier) ·Hua Guofeng ·Deng Xiaoping ·Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)

|group6 =Perancis|list6 =Charles de Gaulle ·Alain Poher ·Georges Pompidou ·Valéry Giscard d'Estaing ·François Mitterrand

|group7 =Itali|list7 =Alcide De Gasperi ·Palmiro Togliatti ·Giulio Andreotti ·Aldo Moro ·Enrico Berlinguer ·Francesco Cossiga ·Bettino Craxi

|group8 =Republik Rakyat Poland|list8 =Bolesław Bierut ·Władysław Gomułka ·Edward Gierek ·Wojciech Jaruzelski ·Paus Ioannes Paulus II ·Lech Wałęsa

|group9 =Eropah Timur|list9 =Enver Hoxha (Albania) ·Josip Broz Tito (Yugoslavia) ·Imre Nagy (Hungary) ·Nicolae Ceaușescu (Romania) ·Alexander Dubček (Czechoslovakia) ·Walter Ulbricht ·Erich Honecker (Jerman Timur)

|group10 =Timur Jauh|list10 =Chiang Kai-shek ·Chiang Ching-kuo (Republik China/Taiwan) ·Syngman Rhee ·Park Chung-hee (Korea Selatan) ·Kim Il-sung (Korea Utara) ·Hồ Chí Minh (Vietnam Utara) ·Ngô Đình Diệm (Vietnam Selatan) ·Pol Pot (Kemboja) ·U Nu ·Ne Win (Burma) ·Indira Gandhi ·Jawaharlal Nehru (India) ·Sukarno ·Suharto ·Mohammad Hatta ·Adam Malik (Indonesia) ·Nur Misuari ·Jose Maria Sison ·Ferdinand Marcos ·Imelda Marcos (Filipina)

|group11 =Kanada|list11 =William Lyon Mackenzie King ·Louis St. Laurent ·John Diefenbaker ·Lester Pearson ·Pierre Trudeau ·Joe Clark ·John Turner ·Brian Mulroney ·Kim Campbell 

|group12 =Amerika Latin|list12 =Fulgencio Batista ·Fidel Castro ·Raúl Castro (Cuba) ·Che Guevara (Argentina/Cuba) ·Daniel Ortega (Nicaragua) ·Salvador Allende ·Augusto Pinochet (Chile) ·João Goulart (Brazil)

|group13 =Timur Tengah|list13 =Mohammad Reza Pahlavi ·Ayatollah Khomeini (Iran) ·Saddam Hussein (Iraq) ·Gamal Abdel Nasser ·Anwar El Sadat (Mesir) ·Muammar al-Gaddafi (Libya) ·Menachem Begin (Israel)

|group14 =Afrika|list14 =Patrice Lumumba ·Mobutu Sese Seko (Congo/Zaire) ·Kwame Nkrumah (Ghana) ·Idi Amin (Uganda) ·Agostinho Neto ·José Eduardo dos Santos ·Jonas Savimbi (Angola) ·Mengistu Haile Mariam (Ethiopia)

|group15 =Malaysia|list15 =Tunku Abdul Rahman ·Mahathir Mohamad</noinclude>

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mao_Zedong&oldid=6489154"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp