Mancis (Jawi: منچيس),pancis,macis,pantik api ataukorek api adalah perkakasan pakai buang bagi menghasilkanapi dalam keadaan terkawal apabila diperlukan. Mancis mudah didapati dan dijual di merata kedai. Mancis jarang dijual sebatang; ia dijual sebungkus, dibungkus dalam kotak mancis atau buku mancis. Mancis biasanya merupakan batang kayu (biasanya dijual didalam kotak mancis) atau batangkertas keras (biasanya dijual dalam buku mancis) diselitupi di satu hujung (kepala mancis) dengan bahan yang sering kali memiliki unsurfosforus yang akan menyala akibat haba dari geseran sekiranya digesek dengan permukaan yang bersesuaian.[1]
Terdapat dua jenis mancis:mancis keselamatan, yang hanya boleh dinyalakan sekiranya diguris pada permukaan yang disediakan khas; danmancis guris dimana sahaja, yang boleh diguris pada mana-mana permukaan kasar.
Mancis ataumacis menyerap dari ungkapanbahasa Inggerismatches[2] kata gandamatch serapan kata Perancis lamamèche yang bermaksudsumbulilin[3] yang kemudiannya dilanjutkan juga kepada sumbu nyalaan senjata api sepertiyang ada padasenapang ataubedilmeriam (yaknimatchlock).[4]
Istilah lain yang didapati serata alam Nusantara merujuk kepada bahan ini termasuk:[5][2]
Asal sebelum mancis merupakan batang kayu pokok tusam kecil yang diresap denganbelerang, yang dicipta diMesir pada3500 B.C..
Mancis moden nyala sendiri dicipta pada 1805 oleh K. Chancel, pembantu kepada ProfesorLouis Jacques Thénard dariParis. Kepala mancis terdiri daripada campurankalium klorida, belerang,gula, dangetah. Ia dinyalakan dengan mencelup hujung mancis ke dalam botolasbestos kecil yang mengandungi asid sulfirik. Mancis sebegini agak mahal dan bahaya digunakan, oleh itu mancis Chancel tidak pernah menjadi popular.
^abWilkinson, Richard James (1932)."machis".A Malay-English dictionary (romanised).II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 83-84 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.