Manchukuo (満州国,har. "NegaraManchuria") ialah sebuahnegara boneka diManchuria danMongolia Dalam yang diasaskan oleh bekas pegawaiDinasti Qing dengan bantuanEmpayar Jepun pada tahun 1932. Negeri ini diasaskan dan ditadbir oleh Empayar Jepun, denganPuyi, maharaja Qing terakhir, sebagai pemangku dan maharaja atas nama.[2] Kerajaan Manchukuo dimansuhkan pada tahun 1945 setelah tumpasnya Empayar Jepun pada penghujungPerang Dunia II. Sungguhpun sedemikian namanya, namun kaumManchu merupakan minoriti di Manchukuo, manakala kelompok etnik terbesar di situ adalahbangsa Han. Terdapat jugaorang Korea,Jepun,Mongol dan kaum minoriti yang lebih kecil. Rantau-rantau Mongol di Manchukuo barat diperintah di bawah sistem yang sedikit berlainan sebagai menghormati tradisi Mongol di situ.
Setelah puak-puak Manchu menawan China mereka menggantikanDinasti Ming denganDinasti Qing. Namun, maharaja-maharaja Manchu tidak menggabungkan tanah air mereka sepenuhnya dengan China. Permbahagian ini berterusan sehingga dinasti Qing mula mennjadi lemah pada1800-an.
Sementara kuasa diraja diBeijing makin lemah, kebanyakan kawasan terpencil sama ada berpisah (sepertiKashgar) atau jatuh di bawah kuasaImperialisme. Pada 1800-an,Empayar Rusia paling berminat untuk menampakkan pengaruh di kawasan utara Emapayar Qing. Pada tahun 1858, Rusia mencapai penguasaan atas nama terhadap serisalah tanah yang besar bernamaManchuria Luar kesanPerjanjian Tambahan Beijing yang menamatkanPerang Candu Kedua. Namun Rusia maish tidak puas hati, dan sementara Dinasti Qing makin lemah, Rusia menguatkan lagi usaha mengambil alih saki-baki tanah Manchuria. Manchuria Dalam jatuh ke bawah pengaruh kuat Rusia pada 1890-an dengan pembinaan gerabakKereta Api Timur Cina melaluiHarbin keVladivostok.
Ketika zamanhulubalang di China, hulubalang yang bernamaZhang Zuolin berkuasa diManchuria Dalam dengan sokongan Jepun. Akan tetapi, pihakKantogun Jepun mendapati beliau terlalu bebas lalu membunuhnya pada tahun 1928. Selepaspencerobohan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931, bekas Maharaja China,Pu-Yi, diundang bersama para pengikut beliau untuk menjadi ketua negeri Manchuria; maka beliau menerimanya. Pada18 Februari1932 "Negeri Manchuria" (Manchukuo,Pinyin:Mǎnzhōuguó)[3] diisytiharkan wujud dan diiktiraf oleh Jepun. KotaChangchun, dinamkaan semula Hsinking (Xinjing, 新京), atau "Ibu Kota Baru", menjadiibu negeri entiti baru ini. Orang Cina di Manchuria mendirikantentera sukarelawan untuk menentang Jepun maka negeri baru ini terpaksa mengalamiperang selama beberapa tahun untuk mendamaikan negara.
[[
Maharaja Manchukuo, Kangde (Puyi)
Mual-mulanya pihak Jepun menobatkan Puyi sebagai ketua eksekutif pada 1932, dan dua tahun kemudian beliau diisyitharkan sebagai Maharaja Manchukuo dengannama zaman Kangde atau "Ketenangan Dan Kebaikan". Maka Manchukuo menjadi Empayar Manchuiran Besar, kadang-kala bergelarManchutikuo (Pinyin:Mǎnzhōu Dìguó).Zheng Xiaoxu menjadi perdana menteri pertama Manchukuo sehingga tahun 1935, diikutiZhang Jinghui. Puyi hanya setakat raja boneka dan kuasa sebenar terletak pada pegawai tentera Jepun. Sebuahistana diraja dibina khusunya untuk maharaja ini. Semua menteri-menteri Manchu berkhdimat sebagai orang utama untuk timbalan Jepun mereka yang membuat segala keputusan.
Dalam cara ini, Jepun secara rasminya memisahkan Manchukuo dari China pada1930-an. Dengan pelaburan Jepun dan kekayaan sumber asli, kawasan ini menjadi sebuah kuasa perindsutrian. Pada tahun 2007, satu rencana oleh Reiji Yoshida dalam akhbarJapan Times mendakwa bahawa sebahagian pelaburan Jepun dibiayai olehpenjualan dadah. Menurut rencana itu, satu dokumen yang ditemui Yoshida menunjukkan bahawaKōa-in (Lembaga Pembangunan Asia Timur Raya) terlibat secara langsung dalam menyediakan dana kepada penjual dadah di China demi manfaat kerajaan-kerajaan boneka Manchukuo, Nanjing dan Mongolia.[4] Dokumen ini mentahkikkan bukti yang dianalisa olehtribunal Tokyo yang menyatakan bahawa
Tujuan sebenar Jepun dalam menarik pengedaran dadah adalah jauh lebih durjana berbanding pun pelanggaran kesusilaan orang Cina. Jepun yang telah menandatangani dan meratifikasi konyensyen candu itu diwajibkan tidak menarik pengedaran dadah, tetapi negara ini mendapat peluang mudah untuk menjalankan pengedaran dadah sedunia dalam kemerdekaan Manchukuo yang diakui tetapi palsu dan melemparkan kebersalahannya pada negeri boneka itu (...) Pada tahun 1937, adalah ditunjukkan di Liga Bangsa bahawa 90% dari segala dadah putih haram di dunia berasal dari Jepun...
Hanya 23 daripada 80 buah negara yang wujud ketika itu mengiktiraf negeri baru itu.Liga Bangsa (melaluiLaporan Lytton) mengisytiharkan bahawaManchuria sebetulnya kekal sebahagianChina, lalu memaksa Jepun meninggalkan keahliannya pada tahun 1934. Kes Manchukuo ini mendorong Amerika Syarikat untuk menjelaskanDoktrin Stimson, yang menyatakan bahawa pengiktirafan antarabangsa ditahan daripada perubahan dalam sistem antarabangsa yang disebabkan kuasa tentera. Di kalangan kuasa-kuasa besar,Empayar Jepun,Kesatuan Soviet,Perancis Vichy,Itali Fasis,Seapnyol Franco danJerman Nazi mengiktiraf Manchukuo secara diplomatik. Tambahan pula, Manchukuo meraih pengiktirafan daripada kerajaan China subahat Jepun di bawahWang Jingwei, dan jugaEl Salvador danRepublik Dominica. Meskipun kerajaan China tidak mengiktiraf Manchukuo, kedua-dua negara mendirikan hubungan perdagangan, perhubungan dan pengangkutan rasmi.
Pengiktirafan Manchukuo
Tarikh-tarikh pengiktirafan Manchukuo adalah seperti berikut:
SebelumPerang Dunia II, pihak Jepun menjajah Manchukuo lalu menggunakannya sebagai tapak pencerobohan China. Pada musim panas tahun 1939 berlaku pertikaian sempadan antara Manchukuo danRepublik Rakyat Mongolia yang mengakibatkan tercetusnyaPertempuran Khalkhin Gol. dalam pertempuran ini, angkatan gabunganSoviet-Mongolia menewaskanTentera Kwantung Jepun (Kantogun) yang disokong angkatan Manchukuo yang terhad.
Pada8 Ogos1945, Kesatuan Soviet mengisytiharkan perang terhadap Jepun seiring dengan perjanjian diPersidangan Yalta, lalu mencerobohi Manchukuo dari Manchuria Luar dalam tindakan yang bergelarOperasi Ribut Ogos. Ketika serangan Soviet, Tentera Manchukuo yang bermula sebagai angkatan 200,000 orang yang bersenjata lengkap dan terlatih di bawah bimbingan Jepun, kurang menyerlah dan seluruh unit-unit menyerah kalah pada pihak Soviet tanpa melepaskan sedas tembakan pun; ada juga kes-kes rusuhan dan pemberontakan bersenjata menentang kuasa Jepun. Maharaja Kang De pernah berharap agar dapat melarikan diri ke Jepun untuk menyerah kepada pihak Amerika, tetapi pihak Soviet pula yang menangkap beliau lalu menyerah balik beliau ke kerajaan komunis di China, di mana pihak berkuasa memenjarakan beliau sebagai penjenayah perang bersama semua pegawai Manchukuo lain yang tertawan.
Dari tahun 1945 hingga 1948, Manchuria (Manchuria Dalam) dijadikan tapakTentera Pembebasan Rakyat dalamPerang Saudara China menentangKuomintang (KMT). Dengan galakan Soviet,pihak Komunis China menggunakan Manchuria sebagai pentas utama sehingga tamatnya perang saudara pada tahun 1949. Kebanyakan anggota tentera Manchukuo dan Kantogun Jepun berkhidmat dengan tentera komunis dalam Perang Saudara China menentang kuasa Nasionalis.